Monday, July 15, 2013

Kisah AKU n Summary BAS Pt. 4

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian, untuk entri petang ni aku nak ringkaskan perjalanan Semester 4 aku bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran kat UiTM Shah Alam. Baiklah, seperti yang korang sedia maklum, pelajar-pleajar degree sekarang ni sudahpun mengakhiri pengajian mereka dan sekarang berada di cuti semester sebelum melangkah semula pada bulan 9 ni. Aku pun sama lah jugak, but esok aku akan membuka tirai baru sebagai seorang employee untuk menghabiskan cuti selama 2 bulan ni..Ok lah, jom tengok apa yang menarik dan tak menarik sepanjang semester 4 aku..check it out!!

Erm, lepas aku check folder Sem 4, tak de banyak benda yang menarik dan signifikan pun. Tapi, takpelah sebagai ganti aku sertakan sekali program-program SMF sepanjang Semester 4 ni

a) March 2013
Ni bulan hangout namanya, sebab SMF waktu ni dalam proses untuk menguatkan lagi relationship as well as bonding untuk bekerja didalam sesebuah organisasi. Lagipun bulan 3, belum ada program yang kami anjurkan sebab banyak tertumpu kat program wajib fakulti seperti PPW, MDS, Modul KI dan sebagainya..
Event Majlis Perjumpaan Dekan FSPPP 2013 berlangsung di DATC, UiTM Shah Alam..:-)

b) April 2013

Takde event ataupun kenangan untuk bulan 4..seriously takde satu folder pun yang ada..huk

c) May 2013
Pelancaran Yayasan Destini Anak Bangsa oleh DS Najib Tun Abdul Razak, PM Malaysia.
Ekspo Selangkah Ke UiTM 2013 di DATC - sebagai urusetia pelajar bagi FSPPP.
Biro Teknikal & Multimedia, Majlis Anugerah Dekan FSPPP 2013
Seikhlas Budi FSPPP 2013 di Rumah Anak-Anak Yatim & Asnaf As-Solehin di Kanchong Darat, Banting. Menjadi Biro Pengangkutan.

d) June 2013
Biro Tajaan untuk Kemuncak Ilmu FSPPP 2013 Ke Korea Selatan..:-)
Liaison Officer ketika Siri Syarahan Tahunan Ketua Setiausaha Negara 2013
Menemuduga calon-calon TUNAS SMF bagi sesi 2013/2014.

e) July 2013
Minggu Final Examination..dan tak sihat..huk
Sempat berpuasa selama 4 hari di Shah Alam berseorangan..huhu

Ok, now kita akan pergi ke anugerah Best Lecturers dalam semester ni dan ianya dimenangi oleh En. Mohd Mohiyuddin B. Mohd Sulaiman. Nickname "The Marvelous". Seorang figura yang sangat strict dalam marking paper dan juga evaluate presentation. Sangat knowledgeable, fasih dalam beberapa bahasa, dan juga friendly. Harap-harap aku dapat perform lah paper beliau ni..hii

Now, it's time for my concluding remarks for this semester. Overall, semester ni takdelah teruk sangat as compare to previous semester. Nampak ada balance dalam study dan juga SMF walaupun relationship dengan classmate still takde improvement. Baiklah, ini merupakan term aku yang terakhir sebagai SMF dan diharap semester depan akan jadi lebih baik daripada semester-semester sebelumnya..:-)

