Saturday, May 2, 2020

Kisah AKU n 2 Mei 2020

Assalamualaikum,

2 Mei eh? Cepat jugak, rasanya baru je celebrate tahun baru hari tu. Baiklah, nak story sikit antara tarikh terpenting dalam hidup aku dan juga blog ni. Tarikh yang memang sampai bila-bila pun aku akan ingatlah. Tarikh apa tu der?
Tudiaa, 10 tahun dah beb blog aku ni! Haha. Kalau ada anak, dah masuk Darjah 4 tau. Selamat Hari Lahir Diari McBride, semoga terus membesar dengan sihat ye. Huhu
1026 entries sepanjang 10 tahun blog ni on-line dalam Internet. Semua entry yang ada ditaip personally oleh aku sendiri, without any shared content dari author lain. Yelah, dah nama pun personal website. Memang semua cerita kisah hidup aku sejak zaman menuntut Asasi UiTM sampailah sekarang dah jadi bapa orang ni.

Impak sosial ternyata ada lah jugak. Ada lah a few people yang berterima kasih kat aku sebab dengan penulisan aku, diorang memilih join FSPPP dan Fakulti Undang-Undang untuk penulisan aku bagi skos Sains Pentadbiran dan Law Foundation, respectively. Tak kurang juga yang thank you to me sebab dapat join Perodua, yang hampehnya aku sendiri tak lepas nak masuk sana. Haha

Tapi yang paling penting, untuk beberapa tahun lagi kalau anak-anak tanya boleh tak aku cerita pengalaman zaman belajar, kerja. I will proudly project my blog ni dekat skrin TV and kids, let's go back to 2010. Huhu. Jangan diorang tanya pasal ex-ex ayah sudah lah, haru nak menjawab nanti..:-P

Macam tak sangka pulak blog ni masih mampu bertahan, walaupun korang tengok entri tahun ni 16 je. Haha. Hopefully, dapatlah maintain at least satu dua entri sebulan. Better ada daripada takde langsung kan. Bukan apa, bila dah kahwin dan ada anak ni manalah ada aktiviti sangat compared time zaman bujang dulu. Kalau ada pun entri berkait pasal family, office je lah..:-)

Akhir kata, bersyukur sangat sebab dapat diberi kekuatan untuk terus menaip sambil berkongsi pengalaman, ilmu dan juga cerita yang diharapnya dapat memberi faedah kepada pelawat-pelawat yang sudi datang. More years to come, I guess and again, Happy Birthday Diari Mcbride

No comments:

Post a Comment