Monday, January 30, 2017

Kisah AKU n BBQ Time!

Assalamualaikum,

Hujan pulak kat Rawang petang-petang ni. Eloklah tu, cepat sikit nak lelap. Okay lah, sebelum tidur ni aku ingat nak share aktiviti kami sekeluarga di Melaka semalam. 
Malam Sabtu kami ke Mydin Mall yang terletak di Bandar Jasin Baru. Well technically, ni je lah antara mall yang function sikit kat sini. Haha
Singgah ngeteh teh tarik dengan abang ipar sementara tunggu mak ayah and along bershopping.
Dalam pukul 10 malam, Syazwan bawa kami ke sebuah restoran Siam di Jasin Lama for a dinner. Memang dah lama nak belanja kitorang katanya. Kebetulan semua elok berkumpul ni memang perfect lah..:-)
Mak ayah dan adik dari Khamis lepas dah sampai Melaka, laa ni pun belum balik lagi. Apa buat kat rumah orang lama-lama tu.
Thanks for the treat korang. Semoga murah rezeki. Amin..:-)
Amik gambar pakai cap pun tak boleh. Hensem je aku tengok. Betul tak? Huhu
Memang puas hati makan kat restoran ni. Tom Yam memang power. Tapi tu lah, bak kata Afiq, kedai Siam kalau takde awek Siam maknanya tak cukup syarat lagi. Haha
Pagi semalam pulak kami buat barbeque dekat compound rumah diorang ni. Pun ditaja oleh abang ipar jugak. Haha, memang aku datang Melaka ni nak makan je..:-p
Hehe. Co-Griller of the day. Aku memang suka bab-bab membakar ni..:-)
Ohh yeah. Look at that. Tengok pun dah terliur gila ni. Slurpp..:-p
Pergghh. Memang terbaik BBQ semalam. Selain ayam, kami grill sosej jugak. Sebenanrnya personally, when it comes to BBQ. Aku ni lagi suka makan hotdog daripada ayam...Pelik je.Huhu
Plannya ingat nak buat malam semalam. Tapi sebab aku kena balik Rawang petang tu, so kami awalkan ke pagi. Asalkan dapat join, nanti kecik hati abang ipar aku tu.
Lepas BBQ, buat sikit kerja sambil tengok diorang main PS4. Untunglah main Far Cry 4, aku main takat Far Cry 2 je. Kalau tak mau meletup laptop aku tu. Haha
Dalam pukul 5.30 aku bergerak meninggalkan Asahan. Lalu jalan dalam then tembus tol Simpang Ampat. Ingatkan tak sesak, sangkaanku meleset..
Pukul 9.15 jugak sampai Sungai Buaya. Pisang beb, drive dari Kedah hari tu pun tak macam ni..:-p

Jadi itu sajalah cerita entri petang ni. Orang lain semua mood cuti lagi, aku kena masuk kerja balik esok. Tak tau lah, dengar hari tu HR kata baki cuti yang ada mesti kasi habis before bulan 4 ni kalau tak burn. And I still got 11 days of untouched leave man! Macam mana nak bagi habis ni. Haha

No comments:

Post a Comment