Sunday, January 15, 2017

Kisah Aku n Weekend @ Ladang Bukit Asahan

Assalamualaikum,

Penatnya lah minggu ni. Rest pun sekejap-sekejap je. Okay lah, nak dijadikan cerita. Minggu ni aku sempat melawat kakak aku di Asahan, Melaka. Sebenarnya niat takdelah suka-suka nak melawat, tapi sebab nombor lama aku ada problem sikit which is tied dengan nama Along. Tu yang gagah jugak datang all the way from Rawang ke Melaka..:-p
Minggu ni memang non-stop kerja beb, hari-hari kerja lebih masa. Dah la overtime, hari Sabtu pun datang ofis jugak semata-mata nak siapkan satu tender penting. Lepas je habis buat kerja semalam, around 8 malam aku bergerak dari TPM ke Melaka.
Sampai R&R OBR Ayer Keroh sekitar jam 9.30 malam. Singgah makan Nasi Lemak OBR sebelum meneruskan perjalanan ke Asahan. Sampai je Tol Tangkak, Along dan Syazwan dah tunggu, then aku follow diorang ke rumah. Boleh tahan dalam jugaklah Ladang Bukit Asahan ni dari Plaza Tol tu..:-p
Tengok cerita Shaolin dengan abang ipar sampai 2 pagi. Best pulak cerita ni, yang berlakon memang star-star pulak. Haha. Sedangkan time tu memang dah letih gila.
Ni lah bilik aku menumpang tidur semalam. Macam hotel beb! Siap ada Yasin lagi atas katil. Huhu
Breakfast seawal jam 9 pagi. Then meluangkan masa meninjau Ladang Bukit Asahan ni. Mesti korang tertanya-tanya kenapa rumah diorang dalam estet ni kan?
Abang ipar aku berkerja sebagai Assistant Manager dekat estet milik Sime Darby Plantation ni. Itu je, ada faham?
Dalam pukul 11 pagi, kami bergerak dengan 2 kereta ke Bandar Melaka untuk settlekan isu simkad aku, since the only Maxis Center yang bukak hari Ahad ada kat sana je. Tengok tu jalan ni punya debu. Haha
Babai Ladang Bukit Asahan. Memang tenang duduk kat sini, boleh lari dari serabut Metropolitan Kuala Lumpur. :-)
Dah lama tak naik kereta berdua dengan Along. Syazwan pulak naik dengan adik bongsu dia, Shafiq.
Sempat jugak lah merayau-rayau Bandar Melaka tadi..:-)
Satu-satunya Maxis Center yang operates daily kat Melaka ni ada kat sini lah - Mahkota Parade. Nasib baik bukak. Sebenarnya aku tukar pelan Postpaid minggu lepas, tak tahu pulak kena tukar simkad sekali. Nak menambahkan celaru, nombor yang aku pakai daftar atas nama Along hampir 12 tahun lepas. So kalau nak tukar ownership dan retrieve simkad baru, Along kena ada sekali. Tu yang gigih datang Melaka jugak semata-mata sekeping simkad. Huhu
Lepas semua urusan settle, kami pun membawa haluan masing-masing. In Sha Allah, raya Cina nanti aku datang melawat lagi, diorang ada buat majlis doa selamat. Haa, yang belah kanan tu lah Shafiq..:-)
Balik Rawang? Hell No! Ada urusan yang belum settle lagi. Tepat pukul 2 petang, aku bergerak meninggalkan Bandar Melaka dan terus menuju ke Nilai. Nak amik si Faris tu, cuti semester dia dah start.
Ni barang-barang budak tu je, belum campur kat seat belakang lagi..:-p
Touchdown Sungai Buaya pukul 5 petang. Singgah makan kat Rahim, lapar gila beb. Dengan mengantuknya lagi. Sampai rumah je terus tertidur sampailah Isya tadi. Haha

So, itu saja cerita aku malam ni. Ingat nak sambung buat kerja sikit before tidur ni. Sampai ofis esok boleh relax sikit..:-)

No comments:

Post a Comment