Monday, November 16, 2015

Kisah AKU n Bye CT 100!

Assalamualaikum,

Pagi tadi aku ke Nilai, hantar my little brother ni ke USIM. Cuti sudah habis bro, haha. Nak dijadikan cerita, si Faris ni nak bawak motor kat sana tapi takut nak bagitau ayah, so dia mintak tolong aku untuk bincang. After some tense negotiation, akhirnya ayah benarkan and today kami ship motor dia ke sana dengan bantuan van Abg Pian from ORSB.
Riding my CT100 for the last time kat Sungai Buaya ni sebelum berangkat ke Nilai. Macam mana nak lepak kat Medan nanti, motor dah takde. Takkan nak lepak situ pun nak drive kereta..:-p
Abg Pian ni staff kat ORSB, tempat aku praktikal dulu. Time nak ship motor aku kat Shah Alam dia lah yang tolong. La ni pun dia jugak. Besar jasa Abg Pian ni kat family aku..:-)
Muka mengantuk lagi tu walaupun gerak pukul 9.30 pagi..:-p
Bila jadi escort ni boring gila beb, sebab make sure kita tak lost contact dengan diorang. Dah macam main game GTA pulak, bezanya kalau lost track nanti van tu meletup..haha
Singgah brunch kat R&R Nilai. Bila dah sampai Nesmilan ni, kena try daging salai. Fuhh..tip top beb, lagi-lagi bila makan dengan tumis kentang bilis ni. Nyum-nyum!
Kecik je body budak dalam gambar ni. Macam student universiti je, betul tak?
Paneh bonar Nilai ni, berkicap siot..:-p
Okay bro, hang jaga motor aku ni baik-baik. Bawak elok-elok, nampak simpang make sure tengok sekeliling dulu. tak payah speeding (motor ni tak laju pun..haha) and lagi satu, jangan pandai-pandai nak tanggal sticker UiTM aku tu..:-p
Around 12, kami bergerak from Nilai ke KL. Amik along dan mak kat Quality Hotel and pulang menuju ke Sungai Buaya.

Okay, rasa dah boleh tidur dah ni. Esok gonna be one different day kat office under Abdul's leadership. Don't worry bro, I promise to support you and the Team. 

No comments:

Post a Comment