Sunday, July 14, 2013

Kisah AKU n The End of My Second Year

Assalamualaikum semua, saat jari aku menaip entri ni, aku dah pun berada di Rawang. Hahaha,seronoknya, final paper dah habis and begitu jugak lah status aku sebagai student tahun kedua.. Insyallah, bulan 9 aku akan meneruskan pengajian aku sebagai student tahun ketiga di UiTM. OK lah, saja nak bercerita tentang semalam, hari last payperr aku..huu
Sebelum ke Dewan Annexe, aku dah pun siap kemas rumah, tutup suis lampu semua, check air..macam biasa lah, rutin yang selalu kita buat bila nak tinggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.
Sinki pun dah cuci sikit, bagi clear. Pili air pun dah tutup seketat-ketatnya..
Bilik aku - dah takde apa pun kat sini. Ada lah beberapa helai baju and buku nota kosong. Sem depan penuh la balik dengan buku-buku Part 5.
 Barang yang bawak balik - beg laptop dengan baju sikit, beg bowls (hehe, mana boleh tinggal), kasut kulit untuk pakai time attachmenr and helmet..
Pukul 12 aku gerak ke Dewan Annexe, memang ngantuk gila la siot sebab pekena 2 nescafe before Subuh then langsung tak boleh nak tido..tambah pulak dengan hujan lebat sekitar Shah Alam..Tapi alhamdulillah, aku dah buat yang terbaik untuk paper ASEAN..:-)
Habis je paper, still hujan lagi tapi redah je sebab Abang Pian dah sampai, terus naik amik barang-barang pastu bertolak ke Rawang. Sempat jugak sampai and berbuka bersama mak ayah dengan adik. Along pulak tengah ada paper sekarang. goodluck ye..:-)

So guys, nanti kan entri wajib penutup Semester 4 aku, maybe malam ni lepas terawih, or esok..Orait, till then, take care

Saturday, July 13, 2013

Kisah AKU & Smartphone

Assalamulaikum semua, macam mana puasa. Ok ke setakat ni? Alhamdulillah dihari keempat Ramadhan ni aku masih diberi tenaga yang cukup untuk menjalankan ibadah puasa, terawih pun so far masih mampu ke Surau Al-Mustaqimah tu, walaupun buat lapan..huu
Ok lah, entri hari ni simple je. Well, seperti yang korang tau, kita hidup didunia penuh globalisasi dimana smartphone adalah sesuatu teknologi yang dicipta bagi memudahkan kita berhubung. Kalau dulu, kita hanya bergantung dengan messaging dan juga calling..tapi kini, kita ada aplikasi seperti Whatsapp, WeChat, Viber dan macam-macam lagi - dan ianya boleh didapati di smartphone-smartphone yang canggih sahaja. Disokong oleh Mobile OS seperti Android, Windows Phone, ianya membolehkan pengguna smartphone untuk mendapat akses sempurna untuk aplikasi-aplikasi macam yang aku cakap kat atas tadi.
Aku pulak tau lah pasal benda-benda ni tapi tak pakai pun smartphone alaf baru macam Galaxy S4, Lumia dan sebagainya. Well, for your information, mobile phone yang aku pakai selama ni ialah Nokia C3-001, takde sokongan Android, mahupun Windows Phone. Akan tetapi C3 tetap diklasifikasikan sebagai smartphone, sebabnya menurut AT&T, apa-apa mobile devices yang ada sokongan wifi, dan 2G keatas adalah "smartphones" , bukannya henset tu pakai tie, baju kemeja mahupun seluar slack tau..huu

Ada seorang kaawan aku ada menyuarakan (huu..baku gila ayat) pendapat dia dan mencadangkan aku untuk pakai smartphone yang lagi canggih, kawan-kawan aku pun ada jugak suggest tapi tu lah. Memang banyak advantage - macam dapat save kredit kan bila connect dengan Whatsapp dll, plus, orang zaman sekarang pun lagi prefer aplikasi macam tu bila nak berhubung, so tertinggal lah aku..
Tapi, berat rasanya nak tukar, plus aku pun dah berjanji dengan diri aku dan juga C3 ni untuk menggunakan servis dia sampailah aku tamat Semester 6, sebabnya Nokia C3 ni lah yang bersama aku sejak dari awal aku masuk Part 1 dulu. In addition, aku dah gunakan khidmatnya since bulan 6, 2011 - maknanya dah 2 tahun setengah. Refer link ni dimana aku beli waktu dapat gaji pertama aku kat Onyx.

So, itu lah satu-satunya reasons aku. Even time cuti ni aku akan buat attachment dengan Onyx pun aku tak kan consider gaji tu untuk beli smartphoone baru.