Assalamualaikum,
Perghh..berhabuk pulak blog ni. Sorry la ye, owner dia baru je pulang from a short but sweet vacation kat Pulau Perhentian semalam. Eh, tapi kenapa tajuk macam tak best je, bukan ke baru kata balik dari vacation? Erm, tu lah kawan-kawan, sedih jugak mengenangkannya tapi nak buat macam mana - dah benda tu jodohnya tak lama dengan aku.
Okay lah, malas nak intro panjang-panjang. Meh la aku start, asalnya nasib yang tak berapa baik ni start time hari pertama aku bercuti kat Pulau Perhentian tu bila network takde/sangat lemah kat sana yang membuatkan aku bertungkus lumus cari port untuk notify Perodua tentang status aku minggu ni. Akhirnya dapat jugak notify petang tu. Ingatkan dah settle, rupa-rupanya ujian bertambah lagi - kali ni, Lenovo S830 aku pulak rosak pada hari kedua, tak boleh nak on langsung dan ianya berterusan sampailah hari ketiga, iaitu hari kami balik ke Kuala Lumpur
Okay lah, takpelah henset tu rosak, balik KL boleh repair kan? So, aku pun letak henset tu kat beg depan sebab tak boleh guna kan, buat apa nak letak dalam poket. Untuk make sure aku still keep contact dengan orang-orang kat luar, aku serahkan sim kad Maxis tu ke kawan aku. Early before sempat aku assist seorang visitor from Spain yang kehilangan telefon yang mengandungi data-data perjalanan dia ke Kota Kinabalu lepas bercuti kat Semenanjung. Time bas berhenti rehat kat Merapoh (Seriously 1 jam..tak pernah dengar bus berhenti lama gila), aku check balik henset dengan harapan boleh on.
Bas dijadual tiba di Hentian Putra pukul 5 but, another bad luck iaitu tiba kira-kira pukul 6.30 petang - membuatkan aku terlepas bas ke Bukit Beruntung dan terpaksa menunggu sampai jam 8.30 malam. Dan pada masa ni lah, the real bad luck datang.
Baru je nak duduk, nak order minum dengan kawan-kawan - aku tergerak hati nak buka beg and check sekali lagi henset dan now I realized, henset aku takde dalam beg. Hilang arah gila beb! Aku terus ke kaunter bas tu and minta diorang contact driver untuk tolong ambilkan - but driver bas tu tak nak berhenti cari, dan terus ke Klang and Shah Alam untuk menurunkan passenger yang lain dan ambik yang baru kat sana. Demn! Bapak selfish gila driver tu, dan disebabkan punca ni aku rasa henset aku kena rembat sebab aku merupakan penumpang terakhir yang tinggalkan bahagian atas bas tu (bas double decker). If kalau tercicir pun, takkan ada siapa yang akan ambik, melainkan the suspected penumpang baru yang duduk kat seat aku hari tu. Dan juga kalau driver berhenti sekejap untuk inspect, insya Allah akan jumpa or penumpang itu mempunyai hati yang mulia untuk memberitahu driver.
Aku yang hanya pakai satu henset of course akan jadi lagi payah sebab dah takde henset spare. Nak beli yang paling cikai pun kat mana, mana lah ada kedai henset dekat Hentian Putra tu, plus aku pun tinggal RM 20 je. ATM pun takde kat area situ. Aku cuba lah try contact ayah pakai public phone, tapi semuanya duit keluar balik. Mintak pinjam kat kaunter bas tadi katanya telefon company, even aku dah kata urgent. Then, try lah minta tolong dan jasa baik fellow Malaysian kat Hentian Putra tu, tapi hampa semua bagi alasan, takde kredit, habis bateri etc. So, aku pun ke LRT Putra nak cari polis, takde pulak kat sana. Pelik, sebab selalunya ada polis jaga kat LRT Station.
And then, datang satu lagi bad luck. Time aku on the way nak balik ke Hentian Putra (takde orang kat jejantas tu) aku kena tahan dengan Mat Ganja, beb..ni sumpah scary gila bapak - dia mintak aku duit nak makan katanya - mula-mula aku hulur RM 5, tiba-tiba dia nak amik wallet aku. Aku terus bagi RM 20 aku tu, and suruh dia blah. Alhamdulillah, kuasa Allah, mau jugak mamat tu blah. Baik hilang RM 20, daripada hilang IC, lesen, kad-kad bank aku and yang paling peting, nyawa aku.
Sampai je kat Hentian Putra tu balik, aku dah putus harapan - sumpah aku rasa dah putus asa dengan Tuhan time tu. Mana taknya, aku tak dapat pun contact parents aku lagi sedangkan time tu dah pukul 9 PM, mengingatkan pulak esoknya aku ada second interview kat Perodua. Tengah aku duduk kehampaan, ada satu family duduk kat sebelah aku - yang si maknya tanya kalau aku ada problem, mungkin naluri ibu tu kot. Aku pun story lah dari awal sampai habis dan si ayah pun bagi lah aku pinjam telefon. En Mazlan namanya, and family dia nak ke Paka, Terengganu. Aku pun dah selamat inform ayah tentang situasi aku, sambil menunggu tu aku bersembang lah dengan family tu. Rasa bersyukur sangat kerana Allah datangkan mereka pada saat aku dah putus harapan. Dalam pukul 9.40, aku pun bergerak meninggalkan mereka, sebelum tu sempat aku bagi Twisties BBQ yang aku tak bukak pun lagi, dan juga Beach Cap Pangkor aku kat anak lelaki diorang, tanda terima kasih aku pada pertolongan mereka.
Masuk kereta memang kena leter lah dengan ayah, tapi aku tak melawan pun - syukur sangat dapat reunite balik. Agak kecewa sebab gambar-gambar time trip tu hilang macam tu je, aku sempat guna Lenovo tu 5 bulan je kot..huk. Sampai je rumah aku terus tukar password semua akaun aku dari Google Service, Facebook, WeChat, Lelong, Jobstreet semua, dan buat factory reset untuk henset aku tu melalui Android Device Manager. Habis-habis kalau siapa yang rembat pun ada SD kad je yang still tersimpan gambar vacation aku. Tapi aku berdoa kepada Allah, kalau henset tu tak balik ke tangan aku pun, biarlah ianya hancur, or tak boleh repair langsung.
So korang, ni lah kisah nasib malang aku yang terjadi dalam 3 hari ni. Selalunya dalam filem je yang aku pernah tengok nasib orang camni, tak sangka kena kat diri sendiri. Bak kata orang tua, sudah jatuh ditimpa tangga. But peristiwa malam semalam tu buat aku terfikir, to my fellow Malaysian, seriously, takde sikit pun empathy? Memang betul berjaga, tapi tak semua selalu bernasib baik.
p/s: Pasal trip tu still aku akan update, tengah tunggu gambar-gambar from kawan-kawan yang kesana jugak.
Farid..kesiannya kmu. Tak update pun dgn kmu haritu.sorry2
ReplyDelete