Sunday, August 11, 2013

Kisah AKU n Third Day Syawal 2013

Assalamualaikum kawan-kawan. Since hari kedua takde event menarik pun yang aku nak kongsi kecuali bbq lagi..haha, so aku pun skip terus je la ke hari raya yang ketiga.
Tahun ni baju raya aku baju melayu je. Yang kasual macam kat atas ni aku tak beli. Ni pakai baju pergi kuliah tau..haha
Tengok adik aku tu, dah makin bertambah besar dari abang dia. But, still maintain orang akan ingat aku abang..:-)
Rumah pertama yang kami ziarah tahun ni ialah rumah family belah ayah aku. Since atuk pun tak berapa sihat belakangan ni, malam before tu ayah dah pun balik ke Parit. So, keesokan paginya atas cadangan aku, kami pun menziarah atuk. 
Jangan-jangan diorang ni ada yang tak pernah datang sini, takpun dah lama tak datang.
Poyos sikit boleh tak..hehe
Mak dengan Rayyan, anak Acik Fendi and Kak Eyla. Muka sebijik macam Acik Fendi time kecik-kecik dulu..:-)
Iman ni asyik tidur je. Kat rumah sendiri tidur, kat rumah orang lain pun tidur jugak.. Acu Nani kata aku kecik-kecik dulu pun sama.. Ye la kot, sebab sekarang hobi aku memang tidur..haha :-)
Bila besan bersembang, cucu pun nak dengar jugak. Biasa lah sembang zaman muda-muda dulu bila first time jadi besan..:-)
Pekan Parit. Kebanyakan bangunan kat sini dibina time era kolonial dulu. Takde KFC pun, tapi famous dengan Mee Hailam tepi Sungai Perak tu.
Perjalanan raya kami disambung dengan menziarah rumah Opah Chu kat Tanjong Belanja. Dekat-dekat area Parit tu jugak..
Acik Fendi mencuba motor vintage Atuk Chu yang still cantik, berkilat dan workable.
Kontrol cun pulak akak aku ni, mentang-mentanglah pakai baju yang boyfriend dia bagi. Teringat aku kat si Mas tu, aku tak beli pun baju raya dia tahun ni. Nak buat camne, dah awak tu yang nak shawl.:-p
Atuk Chu dah macam orang muda, henset tak lekang tu dari tangan. Aku yang muda ni pun ada time nak stop..haha

Malam tu tak buat apa pun, just edit-edit sikit picture. Maklumlah, teman ni pakai C3 lagi..kamera henset tak lawa macam henset mike tu..:-) So guys, I guess itu lah entri penutup untuk segmen raya 2013 ni, since aku pun dahpun selamat tiba di Rawang pagi tadi. Duit raya? Haa, lupa pulak. Tahun ni kutipan macam biasalah bila dah besar memang tak banyak lah dapat, ada la dalam RM 80 je, cukup lah buat tambang bas nak pergi kerja lepas ni..haa

Disini, rasanya tak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ni, jika ada salah silap yang aku buat, terkasar bahasa ataupun tak reply comment korang - harap diampunkan ye..:-)



Kisah AKU n First Day Syawal 2013

Assalamualaikum semua, 8 Ogos 2013 menyaksikan kejayaan umat Islam merayakan kemenangan melawan hawa nafsu pada bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi. Syawal yang tiba mestilah diraikan dengan gembira dengan menepati syariat Islam. 
Seawal pukul 8.30 pagi, aku bersama adik bergerak ke Masjid di Pekan Bota untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, Ayah sembahyang kat Parit dengan atuk and adik-adik dia. 
Dalam pukul 9.30, selesai je khutbah kami pun balik ke rumah opah. Panas jugak cuaca tahun ni. Nasib baik aku memang selalu bawak sapu tangan..:-p
Sampai je rumah, tengok dah ada yang beraya.. Jiran sebelah rumah punya cucu, ramai jugaklah hari tu. Datang bukannya nak makan, nak air sejuk dengan duit raya je tau..:-)
Tukar uniform jap, aku dengan adik ada kontrak basuh pinggan mangkuk untuk hari pertama ni..haha
 
