Monday, January 4, 2016

Kisah AKU n Travelogue Thailand - Day 8

Assalamualaikum,

Hari kelapan kami di Thailand diisi dengan perjalanan selama hampir 6 jam dari Krabi ke Hadyai. 
Seawal jam 11 pagi lagi Khun Chut dah tunggu kami depan lobi hotel. Kemudiannya kami dibawa ke Terminal Krabi untuk menaiki bas pulang ke Hadyai.
Ni semua muka tak nak balik..haha
Ni pun muka tak mau balik jugak..huu
Bas ni nampak je macam nak roboh. Tapi aircond ada, seat belt ada. And yang paling penting, gambar King Bhumibol pun ada dalam ni. Respect!
Bas bertolak pukul 1 petang, and sampai di Terminal Hadyai around 6.30. Hari pun dah nak gelap kat sini.
Akhirnya dapat jugak aku experience something yang aku nak tengok sangat kat Thailand ni. Tepat jam 7 petang, lagu kebangsaan Thailand dimainkan di seluruh negara termasuk Hadyai. Start je lagu, semua orang bediri tegak, kereta and motor yang ada kat traffic light semua stop. Even driver kitorang pun matikan enjin Songthaew ni. Double Respect!
Check in hotel, letak barang and berehat sebentar setelah perjalanan yang memenatkan.
Serius beb, ni hotel paling creepy yang aku pernah stay. Ada gambar Buddha kat merata-rata tempat. Mengingatkan aku kat cerita-cerita horror Thailand yang aku pernah tengok..huhu
Had our dinner kat Hameed, and strolling Hadyai street. Memang tak boleh duduk diam lah kitorang ni. Ada je tempat nak merayau..:-p
Hari tu merupakan malam terakhir kami di Thailand. Berat hati nak tinggalkan negara yang penuh disiplin ni.

Next entry - Last Minute Showdown and End of Travelogue Thailand!

Kisah AKU n Travelogue Thailand - Day 7

Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku bercuti kat Thailand. So far memang enjoy walaupun sedar yang kami hanya ada 3 hari je lagi di negara Gajah Putih ni.
Pagi tu turn aku breakfast dengan Afiq. After that kami ke Terminal Krabi, boleh pulak terlupa nak beli tiket bas..haha. Before pulang ke hotel, kami sempat singgah ke Wat Thumsua, sebuah kuil Buddha yang terletak di Krabi's outskirt.
Around 12PM, kami bertiga meneruskan perjalanan kami dengan melawat Khao Phanom Bencha National Park, yang terletak kira-kira 25 KM dari pusat bandar Krabi.
Afiq and Dolah di pintu masuk National Park yang ke 40 di Thailand ni..:-)
Di kawasan seluas 50 KM persegi ni, ada dua waterfall yang terkenal iaitu the 3 cascade's Huai Sade Falls dan juga the 7 cascade's Huai To Falls yang setinggi 80 meter.
Nak panjat Huai To Falls bukan mudah, lagi-lagi untuk kami yang tak ada equipment yang proper untuk mendaki. Berbekalkan hanya selipar getah, dan air Coke sorang satu. Kami pun nekad untuk memanjat bukit tu..:-)
This is the Huai Sade Falls, ramai orang stop mandi kat sini. But being Malaysian, apa lah sangat nak redah bukit macam ni..haha, angkuh gila..lol
Ni cascade keenam. Kami stop sampai sini je, since Dolah dah tak larat nak hiking. Kan hari tu dia jatuh tangga dalam Cruise, so ada effect sikit kaki dia.
Muka bangga menawan a part of Huai To, walaupun dengan selipar. Geleng kepala renjer hutan tu tengok kitorang..haha
Sejuk beb air kat sini. Korang abaikan kapel Siam yang tengah beromen belakang tu..hee
Sejenis entiti menyerupai manusia dikesan..haha
Memang tip top lah pengalaman hari ketujuh ni. Dapat melihat keindahan flora dan fauna yang ada kat bumi Thailand ni. Rindu pulak rasanya nak ke Gabai dengan Tekala, lama dah tak pergi..:-)
Malam tu sekitar jam 9, kami bergerak mengharungi jalan yang gelap untuk menyambut tahun baru di Ao Nang. 
Sampai-sampai je kami terus berpecah mengikut cita rasa masing-masing. Aku memilih untuk berjalan-jalan di sekitar night market dan juga fun fair yang disediakan untuk pengunjung yang hadir memeriahkan sambutan.:-)
Sambung merayau di kedai-kedai berhadapan Pantai Ao Nang. Kat sini lah aku ternampak dark side pantai ni. Tengah berjalan, tiba-tiba ternampak satu lorong. Curios to know, aku pun masuk and guess what, lorong tu membawa aku ke satu kawasan yang dinamakan Sentral Point yang menempatkan premis-premis maksiat macam apa yang aku nampak kat Patong. Cepat-cepat aku keluar..:-)

