Thursday, May 10, 2018

Kisah AKU n PRU Malaysia Ke-14

Assalamualaikum,

Telah berakhirnya PRU Malaysia yang ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan, an alliance between PPBM, PKR, DAP & Amanah memenangi simple majority kerusi Parlimen dan DUN yang dipertandingkan, sekaligus membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Tahniah diucapkan kepada our new Prime Minister, Tun Dr. Mahathir dan juga barisan pemenang bagi kawasan yang dimenangi. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali yang pertama ni. Let's start dengan cerita sehari sebelum GE dulu. Ayuh!
Trafik MRR2 sesak menghala ke Lebuhraya KL-Karak. Gambar ni aku amik sekitar jam 6 petang dari Level 4, AlloyMtd HQ. Ni semua pengundi yang nak balik ke Pantai Timur. Atas bawah jem. Huu
Yang ni pulak trafik di Lebuhraya PLUS menghala ke Utara. Bayangkanlah, aku gerak keluar dari office dalam pukul 6.15 petang, sampai rumah almost jam 9 malam. Dah rasa macam balik raya pulak. Huu. Kalau tadi pengundi nak balik Pantai Timur, yang ni pulak semua nak balik mengundi ke Utara. Kau buatlah macam mana pun Jib, Pakatan Harapan dibina atas People's Power yang mahukan perubahan. You will never stop us!
Sampai je rumah memang aku tertidur kepenatan. Pastu lepak dengan Dolah dari pukul 10.30 sampai 1 pagi kat Hijjaz. Terpaksa lepak luar Sungai Buaya sebab port makan kat sini semua dah jadi tempat parti-parti bertanding buat one last ceramah before Election Day.
9 Mei 2018 - The Election Day. Well, this is my first time mengundi bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Batang Kali. Aku menyarungkan baju biru muda warna rasmi Pakatan Harapan. Hii. Excited beb!
Aku ditemani adik dan Along bergerak ke pusat mengundi yang terletak di SMK Bandar Sungai Buaya, sekolah lama aku ni. Huu
Kenangan beb bila memasuki gate depan ni. Rasanya dah hampir 8 tahun aku tak menjejakkan kaki kesini
Start beratur sekitar jam 8.30 pagi. Memang ramai orang dah queue time ni. Pukul berapa siot korang datang? Haa
Ada 4 saluran kat Pusat Mengundi SMK Bandar Sungai Buaya ni. Keempat-empat saluran tak putus-putus rakyat yang beratur nak cast their vote to elect new government.
Around 10.30 pagi barulah aku selamat membuang undi. 2 jam beratur beb! Tayang ink kat jari sikit..:-p 
Sekitar jam 11 pagi, kami bertiga selamat mengundi calon pilihan. Kami gerak dulu while mak ayah jaga Mikail kat rumah. Kitorang balik, diorang pulak mengundi. 
Mesti korang terkejutkan, aku ni dulu hardcore gila sokong kepimpinan DSN. Tapi sekarang, he won't get my vote, and never be. Why? Sebab bila dah bekerja ni baru terasa frustration yang amat sangat diatas pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Harga minyak tak menentu, bayar cukai tu cukai ni, harga barang semakin meningkat, cost of living yang saban hari menyepit. Tu baru cerita pasal kepincangan ekonomi. Belum selak lagi isu corruption, fraud yang menyelimuti pemimpin-pemimpin kerajaan. Rasa kau Najib, asakan Reformasi Rakyat!
Singgah mengelam kat Bukit Sentosa dulu dengan ayah. PRU, PRU jugak, Mee Hailam jangan dilupakan. Hii
Malam aku mengikuti perkembangan semasa melalui social media. Kali ni takde pakai topi BN macam PRU lepas. Buat malu je tengok balik. Mak kata macam orang baru kahwin, pakai baju Melayu dengan inai kat jari. Haha
Beralih ke Astro Awani sekitar jam 11 malam. Tengok kat sini boleh tambah ilmu dengan analisis-analisis yang diberikan Penganalisa Politik & Ekonomi.
Kemenangan milik kita. Alhamdulillah Syukur. Saat-saat Pakatan Harapan mencapai angka 112 bagi simple majority yang membolehkan pakatan ini membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru. Memang banyak kejutan bagi PRU14 ni - BN tumbang di Perak, Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah, manakala Pakatan Harapan selesa mendominasi kerusi-kerusi di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang. Parti pengkhianat, the hard-line Islamist PAS however masih mengekalkan Kelantan dan merampas Terengganu. Rakyat Perlis, Pahang dan Sarawak masih lagi belum bangkit dari tidur ekoran kemenangan BN disana.
Sampai pukul 5 pagi aku berjaga semata-mata nak tengok live announcement dari SPR. Berbaloi beb! Even tengah menaip ni pun mata barai dah tak cukup tidur. Bangga sangat dapat bersama-sama menumbangkan rejim UMNO-BN dalam pilihan raya pertama aku ni. Hii. Tapi lebih rasa bangga bila tengok our 92 years old Tun M yang diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia, return to power setelah hampir 15 tahun melepaskan jawatannya dulu. Dapat jugak kita sama-sama hidup menyaksikan kekalahan BN yang tak pernah kalah sejak 1957, dan sudah tentu untuk aku sendiri - hidup sebagai seorang belia ketika pemerintahan Tun M.

To wrap entri pagi ni, tahniah buat Pakatan Harapan atas kemenangan. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang kami berikan janganlah diambil ringan. Ingat apa yang jadi kat BN bila kepercayaan rakyat bertukar menjadi amarah. We trust all of you to create a better future for us, a better Malaysia.

P/S: Newcastle kalah buat kali keempat berturut-turut. Lantaklah, asalkan PH menang. Hii

2 comments:

  1. Kau apasal nak label PAS parti pengkhianat pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, I merely stating the fact. PAS punya decision untuk tak berjuang bersama Pakatan dah cukup menunjukkan how ignorant kepimpinan PAS in addressing the people's need which is to topple the crook govt yang menjadi punca kesengsaraan rakyat.

      Kalau rajin, pergi analyse post election bagi kerusi DUN dan Parlimen yang dipertandingkan. PAS hanyalah sebuah parti pengacau yang memecah undi, later memberikan kemenangan kepada BN di kerusi-kerusi Parlimen seperti Kepala Batas, Tasek Gelugor, Padang Besar, Arau, Putrajaya, Labuan, Parit Sulong, Ayer Hitam, Pontian, Jasin, Jelebu, Jempol, Rembau, Bera, Bukit Gantang, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Tapah, Pasir Salak, Parit, Sabak Bernam, Tg Karang, Kerusi-kerusi yang aku mentioned ni ialah kerusi yang BN menang tapi dengan majoriti rendah (if PAS dan Pakatan masih satu kapal), dan PAS parti yang least favorite but still held considerable vote. If you guys still with us, definitely BN tumbang. Maybe we can score two-third majority instead.

      Lagi jelas, bila you guys decided untuk jadi key maker bila ada deadlock untuk membentuk kerajaan negeri. Tengok sendiri apa jadi kat Perak.

      Now please, enlighten me. Salah ke kalau aku cakap PAS ni pengkhianat?

      Delete