Monday, November 12, 2018

Kisah AKU n Farid & Ija Solemnization @ Serkam

Asalamualaikum,

Maaflah kelewatan sikit update one of the most important entry dalam blog aku ni. Maklumlah, banyak benda nak diuruskan, plus aku pulak terus masuk kerja tadi. Semalam ingat lepas balik rumah nak update tapi boleh tahan lemau jugaklah after menempuh lima jam perjalanan dari Melaka back to Rawang. Okay, malam ni nak cerita sikit hari aku menjadi suami bagi si Ija ni. Huu
Apa-apapun let's start dengan cerita dipejabat minggu lepas. Quite busy dengan preparation untuk ORT for next FC launching. Ada jugak kena attend dua session tender briefing di KL dan Putrajaya respectively.
Malam Khamis tu aku tidur office untuk langkah penjimatan minyak dan tol. Hopefully, this one yang last lah aku tidur beralaskan tilam kotak HP ni. Hii
Hari Jumaat, around jam 4 petang. Aku bergerak dari ofis TPM ke Nilai untuk pick up Opah dan Iman yang bermalam kat rumah Acu Nani. Kami sampai Serkam dalam jam 8 malam jugak. Untuk event disini, kami sekeluarga menginap di Pak Long Homestay, just 3km from rumah family Ija.
Membuat gubahan dulang hantaran untuk keluarga pihak perempuan. Mikail pun sibuk nak tolong hari besar pakcik dia ni. Huu
Pagi 10 November 2018, aku bangun dari tidur yang agak lena. Agak pelik kata mak, katanya kalau orang nak akad nikah. Malam tu confirmed tidur tak lena. Aku pulak macam buat takde apa. Haha
Snap gambar sambil practice senyum dulu before bergerak kerumah pengantin perempuan..:-)
Jam 10.30 pagi, upacara akad nikah dimulakan dengan Khutbah Nikah oleh Tok Kadi, disusuli dengan beberapa soalan-soalan wajib dari jurunikah..:-)
"Aku terima nikah Siti Khadijah Bt. Ahmad dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai". Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi suami kepada Ija diwalikan bapanya, Tn. Hj Ahmad
Bacaan Taklik oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan bersaksikan hadirin yang datang menyaksikan detik bersejarah aku ni.
Upacara membatalkan wudhuk dan penyerahan Mas Kahwin diatas pelamin serba putih yang dipenuhi bunga yang menambahkan seri pengantin baru kami ni. Hii
Hai, cik isteri. Halal jugak kita kan?
Sedikit gambar snapped by rakan sepejabat Ija. Cantik gambar ni, eloklah buat frame sementara nak menunggu gambar lan dari photographer kami hari tu..:-)
Bergambar kenangan bersama keluarga mertua. Gambar dengan family sendiri takde pulak. Macam manalah boleh terlepas. Haishh..:-(
Petang ikut photographer pergi photoshoot dekat The Riviera @ Pulau Melaka. Ni antara gambar yang diorang dah WhatsApp, selebihnya kena tunggu album nantilah. Huu
Habis around jam 6 petang, aku dan isteri singgah homestay family dulu ambil beberapa barang yang tertinggal
Banyak jugak hadiah kahwin yang kami dapat Sabtu lepas. Penuh seat belakang Myvi aku nak sumbat kotak-kotak ni balik ke Rawang.
Hehe..:-p
Ahad - seawal jam 5.30 pagi lagi aku dah bangun pagi tu. Pastu sambung tidur sekejap. Mengait buah mangga sebagai buah tangan untuk family aku yang terlebih dahulu balik pagi tu.
Sekitar jam 3 petang, aku dan Ija meminta izin mak ayah untuk pulang ke Rawang. Maklumlah, both of us bekerja hari ni. Tu yang kena balik jugak, untuk for you guys punya info. Aku hanya start bercuti after majlis di Rawang selesai. Minggu ni full lima hari bekerja lagi.
Hujan lebat bermula dari Senawang sampailah ke Sungai Buaya. Ditambah pulak dengan accident di beberapa tempat sekitar lebuhraya PLUS. Sudahnya nak dekat jam 8 malam barulah kami sampai rumah.
Home sweet home..:-)
Upacara bukak kotak hadiah pulak. Huu. Banyak dapat set glassware dan barang memasak. Terima kasih kepada korang yang bagi ni tau. Semoga Allah murahkan rezeki. Amin In Sha Allah.
Menunaikan solat jemaah buat pertama kalinya sebagai suami isteri. Macam jawapan aku time akad tu lah, tugas suami untuk mebimbing keluarga kearah keluarga sakinah. Hii (main jawab je apa yang terlintas. Haha)

Itu sahaja cerita entri malam ni. Sebuah entri yang akan aku kenang sampai bila-bila dimana telah berakhirnya zaman bujang En. Farid ni. Dan juga bermulalah sebuah episod baru dalam hidup aku untuk menggalas tanggungjawab yang lebih berat dalam menjadi suami yang soleh kepada isteri dan juga kepada anak-anak kelak. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle earned theri back to back win after defeating Bournemouth. 2 goals from our No. 9 Rondon!

