Thursday, May 17, 2018

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2018

Assalamualaikum,

Tanggal 17 Mei merupakan hari pertama Muslimin dan Muslimat menyambut Ramadhan bagi tahun 2018 ini. Terlebih dahulu suka aku ingin mengalu-alukan kedatangan bulan yang penuh barakah ini. Bulan yang ditunggu-tunggu ini sudah tentunya bakal menjadi platform yang baik untuk beribadah kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan tawadhuk.
Bagi Ramadhan tahun ni, Alhamdulillah aku berada didalam keadaan yang sihat. Surprisingly seperti tahun lepas, untuk permulaan puasa ni aku kena ulser lagi kat mulut ni.  Sikit je tu. Masih lagi didalam workforce dan Ramadhan kali ini merupakan tahun keempat aku sebagai seorang yang berkerjaya tetap.
First day Ramadhan diraikan bersama mak ayah, Along and Mikail pun ada sebab nak pergi check up kat HKL minggu depan. As usual, adik takde bersama kami untuk tahun kedua berturut-turut. Biasalah, Presiden MPP, mestilah busy dengan event universiti. 
Venue Terawih tahun ni masih lagi di Surau Mawarsari ni, senang. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai. Cuma semalam rushing sikit sebab tak perasan diorang dah start. Speaker rosak katanya. Berlari aku semalam. Haha
Menutup entri pertama Ramadhan 2018, I wish you guys selamat mengharungi ibadah puasa. Pertingkatkan amalan serta jauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan atau mengurangkan pahala puasa kita. Semoga Ramadhan 2018 ni kita dapat gunakan sebaik mungkin dalam mengejar keredhaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

P/S: Tahun ni ingat nak update by event lagi. In Sha Allah, kalau ada aktiviti such as iftar, shopping etc. Adalah aku share kat sini. 

No comments:

Post a Comment