Sunday, November 15, 2015

Kisah AKU n Food Truck Fest @ Independence Square

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak share aktiviti seharian aku semalam. 
Seawal pukul 7.30 pagi dah keluar rumah, hantar kakak aku ke Quality Hotel Jalan Raja Laut. Dia ada company event kat sana. Dapat tidur hotel pulak tu, untung lah. Aku join company event pun sekali je, tu pun half day pastu sambung kerja balik..haha
Mak dengan adik join dia sekali. Dapat lah tidur kat hotel tu satu malam. Aku dengan ayah ke Setiawangsa, nak survey something and dojng some mapping kat sana..:-)
Okay, mission accomplished. Location acquired! 
After mapping, aku stop by kat office Dolah. Dia and Afiq kena kerja semalam. Since takde benda nak buat sangat kat rumah, aku pun lepak situ while ayah drive balik ke Sungai Buaya.
Nasib baik tak amik pure account dulu. Struggle aku tengok brader ni semalam. Ko buat apa semalam kat office Dolah ni, Fred? Tidur. From pukul 12 sampai lah pukul 2..haha. Around 2.30, Afiq datang and we had our lunch bertiga dekat area situ.
After lunch, masing-masing sambung buat kerja. Aku pulak buat market research from 4 to 7, dapat lah 15 pages leads..:-)
6PM - Afiq datang office. Survey destination best nak bercuti next year..;-p
Lepas Isyak kami merayau-rayau sekitar KL. Lalu kat Dataran Merdeka nampak macam ada event kat situ. Cari parking then berjalan ke sana..:-)
Rupa-rupanya memang ada event, tapi aku pun tak tau nama event ni.
Ada auto show rupanya. Banyak kereta custom-made kat sini. Ada yang pelik, skrin LCD pun ada kat tayar. Belum cerita woofer dengan speaker lagi, dah macam PA sistem dewan pun ada..haha
Dolah suka lah pergi tempat-tempat ada kereta macam ni. Aku bab-bab kereta ni tak minat sangat, asal dapat drive jalan-jalan dah cukup okay..:-)
Tapi okay lah, banyak jugak kereta yang power kat sini semalam.
Ada Food Truck yang provide F&B services for visitors. Bagus konsep food truck ni, jimat space and senang. Habis event, kemas sikit, start engine then terus chow..huhu.
Battle of The Band pun ada semalam, tapi kitorang tengok 2 bands je. Mana taknya, dah lapar gila nak cari nasi.
Singgah dinner kat Kampung Baru. Aku tak tau kenapa sekarang ni suka sangat makan otak-otak. Asal ada depan mata, terus mengunyah benda ni. Bayar belakang cerita..huu
Masuk simpang Sungai Buaya, kereta Dolah terbabas. Langgar tiang letrik TNB and just a couple of inchs nak masuk longkang belakang tu. Yang peliknya dia drive takde laju mana pun, since aku dengan Afiq follow belakang. Kami tunggu family dia and towing truck dalam setengah jam before heading home.

Tu lah first time aku tengok car accident depan mata, and melibatkan kawan baik sendiri pulak tu. Glad he's okay, and of course, driving skills dia helps to minimize kan impact pelanggaran tu. Kalau aku, tak tahu lah. So, the best yang aku boleh buat - drive safe and sound..:-)

Okay lah, ada satu entri lagi nak update ni. Senang-senang baca lah.

No comments:

Post a Comment