Keluar je aku terus turun ke pantai dan berpeluang melihat pengunjung yang melepaskan lantern ke udara. Kata local kat sini, this is an offering for the God untuk tahun yang lebih baik. 
Selfie dulu sementara menunggu countdown to New Year 2016. Jam menunjukkan detik 12 tengah malam dan serentak dengan itu, percikan bunga api pelbagai pattern dan warna memenuhi ruang angkasa Krabi. 
Dalam pukul 12.30, baru nampak batang hidung budak-budak ni. Tah mana lesapnya, nasib baik lah aku agak terleka dengan suasana sambutan kat sini. So, takde lah rasa lost sangat..:-)
Kami bertiga pulang ke Krabi Town kira-kira pukul 1 pagi. Trafik sesak di sekitar pantai-pantai terutamanya di Ao Nang.
Singgah pekena teh tarik dulu di Krabi Square before menuju pulang ke Phetpailin Hotel.

Entri seterusnya, cuti dah nak habis bro..wuu~

Kisah AKU n Travelogue Thailand - Day 6

Assalamualaikum,

Hari kedua kami di Krabi banyak dihabiskan dengan aktiviti tepi pantai. Seperti yang kita semua tahu, Krabi ada 15 pantai yang terletak di pesisiran menghadap Laut Andaman dan semuanya cantik-cantik belaka. But sepanjang kami berada disini, ada 3 pantai je yang betul-betul kitorang singgah.
Sarapan pagi di hotel before memulakan hari kami di Krabi.
Perjalanan from Krabi Town ke kawasan pantai mengambil masa kira-kira setengah jam merentasi jalan kampung dan highway sepanjang 16 to 22 KM. Thanks to our scooters, kami mampu untuk cover area sebanyak ni, kalau pergi dengan ajen memang tak dapat lah..:-)
Destinasi pertama ialah Pantai Ao Nang, pantai yang paling maju dan cantik sekali diantara pantai-pantai yang ada kat Krabi ni.
Kat sini ada nightclubs, taverns, bars, souvenir shops, mini mart, hotels, restaurants dan segala fasiliti lain lagi. And one more thing, seperti Phuket, nightlife di Ao Nang pun boleh tahan dasyhat. Next entry aku cerita okay.
Helmet aku ni unik sikit, sebab aku pakai topi kat dalam. Boleh lah buat lindung dari matahari sikit..:-)
Kat Ao Nang ni memang banyak pelancong terutamanya from Eropah dan Amerika yang berjemur kat sini. Contoh macam kat belakang tu..:-p
Sedikit gambar pemandangan di Pantai Ao Nang berlatarbelakangkan Pulau Phi Phi.
Our next activity ialah berpiknik di Pantai Noppharat Thara. Cari port baik bawah pokok sambil ditemani bayu Laut Andaman.
Lepak bawah pokok pun rasa berbahang lagi kat sini..:-)
Sebenarnya niat hati nak berendam tapi cuaca panas sangat, takut burn gila nanti. Sudahnya tidur je lah..huu
Panas betul kat sini, boleh dehydrate aku kalau duduk lama-lama.
Jom balik Phuket! Haha, tak payah nak buat kerja gila. Yang 20 KM ni pun dah sengal bontot, apatah lagi beratus-ratus KM..huu
Had our dinner di Restoran Abdullah Halal Food di Krabi Town.
With a lot of cash ditangan, kami pun menuju ke night market yang sama untuk sesi membeli belah..haha
Night market ni is a must untuk siapa yang berkunjung ke Krabi. A lot of barang-barang boleh dapat kat sini dengan harga yang affordable. 
Tu diaa, shopping tak ingat dunia. Tak tau lagi yang kat Hadyai ada yang jauh lagi murah. Baru menyesal..haha

Next entry - Kehijauan Krabi dan The Dark Side of Krabi. Teruskan membaca hanya di diarimcbride.blogspot.com!