Monday, February 8, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk 4

 Assalamualaikum,

Lama kan tak update? Takde benda nak story sebenarnya, plus kerja pun ada la menimbun sikit last week. Time MCO ni memang tak pergi mana-mana, keluar rumah pun time hantar ambil si Fariq tu ke taska. Kalau keluar pun setakat kedai depan rumah je restock apa yang patut.

Okaylah, ni quick entry je to keep this blog updated. Mana boleh biar lama-lama, nanti jadi habit sudahnya K.O terus. Rabu lepas ada TNG Group Townhall. Lama bhai, rasanya ada 2 jam setengah jugak tercongok depan laptop dengar sesi perutusan dari CEO Touch 'n Go dan TNG Digital, serta sesi soal jawab diantara staf dan pengurusan.

Alhamdulillah, taska buka sepanjang MCO ni. Mudah untuk mak ayah yang bekerja dari rumah macam aku dan isteri. Bukan apa, kami ni memanjang video call, meeting etc. At least bila kat taska, adalah aktiviti si Fariq tu dengan kawan-kawan macam dalam gambar ni main Masterchef.

Hujung minggu buat simple makeover untuk rumah. Adalah beli perabot baru, maklumlah nak raya. Haha. Dapur berwajah baru, tukar almari dan kabinet dapur ke design yang lebih simple dan jimat space.

Kat ruang makan ni takde perubahan apa sangat, arrangement je ada tune sikit.

Ruang tamu kasi modern style sikit. Bulan depan plan nak cat rumah and beli a few frame besar untuk penuhkan dinding. Baru cun!

Untuk bulan ni rasanya tak banyak entri yang aku akan share, kalau ada pun maybe games review jelah. Dah duduk rumah je, apa lagi nak buat. Time ni lah syok try mod-mod baru yang ada untuk Mount & Blade tu.

P/S: Newcastle menang 3-2 lawan Southampton, main 9 orang pun boleh menang. Ni maknanya taktikal Graeme Jones menjadilah. HWTL!

No comments:

Post a Comment