Lepas habis Round 1, kami tiga beradik pun amik lah peluang untuk amik gambar. Tu pun dapat sekejap-sekejap je sebab adik-beradik opah kalau datang bukannya satu-satu, tapi sekali pakej terus. 
Waktu ni semua dah ready nak amik picture keluarga, tapi malangnya...
Ada lagi yang datang dan ianya berterusan sampailah pukul 6 petang. So, ceritanya habis macam tu lah. Takde lah picture raya keluarga tahun ni. Sebab semuanya dah malas nak amik. Ye lah, dengan muka berminyaknya, badan pun dah melekit-lekit, ketiak pun dah masam..haha
Aku pun, keluarkan lagi lah bola-bola hitam tu. Dengan harapannya nak main sorang-sorang je la. Tiba-tibalah ramai yang berminat pulak nak tumpang sekaki. Ni time aku tengah ajar sikit rule and basic lawn bowls.
Steady deliver bowls dengan seluar raya yang dilipat-lipat ..haha, klasik betul tau..:-)
Yang tak berminat nak main, tapi nak tengok pun ada jugak..rasa terharu pulak sebab ada jugak yang nak tengok keunikan lawn bowls ni..hii
Dalam pukul 7, diorangg open table untuk barbeque..haa, benda ni lagi.. Aku rasa bbq ni dah jadi tradisi kot untuk family mak ni...hii
Acu Keon ni memang nekad betul nak balik raya. Gerak dari Putrajaya lepas sembahyang raya tu.
Sorang pakcik je lagi yang tak balik time ni. Acik Joe, macam biasalah beraya kat rumah isteri dia dulu kat Changkat Jering. 
Pengubat untuk ketiadaan gambar raya..huk Banyak jugaklah picture time bbq ni aku amik hari tu.
Bersama Iskandar, anak Uncle Man. Dia ni baru darjah 6 dah lagi tinggi daripada aku..huu, baka tinggi nak buat camna..

Ok lah, itu kisah untuk hari raya pertama aku. Sila bersabar dan nantikan entri seterusnya hanya di blog ini. Till then, take care semua..:-)

Kisah AKU n Last Day Ramadhan 2013

Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Hari ni dah masuk raya yang ke-empat, bermakna sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita semua. So, seperti tahun-tahun sebelumnya, didalam segmen raya blog ni, aku pun nak buatlah entri-entri raya aku. Nak jugak share pengalaman raya kan.
Oklah, jom bukak cerita raya dengan hari last kita semua berpuasa bagi Ramadhan tahun ni iaitu pada 7 Ogos 2013. Aku and family selamat tiba di kampung halaman pada hari itu sekitar pukul 9 pagi. Disebabkan tak tidur malam sebelumnya, aku ketiduran..haha, dari pukul 11 pagi sampailah 3 petang. Unlike tahun-tahun sebelumnya, hari memasak tahun ni memang aku tak buat apa-apa lah..
Bangun je pukul 3, aku solat Zuhur and opah suruh aku jaga lemang..haa, yang ni rutin setiap tahun
Adik and akak aku tidur time ni sampai pukul 6.30 petang, since diorang pun dah buat kerja stime aku tidur tadi. Dah macam kerja syif pulak..so, terpaksalah amik gambar sorang-sorang..huk
Hehe, lepas dah siap semua kerja. Aku pun keluarkan lah bola-bola hitam aku tu..Awal-awal lagi dah set nak bawak sebab rasa padang rumput sebelah gelanggang rumah tu ada potensi nak jadi green. Tapi agak heavy dengan tak rata jugak lah..:-)
Dalam pukul 7, aku, adik dengan Acik Fendi pun stop main - mandi and menunggu untuk berbuka. Sekitar pukul 7.35, azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka di Perak Tengah. Maka, Ramadhan 2013 pun menutup tirainya, Syawal pun menjelma.