Saturday, September 27, 2014

Kisah AKU n Fun-Tastic Hours!

Assalamualaikum, tadi aku berpeluang meluangkan masa dengan rakan-rakan seperjuangan zaman sekolah dulu. Biasanya, malam minggu aku lepak dengan si Afiq je, since Dolah, sorang lagi bestie aku balik Sg. Buaya. Kami decide untuk buat something yang lain sikit iaitu berkarok..huuu, memang lah takde yang pelik pun pasal karok ni, but at least ada lah sikit kelainan daripada melepak kat Medan tu sekadar bersembang kosong je. Ye dop?
So, kami pun setuju lah nak menjalankan aktiviti sihat ni kat bandar terdekat, Rawang. Actually, ni lah first time kami berkarok sama-sama. Before this, memang tak pernah lagi, even waktu zaman belajar kat sekolah dulu pun.
Yang ada nya 3 orang je, tapi bantai melenjan sampai 2 jam. Memang kalau ikut matematik, sorang dapat 40 minit..haha
Pembuka majlis kami semalam, bestfriend sejak Standard 4, tahun 2002 - Afiq Azham..:-)
 
Cari lagu ke bro..huu, ni pulak Dollah - bestfriend sejak Form 4, tahun 2008.
Macam kenal je bro ni? huu - Eh, ni aku..lol. Bestfriend since 1992..haha
Actually semua gambar ni aku snap from digital camera Olympus aku..huu. Yelah, since henset pun pakai CSL, dah lah 2MP, takde flash pulak tu. Memang tak nampak apa lah kalau snap gelap-gelap camni..hii. Tu lah, ada henset mantap, pergi cicir..kan dah merasa..haha
Blend jugak lagu high and low note. Audio dalam ni memang superb, kalah K-BOX kat Shah Alam tu..:-)
Nak smoking pun boleh dalam ni..tapi aku tak join lah.. Paru-paru gua virgin lagi..hee
Dah kenapa si "Zombie" ni..Nickname dia zaman sekolah dulu sebab suka tidur dalam kelas..haha
Mengakhiri sesi kami malam tadi ialah lagu Isabella 98 dan juga Hukum Karma..haha, memang da bomb lah guys!
Sunyi je tempat ni malam-malam, kalau siang memang penuh. Nak cari parking pun susah kat sini. Pesat betul Rawang ni membangun, dulu waktu mula-mula family aku pindah sini. Memang macam pekan koboi je.
Mana boleh nak balik dulu. Tak lelaki lah..huu. Kami menutup aktiviti malam tadi dengan melepak kat Durbhar, minum teh tarik dalam dua gelas beserta Roti Telur Bawang yang marvelous. Lama jugak sembang kat sini tadi, rasanya start from pukul 11.30 malam sampailah ke 3.30 pagi. Sembang pasal kenangan dulu, dulu, isu politik, kereta sampailah ke relationship..hehe
Dalam pukul 4.40 kami bergerak pulang ke Bandar Sungai Buaya, 15 minit perjalanan jugaklah dari Bandar Rawang ni. Minggu depan tak tau lagi apa plan diorang, since aku pun tengah menganggur and takde benda nak buat ni, dan yang paling penting sekali - selagi belum nak migrate ni. Apa lah salahnya kalau spend time sehari seminggu dengan kawan-kawan sekolah ni daripada lost contact macam tu je. Bak kata lecturer aku, dalam banyak-banyak kawan, kawan time sekolah je yang betul-betul akan ingat kita sampai bila-bila walaupun sorang je. :-)

Memang fun-tastic gila malam tadi. Seronok sangatdapat berkarok dengan besties aku kat sini. Diharap kami mampu mempertahankan persahabatan yang dibina selama ni. Amin. Pesanan penaja - sayangilah rakan baik anda, sebab bukan senang nak dapat.

No comments:

Post a Comment