Thursday, June 14, 2018

Kisah AKU n Ramadhan 2018 - Day 29

Assalamualaikum,

Lama jugak aku terlelap. Buka mata tahu-tahu dah pukul 1 pagi. Okaylah, tengah pagi buta ni aku nak cerita sikit aktiviti bershopping aku dan adik di Selayang Mall petang semalam. Kalau ikut plan memang aku sengaja amik cuti awal sikit sebab nak rest kat rumah, tapi kesian pulak tengok budak tu nak beli baju baru. Sudahnya berjalan jugaklah aku semalam.
Kami gerak sekitar jam 12 tengahari. Lalu ikut jalan dalam je, sebab memang aware yang highway dah start jem. 20 minit je dah sampai, thanks to Rawang Bypass.
Selayang Mall ni memang jadi port aku dengan adik bershopping sejak zaman sekolah lagi. Tak tau lah kenapa, ada sense of nostalgia bila datang sini. Nak kata dekat dengan rumah, dekat lagi AEON Rawang. Tapi tu lah, orang kadang-kadang prefered untuk shopping kat mall-mall besar such as Sunway Pyramid, IOI, Mid Valley etc., aku pulak lagi senang datang kat mall yang kecik camni..:-)
Selain Baju Melayu, baju-baju macam ni pun wajib beli jugak at least sehelai. Maklumlah, raya kan sekali je setahun. Ni je lah masanya nak dapat yang baru pun..:-)
As for me, no baju baru tahun ni (to be exact, aku dah 3 kali raya tak beli baju baru). Semalam cuma teman budak tu bershopping je. Lagipun ada je baju t-shirt Star Wars yang aku beli hari tu. Jadi lah. Haha
Alang-alang ada kat Selayang Mall ni, mestilah membuat lawatan sosial kat kiosk game favourite kami berdua ni..:-p
Tewas jugak dengan nafsu. Haha. Tapi game aku beli cuma Rome II Total War je. Yang Watchdog II dan Mafia III tu adik punya. Maklumlah laptop dia kan dah power, berlagak sekarang main game high spec je. Huu
Berkonsepkan Ease In Out yang menjadi stail shopping lelaki. Kami tak ambil masa yang lama pun kat melengkapkan objektif di Selayang Mall petang tu. By 1.30 petang kami dah pun bergerak pulang kerumah.
Packing barang. Untuk raya tahun ni aku bercuti sampai Selasa minggu depan. Plan stay kat kampung sampai raya ketiga je, baki tu nak berehat kat rumah sebelum menyambung tugas.
It's work! Rasa macam mimpi pula dapat main game ni. Huu. Game yang adik beli pun dua-dua working fine jugak. Tak sia-sia seratus aku semalam. Haha

Orait guys, nak tidur sekejap. Pagi ni dalam pukul 10, aku dan adik akan memulakan perjalanan kami pulang ke Perak. Doakan perjalanan pergi balik kami selamat hendaknya. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment