Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan dalam my previous entri. Hari ni suka aku nak share pengalaman bercuti di Pulau Perhentian bersama-sama rakan seperjuangan time Asasi dulu kat UiTM. Untuk pengetahuan korang, ni lah entri pertama yang menggunakan 99% gambar dari source bukan dari aku sendiri..huk. Seeperti yang korang tahu, my Lenovo S830 keciciran time on the way aku ke Hentian Putra tempoh hari, and sadly ada 100+ gambar dalam tu yang belum puas pun aku tengok..Erm, takpe lah, takde rezeki - mungkin ada hikmahnya. Okay lah, jom lah enjoy entri ni ye..:-)
Malam 31 Ogos tu aku bergerak ke Hentian Putra from Rawang since bas ke Kuala Besut pun akan bertolak pukul 10 malam. Pukul 6 pagi bas pun tiba. Ni gambar sebelum nak naik bot laju untuk menyeberangi Laut China Selatan.
Haha, untuk trip kali ni, aku sorang je laki yang join. Sepatutnya ada 2 lelaki dan juga 5 orang perempuan yang join trip ni, but dua orang membuat last minute cancellation, menjadikan hanya 5 orang je yang boleh join. Aku mula-mula berat jugak sebab memikirkan sorang je lelaki, tapi teruskan jugaklah since semua benda dah bayar. :-)
Crossing the South China Sea. Serius bot ni memang laju, ditambah pulak dengan laut yang sedikit bergelora, memang bumpy jugak lah hari tu. Sakit punggung aku tau..huu
Kami menginap selama 3 hari 2 malam di Flora Beach Resort dan bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang, dimiliki sepenuhnya oleh aku..haha. Oh lupa pulak nak bagitau, network memang minimal dan sangat lemah kat sini. So, memang tak boleh nak access apa-apa jenis media sosial pun. Kalau lepak tepi pantai, ada lah dapat sikit.
Lepas solat Zuhur, kami lunch dan berjalan-jalan kat tepi pantai. Pulau Perhentian sememangnya terkenal dengan pasirnya yang putih, air laut yang biru dan juga bayu laut yang sangat tenang.
Sambil jalan-jalan tu aku cuba make contact with En Ahmad from Perodua tentang status aku kat sini dimana aku notify dia tentang network lemah, bukan apa sepatutnya minggu time aku bercuti kat Perhentian tu aku diminta untuk membuat medical check up untuk position Procurement Executive tu. So, takut pulak bila diorang contact, tiba-tiba tak dapat reach pulak..:-)
Rasanya dalam pukul 4 kami balik ke bilik. Sambung tidur, dalam pukul 5.30, Biha ketuk pintu bilik - ajak berendam dalam air laut katanya. Sambil-sambil mandi tu ada lah bersembang-sembang pasal next plan, pasal kerja, reseach, memories time belajar Asasi dulu, kawan-kawan lama..memang seronok betul..huu
Esoknya dalam pukul 10.30, kami membuat aktiviti Snorkeling iaitu sebahagian daripada package kami dengan Sea Life Tour Agency ni..Ada 6 checkpoint untuk snorkeling ni, seingat aku ada tempat snorkeling untuk penyu, coral, anak ikan jerung etc.
Sedih tengok gambar ni..huk, kenapa bro? - Sebab ni lah gambar yang aku snap from Lenovo S830 yang sempat aku whatsapp kat budak-budak ni. Cantik kan kamera ni..huk
Lepas dah puas melenjan 3 checkpoint - kami berhenti lunch di Fishermen's Hut. Seingat aku banyak gambar aku snap pakai monopod kat sini before my henset tu overheat macam nak meletup..:-( Aku terus cabut SD Card, Sim Kad and bateri and bungkus dalam plastik - takut explode pulak nanti..huu
Ni time kat last checkpoint. Ada banyak Nemo tau..huu.
Letih bai..haha, gegirls ni tak tau letih ke..?
Hari ketiga, iaitu hari last kami tak banyak gambar pun ambik. Ada lah dua tiga yang aku snap time tengah shopping souvenir, and dalam bas tapi sembang sekarang memang pointless lah..bukan ada pun gambar-gambar tu..haha. Kami bergerak from Kuala Besut dalam pukul 9 pagi dan sampai Hentian Putra kira-kira pukul 6.30 petang, dan kemudian bermula lah satu demi satu episod misfortune yang terjadi dalam hidup aku dalam satu malam..:-( But, overall trip ni memang best, sangat enjoy walaupun aku je kumbang dalam bunga-bunga yang ada..haha, of course, I'm looking forward untuk bercuti dengan korang lagi..Thank you untuk semuanya!
p/s: Allah bila nak uji, macam-macam cara Dia boleh bagi. Cuma nak tengok macam mana cara kita melalui dugaan yang diberiNya. Ada ujian datang dari malang tak berbau sebagai contoh, kehilangan barang. Ada ujian jugak datang bila kita terjumpa barang orang lain, dimana Allah nak test kejujuran kita - ambil barang yang bukannya milik kita tanpa cuba berusaha untuk memulangkan, maka gagal lah kita dengan ujian itu.
No comments:
Post a Comment