Tuesday, November 6, 2018

Kisah AKU n Get Well Soon, Mike 2.0

Assalamualaikum,

Lemau pulak rasanya, esok dah masuk kerja pulak.  Walaupun counting days ni, tanggungjawab dipejabat jangan dilupakan. Karang bini dapat, kerja pulak hilang. Haha. Okaylah nak story sikit cerita hari ni. As the title suggested, my nephew Mike warded lagi (title pun 2.0) atas demam panas. Orang kata baby ni jangan dibiarkan je bila demam, tu yang hantar jugak hospital. Check kot ada yang serius ke.
Seawal jam 11 pagi lagi aku dah ke Subang Jaya Medical Center ditemani mak dan ayah. Along dan Syazwan memang bermalam kat sana. First time aku masuk hospital ni. Maaf lah kalau agak jakun sikit..:-p
Single room penuh, kena tunggu queue baru dapat kata Along. Musim cuti ni memang ramai budak yang sakit. Tapi bilik diorang ni pun dah macam single room jugak sebab takde orang pun kat katil sebelah.
Ni lah budaknya, kesian tengok demam.
Sorry tau Acik Ferdi datang tak bawak apa pun. Takpelah kan, janji datang tengok anak buah kesayangan ni. Huu
Mak dan ayah bersama cucu kesayangan. Si Mikail tu pun bukan main suka lagi bila dapat jumpa opah dan atuk..:-)
Baby tua..Haha
Ready untuk keluar makan.
Makan dalam area hospital ni jugak. Macam aku cakap tadi, kat sini lain sikit. Banyak fasiliti yang ada, restoran pun banyak contohnya DOME, The Chicken Rice Shop, Subway, Starbucks, 1901 Hot Dog. Tu baru restoran, convenient store yang ada pun bukan calang-calang - Family Mart, MyNews..:-)
Pekena The Chicken Rice Shop, kat sini je yang ada benda Mikail boleh makan pun.
Aku ni sebenarnya tak tau pun nak makan apa kat sini. Tu yang dok lama menelaah menu ni. Haha
Singgah Family Mart, ni pun first time masuk. Memang ketinggalan betul, tu lah yang aku tau 7-E je..:-p
Wauu, dah lama aku tak minum susu pisang ni. Kalau nak tau, ni lah minuman ruji aku time kat Korea dulu. Belilah sekotak buat lepas rindu.
Perghh, sebijik beb. Rasa pisang dia memang menggamit kenangan lepak dekat Sungai Han sambil makan potato pizza dulu. Huhu
Sekitar jam 5.15 petang, aku dan ayah balik meninggalkan mak untuk menjaga Mikail malam ni dengan Along, since Syazwan kena balik PD awal pagi esok.
Sampai Bukit Beruntung jam 6.30 petang, nak book bilik hotel untuk rakan-rakan UiTM yang bakal menghadiri majlis di Rawang. Maklumlah, si Yat tu kat pengapit aku. Kena bagi layanan istimewa sikit..:-)

Itu je lah cerita untuk malam ni. Aku nervous sebenarnya ni. Haha. Lagi 3 hari beb!

P/S: Newcastle akhirnya mencatatkan kemenangan pertama menentang Watford, courtesy to Ayoze Perez' sublime header. Howay The Lads!

Sunday, November 4, 2018

Kisah AKU n Last Karok Bujang!

Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita sikit aktiviti yang aku buat bagi minggu terakhir bergelar orang bujang ni.
Seawal jam 8.30 malam, aku dan Afiq ke Shah Alam nak jumpa si Dolah. As planned last week, kami plan nak karok kat sini. Dolah kata ada port baik..:-)
Ni lah tempatnya - IRDKL Mall @ Padang Jawa. Ingatkan kat mana lah, kalau kat sini aku pun pernah karok dulu. Haha
Tapi kat sini nice lah. Memang perfect untuk jadi penutup since karaoke session semalam merupakan yang terakhir untuk aku bersama mereka before menuju ke alam rumah tangga minggu depan. Sobs
Tiga jam lah jugak semalam. Memang habis melenjan betul.
Sedikit throwback, aku start karok dengan diorang ni since Oktober 2014. Dari situ, ianya dah jadi antara rutin bulanan kami. Boleh klik link ni untuk our first karok story four years ago.
Even baju yang aku pakai semalam pun, merupakan baju yang aku pakai time first karok dulu. Empat tahun beb! Still muat lagi. Haha
Pasni bila lagi nak tengok brader-brader ni pilih lagu. Huhu
Since semalam tiga jam, jam yang pertama aku throwback lagu waktu first karok dulu. Ingat lagi beb. Spring, Anuar Zain, Hafiz Hamidun. Haha
Isabella98 sebagai penutup. Lagu wajib karok kami bertiga..:-)
Around 1.30 pagi, singgah pekena Nasi Kandar kat Pelita dulu. Menyembang lah plan next week. Eh, nak plan apa lagi? Minggu depan aku nak jadi laki orang dah. Haha. Sampai rumah sekitar jam tiga pagi, memang terus tidur since esoknya nak bangun awal. Ada kerja sikit kat site.
Seperti yang dijanjikan kepada team Fitment Center Plaza Tol Loke Yew BESRAYA atas kecemerlangan mereka. Pagi tadi aku monitor replacement untuk their existing canopy kepada cabin office yang lagi selesa.
Selain aku, Izuwan our Fitment Center Manager pun datang jugak. Baguskan management baru ni, semua turun padang. Huhu.
Nak jugak ada gambar sikit. Hii
Okay lah ni kot, ada aircond lagi. Esok pagi korang setup lah sendiri eh..:-)
Sekitar jam 11.30, cabin office kami berjaya disiapkan. Diharap dengan adanya kemudahan ni, staf kami akan bekerja dengan lebih mantap lagi.

Okaylah, that's the wrap untuk entri malam ni. A very memorable event untuk aku bersama Afiq dan Dolah. Bayangkan almost 4 tahun spend time dengan diorang. Pergi trip, karok, movie, lepak sama-sama. In less than a week, things will never be the same again. Seronok dapat spend masa bujang aku dengan korang. You guys are the best i had..:-)

P/S: Sumpah sebak time nyanyi lagu Sahabat Sejati semalam. Rasa cam nak nangis, tapi control tahan. Huhu