Sunday, September 21, 2014

Kisah AKU n Rezeki

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas genap dua bulan aku jadi penganggur yang tak produktif langsung kat rumah ni. Rutin hidup aku, bangun pagi buat Rushfit dalam 40 minit - cool down dalam sejam. Pastu turun bawah tengok Hawaii Five-O sambil breakfast. Lepas Zuhur, biasanya main games kat laptop. Lepas Asar tu kalau tak ngantuk, ada lah baca-baca sikit artikel tentang ISO kat LinkedIn. Malam pulak, after dinner tengok citer The Blacklist. Dalam pukul 11, job hunting sampailah ke pukul 2. Dan keesokannya,  all of these activities berulang lagi, sounds boring isn't? Except hari Jumaat lah, malam je aku lepak dengan Afiq Azham sampai pukul 3 pagi kat Medan Selera..haha

Ok, when we talk about rezeki. Memang tak dinafikan rezeki kita ni Allah yang pegang. Tak kira lah macam mana berusahanya kita nakkan sesuatu benda tu. But when Allah belum nak bagi, so, kita mestilah sabar dan redha. Ada lah seorang kawan aku ni Whatsapp aku 3 hari lepas, tanya pasal life aku sekarang. Aku nak sangat amik screen capture but takde function tu pulak..huu, henset murah..lol - soalan cliche, dah kerja ke? Aku jawablah "Belum lagi". Ringkas je. Pastu dia reply "Serius f**k, orang semantap ko ni pun tak kerja lagi" .Erm, aku faham lah maksud dia tu. Memang betul. Kuat usaha aku semata-mata nak improve resume time belajar kat UiTM dulu. Join SMF, dah habis servis, join SASEA - sukan pulak SAF, SUKOL. At the same time, akademik pun aku tak abaikan. Nothing worse (maybe not so good, but average) pun pasal presentation and communication skills aku sepanjang belajar. Aku ingat lagi bila kawan-kawan selalu perlekehkan kesibukan aku dulu. Penat sangat dulu, tapi bila dah habis belajar - aku sangat berpuas hati. Macam-macam aku dah buat untuk resume ni.

So far, Perodua je yang dah call dan interview aku. Company lain memang payah, even firm kecik pun. Untuk Perodua, dua-dua position (Purchasing dan juga Corporate Planning) aku dah lepas stage terakhir - but macam tajuk hari ni - rezeki. Vacant position nya satu je, but stage terakhir ada 8 candidates. So, chances of probability tu 1:8 kan? Yang tujuh orang tu pulak bukannya calang-calang - ada work experiences, qualification. Pendek kata, memang requirement untuk position tu dah fulfill semua la. Aku pulak, fresh graduate, ada qualification but little work experiences. Seingat aku time daftar hari tu, I'm the youngest with 1992, yang lain ada 1984, 1989 etc. After all, walaupun tak dapat pun aku still berpuas hati jugak dapat melayakkan diri ke the best 8 untuk sebuah company yang ternama macam Perodua ni.

Sesungguhnya rezeki kita ni semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Allah menamakan diriNYA Ar-Razzaq yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya dan Islam tidak menyuruh kita bersenang lenang tanpa berusaha mencari rezeki yang telah ditetapkan itu kerana tawakkal itu mesti datang dengan usaha kita. Jadi, aku mesti jadi lebih agresif lagi dalam job hunting ni untuk mencari rezeki itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin

2 comments:

  1. relek dik. insyaAllah ada yang lebih hebat daripada ini. pecayalah. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak atas kata-kata motivasi ni. Sebagai seorang Muslim, saya percaya setiap perkara itu pasti ada hikmahnya.

      Delete