Monday, April 4, 2016

Kisah AKU n Welcome April!

Assalamualaikum,

Eh, tak tidur lagi bro? Of course lah, bukannya kerja pun esok..haha. So, ingat tengah malam ni nak update sikit cerita tentang aktiviti hujung minggu aku. Biasa lah, awal bulan kan? Mesti ada cerita cliche punya..haha
Hari Sabtu jadi driver. Pergi melawat rumah kawan ayah di Taman Bukit Permata, Gombak. Aku pun tak tau apa function datang sini sampai ke petang..:-p
Sampai pukul 4 jugak kami kat sini. Rumah orang-orang kaya ni, atas bukit. Tapi panas dia tak payah cakap lah. Sampai kuning kaler rumput kat sini. Lepas Asar, terus tertidur sampai pukul 8.30 malam. Tengok jam memang menggelupur habis since janji nak pickup brotherhood untuk aktiviti malam kami. Nasib baik Afiq volunteer amik, jimat minyak..hehe
Since kami sampai Rawang pun dah nak pukul 10. Most of tempat karok dah full house and waiting time ada yang sampai 50 minit. Dolah pun suggest untuk ke karaoke center berhampiran CC Matrix kat Pasar Besar Rawang. 
Tapi sini memang bapak mahal beb! RM 38 for one fucking hour! Mula-mula reluctant jugak, last-last we paid RM 60 for 2 jam. With no complimentary snacks and refreshment given. Pfftt..
But, apa yang bestnya kat sini. Audio memang superb, pakai wireless mic which is good. Lagu mostly updated and kadang-kadang boleh ternampak amoi seksi lalu lalang. Sebab center ni owned by the Chinese and mostly yang datang karok pun kaum-kaum diorang jugak..haha
Berbaloi rasanya buat exercise 30 minit lepas kerja everyday. Nampak ada isi dah lengan aku tu..hihi. Buat basic je, takde angkat berat berkilo-kilo pun..:-)
Haha..dah kenapa si Dolah ni. Semalam kitorang buat challenge, menyanyi dengan freestyle. Ada yang meniarap, baring, cangkung..haha
Habis karok around 12.30, singgah dinner kat Afzal. Time ni aku buat announcement tentang resignation aku. Semua terkejut and show their support, sampai ada yang offer untuk carikan kerja untuk aku. Thanks guys, korang memang kawan terbaik yang aku ada. But, don't worry. I'll be fine.
Terlebih flash. Korang nampak 2 orang belakang aku tu? Tu tengah pujuk awek masing-masing, menangis segala bagai. Ingat drama TV3 ke apa, haha..
2AM - Kami dah ready nak gerak from Afzal, then Afiq bersuara "Weyh, awal lagi. Jom merayau KL" Mula-mula ingat dia bergurau je, last-last betul sampai ke KL kitorang semalam..haha. Sudahnya, pukul 5 pagi sampai rumah. Bukan apa, sejak Afiq masuk Domino, kami bertiga jarang melepak macam ni. Tu yang lepaskan rindu tu..haha

Okay lah guys, tu saja cerita awal bulan kami. Tak meriah mana pun, aku pun tengah lancarkan cost-cutting measure ni as a result of my resignation last week. Still boleh nak bersuka ria, tapi dengan kadar sederhana lah. Tapi, macam aku cakap dalam entri-entri lepas. Don't worry, I know what I'm doing now.

No comments:

Post a Comment