Thursday, April 1, 2021

Kisah AKU n Majlis Akikah Azril @ Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Seperti biasa, Khamis hari untuk update cerita minggu lepas. Dah jadi habit pulak, sebab tu dah cakap dulu jangan selalu buat nanti dah terbiasa. Okay, malam ni aku nak update satu majlis yang aku attend Ahad lepas di Kuala Selangor.

Let's start with cerita dioffice. Last week tanggal 24th October merupakan ulang tahun pertama aku bekerja di Touch 'n Go. Congrats to myself lah ye. Huhu

Alhamdulillah. First time dapat solat Jumaat selepas kapasiti masjid dinaikkan di area Sungai Buaya ni.

Hari Ahad, sekitar jam 1 petang kami sekeluarga bergerak dari Sungai Buaya menuju ke Kuala Selangor melalui jalan Bukit Tagar. Singgah solat Zohor di Masjid Nurul Hasanah di Kg Belimbing.

Masam je muka si kecik ni hari tu. Mungkin sebab tak naik kereta sendiri kot, aku drive Saga ayah hari tu. Saja nak test drive kereta merah tu. Huu

Dalam jam 2 petang barulah kami bergerak ke majlis. Kira bagi orang kurang sikit, maklumlah lepas Zohor mesti kariah masjid join sekali. Untuk pengetahuan, ni merupakan majlis akikah anak Acu Keon dan Kak Azlin yang sekarang ni dah masuk umur tiga bulan. 

Mantapp budak ni sekarang, naik jugaklah biceps..:-p

Ayah melayan kari Kambing. Kami ni mana boleh nampak kambing, memang favourite. Haa, tu si Azril. Bulat macam si Fariq ni jugak. Haha

Melepak bersama Fariq sementara menunggu mak ayah bersembang dengan sedara mara.

Korang tengok budak-budak zaman sekarang, asyik bergadjet je. Harapnya anak aku ni takdelah terjebak sangat..:-)

Tidur pulak budak ni. Penat kot melayan tetamu.

Fariq jumpa kawan baru, peramah macam mak ayah dia. Hihi

Sekitar jam 3.30 petang, kami sekeluarga berangkat pulang ke Rawang. Cuaca memang panas betul sekarang ni, malam pun kadang-kadang terasa bahangnya. Nasib lah ada aircond sebijik, kalau tak memang tidur bawah je. Okay lah, aku nak sambung main Bannerlord. Boring pulak main sebab tak berperang dengan siapa-siapa. Habis pun patrol town, and a few skirmish dengan bandit or wildling. Itu sahaja cerita malam ni, till next entry. Take care semua and goodnight.

No comments:

Post a Comment