Thursday, January 21, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk1

 Assalamualaikum,

Ya, MCO datang lagi! Nak cerita aktiviti minggu pertama kita berMCO semula, siot betul. Tapi memang ramai orang maki politician kemaruk kuasa tu. Hampeh dan tak boleh pakai langsung. Haha

Petang sebelum MCO bermula, aku dan family sempat had our dinner at GH Corner. Kebetulan ke Bukit Beruntung nak beli pampers dan susu Fariq. Sebelum roadblock nanti eloklah bawak makan-makan dulu.

Haha, budak ni nak main kat luar pulak.

Hari Rabu bermulalah episod MCO yang kedua dalam hidup majoriti rakyat Malaysia. Berkurunglah lagi dua minggu, tapi aku cakap kat wife. Ni silap-silap membawak ke dua bulan. Macam MCO tahun lepas. Huhu

Fariq tak pergi taska untuk minggu pertama MCO 2.0 ni. Tukar shift je lah dengan bini, nasib baiklah workload kat Parking Dept ni tak heavy macam kat Expressway dulu. Monitor baru aku main peranan beb! Fariq tengok Didi kat screen laptop. Ayah dia pulak buat kerja kat screen monitor.

Hari Sabtu aku dan wife pergi ke Celcom BlueCube Rawang. Ada hal nak settle katanya.Sekali masuk kereta dia bagi surprise pulak. Handphone baru untuk suami tercinta. Yelah, tengok henset aku ni jadi bahan mainan si Fariq je. Dah berapa banyak crack lah kat screen tu. Wife cakap ni loyalty reward untuk pengguna Celcom Plan yang melebihi dua tahun. 

Henset OPPO A15 - 32GB storage with 3GB RAM. Cukup dah ni nak reinstall Call of Duty Mobile. Huhu. 

Macam biasalah setting henset baru. Excited lah bro, bukan selalu dapat peluang camni.

Sesi serah milik Samsung J2 Pro ke Fariq. Siap set email sikecik tu lagi, and downloadkan a few children apps such as Didi & Friends dan Omar & Hana

Haa, nampak tu. Walaupun dah 4 bulan tak berperang dekat sini. Tapi masih lagi top performer. Commando bhai, mana boleh kalah. Tiga hari pakai phone ni aku dah main 10 ranked battle, kalah sekali je chor. Hehe

Nampaknya itu sahaja cerita minggu pertama kita semua berPKP semula. Apa boleh buat, minority punya pasal, majority yang nak menanggungnya. Ya, aku cakap kat kaulah politician. Korang tu minority je, tak sampai 300 pun bila campur ahli Dewan Senat & Rakyat. Rakyat Malaysia ni 30 juta, haa ni yang majority. Tahi betul.

P/S: Newcastle ni aku tengok macam dah tak minat main bola dah. Memanjang kalah je. Ni pun tahi jugak. Haha

No comments:

Post a Comment