Sunday, June 17, 2018

Kisah AKU n Syawal 2018 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Lama jugak aku tidur tadi. Nak kata jalan jem, rasanya cepat jugak sampai rumah. Hari ni merupakan hari ketiga umat Islam menyambut Hari Raya. Tepat jam 2 petang tadi, aku dah pun selamat tiba dirumah keluarga kami di Bandar Sungai Buaya. Untuk melengkapkan Diari Raya tahun ni, suka aku nak share aktiviti mostly untuk hari kedua dan a little bit for hari ketiga. 
Seawal jam 10 pagi lagi kami semua dah bersiap untuk berkonvoi raya ke rumah adik beradik Opah yang terletak di sekitar Perak Tengah ni. Baru nak bergambar, tiba-tiba Acu Keon panggil mintak tolong belikan plug untuk chainsaw. Dengan berat hati aku pun drive lah ke Pekan Bota Kanan, nak mencari kedai hardware.
Bayangkanlah keluar pukul 11, 40 minit lepas tu aku baru dapat keluar dari pekan koboi ni. Jalan jem gila! Benda kalau ikutkan 5 minit je. Tu satu hal, yang buat lagi kelat plugnya langsung tak mandang. Haha. Satu kedai hardware pun tak bukak. Ayah call kata diorang semua dah start bergerak ke Parit.
Sebelum kerumah, aku sempat menziarahi pusara arwah Atuk Daud dan Opah Noor. Kat sini yang seriau, jam pukul 1 petang. Aku sorang je kat kawasan perkuburan tu baru sahaja membaca Yasin. Tiba-tiba ada sorang pakcik ni datang dari entah mana tanya aku ni cucu siapa. Aku jawab lah cucu arwah Hj Daud. Pastu dia terus berjalan menuju kearah surau berdekatan. Huu
Destinasi kami yang pertama ialah rumah keluarga Ayah yang terletak di Kg Selboh, Parit. Dapatlah berjumpa saudara mara dekat sini tanya khabar. Maklumlah, jumpa pun setahun sekali. Kalau ada majlis lain, baru lah dapat berjumpa pun. Kalau tak, memang time Raya je lah.
Sekali tengok baju adik tu dah macam stail ustaz-ustaz Indonesia pulak. Ni jugak first time Syazwan datang menjejakkan kaki kat rumah keluarga bapak mertua dia ni.
Pagi drive sorang all the way from Bota ke Parit. This time adik join, bolehlah tolong snapkan gambar. Huu
Our next destination ialah rumah Opah Nyah di Titi Gantung. FYI, ni kakak kepada Opah kami.
Dapatlah makan Ketupat Palas sama Rendang Daging. Lapar gila time ni..:-)
Ni lah jugak masanya nak mengenalkan ahli baru dalam family kami ni. Kebetulan ada family adik-beradik Opah yang lain datang pada masa yang sama. Memang elok sangatlah nak introduce abang ipar aku ni kat diorang. 
Orang lain elok pakai kurta, kemeja pergi beraya. Aku boleh pulak menyarung baju Star Wars ni. Apa boleh buat, kena tahan sikit nafsu membeli..:-)
Unlike tahun lepas, kali ni kami melawat Opah Yan dekat kedai diorang. After menjual aset-aset di Lembah Klang, adik Opah yang second last ni memilih untuk hidup dalam kesederhanaan di kampung. Biasanya tiap raya, kitorang menziarah rumah ladang dia yang terletak di Gelung Pepuyu.
Lepas Maghrib, Acik Joe ada buat BBQ tapi aku dah janji dengan ayah untuk bawa dia ke Parit. Adik beradik dia ramai yang balik petang semalam. In addition, aku nak melobi jugak untuk majlis kahwin bulan November nanti. Haha
Seawal jam 8 pagi aku dah bangun untuk hari Raya ketiga. Plannya sekitar jam 11 pagi nak bertolak pulang ke Rawang. Sempat lagi tengok Star Wars - The Clone Wars ni. Asalnya tengok suka-suka, alih-alih sekarang habis enam season aku download. Satu season ada 20 episod. Huu
Sekitar jam 11.15 pagi, aku dan adik bergerak pulang menuju ke rumah. Followed by Ayah dan Syazwan. Tapi kitorang lalu jalan lain-lain tadi. Aku lagi senang akses highway dari Kampar, while diorang pulak amik Langkap. Masuk PLUS dari Plaza Tol Sungkai dan sampai rumah tepat jam 1.45 petang. 2 jam setengah je dah sampai..:-)

Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri petang ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2018 ni. Don't worry, lepas ni akan ada entri-entri Raya lain jugak. A lot of open house yang ada dalam radar ni. Vendor, partner pun ramai dah bagi invitation. Huu. Surprisingly tahun ni habis semua duit raya yang aku allocated untuk cousin dan family. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!

No comments:

Post a Comment