Friday, February 13, 2015

Kisah AKU n Confirmed!

Assalamualaikum, 

Minggu ni probably one of minggu terbaik yang aku pernah rasa sepanjang berkerja kat Trueventus ni. Successfully accumulate USD 6300 dan juga confirmed sebagai permanent staff kat sini. Huu, rasa macam berada diawangan pulak ni. Bayangkan, baru je minggu lepas aku cerita dah lost hope sebab takut tak dapat jadi confirmed staff by the end of this month. Alhamdulillah, Allah dah aturkan hikmah untuk setiap apa yang berlaku kat kita, cuma kita sebagai hambaNya kenalah sentiasa bersabar dan keep believing in Him. 
Hari Selasa, hari aku confirmed tu Abang Lan bagi aku lanyard ni, tapi akses kad dapat minggu depan katanya. Takpelah, benda boleh tunggu, pasni takdelah si Sandy nak bukakkan pintu lagi untuk aku..haha :-)
Good week for me, of course aku akan berusaha dengan lebih lagi untuk mencapai another level iaitu Senior Consultant, macam Kak Ernie cakap - need another 4-5 deals lagi to reach that level. Insya Allah semoga dipermudahkan. Amin

Sunday, February 8, 2015

Kisah AKU n Missile Drift 2015

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pengalaman aku join satu event permotoran yang berlangsung kat Sungai Besi semalam. Event yang dinamakan Missile Drift Party ni dianjurkan oleh Speed City KL dengan kerjasama Selangor Turf Club, DBKL, PDRM dan juga PROPEL.
Dengar nama pun dah tau apa pengisian event ni kan. Obviously, it's a Drift Show!
Bak kata Afiq, muka kagum gila tengok drifter-frifter tu, tu yang tak pandang kamera langsung. :-p
Si Afiq ni kalau bawak pergi event macam ni bertambah semangat lah kalau nak sembang pasal kereta-kereta, dah macam kelas tutor pulak aku dengar semalam..haha
Ada jugak show from Stunt Bikers, serious shit bro-bro ni memang impressive. Control, stability semuanya ada. Kalau aku memang belum apa-apa lagi dah terhumban dah kalau bawak motor cam ni..haha
Dapat lah jugak tengok kereta-kereta drift ni. Majority drift car ni terdiri daripada kereta-kereta model lama. Yang baru ada lah dua tiga kerat. 
Dah puas duduk bawah, kami cari port atas pulak. Tang sini memang lagi clear boleh tengok drifter-drifter tu beraksi.
Dengan diorang ni je lah kalau nak ajak keluar pun, yang lain aku pun dah tak tau apa cerita hidup diorang sekarang ni.
Tak habis lagi tu muka kagum..haha, damn!
Some of pictures yang aku snap semalam. Yang jauh tu shot from bawah, yang gambar dekat tu daripada port atas..:-)
Memang awesome lah semalam. Tak rugi pun 3 jam lepak sini tengok drifter-drifter ni mempamerkan bakat diorang. 

Dalam pukul 1 pagi kami chow, lepak Ali Maju Setiawangsa dulu pekena supper. 3 pagi jugak sampai rumah semalam..:-p

P/S: Ni yang rasa nak melenjan balik game Need For Speed..haha

Monday, February 2, 2015

Kisah AKU n Dad's Role

Assalamualaikum,

Since ayah pun outstation kat Khartoum, most of tugasnya aku yang take over sekarang dari bayar bil-bil sampailah beli barang dapur. So, Jumaat lepas aku cash out some duit and plan untuk bawa family ke Rawang, beli household items plus makan luar walaupun gaji tak masuk lagi..:-)
Singgah TESCO beli barang dapur plus stok untuk si Faris tu. Seronok dia cuti seminggu, hari Ahad ni baru hantar bro ni balik Gopeng.
Lepas Maghrib, kami ke Restoran D'Arab Rawang. Memang dari dulu lagi plan nak makan Arabian cuisine ni dengan family. Time belajar kat UiTM dulu selalu jugak mengikut Mujahid tu before dia berangkat ke Afrika. :-)
Kalau bersembang dengan family ni tak lain tak bukan ceritanya pasal relationship je lah. Tak pasal hubungan, ada lah lari sikit pasal kerjaya. Entah lah mak, tak tau lah macam mana nak cakap. Payah sekarang ni..:-)
Haa ni lah dia Kabsah Lamb. Nasi kukus memang panjang betul, roasted chicken + lamb lembut je rasa macam cair dalam tekak. Overall, memang puas hati. Insya Allah kalau berkesempatan akan menyinggah sini lagi..:-)
Rare tak? Teringat time sekolah rendah dulu beratur panjang depan van semata-mata nak beli susu ni..huu
Dad's role apa kebenda ni main game..haha, yang penting dapat sambar The Sims 4 yang memang dah lama aku nak beli ni..haha! Gua ni sejak first edition The Sims tak pernah miss lagi..:-)

Cuti ada dua hari lagi, better rasanya kalau cari fresh leads banyak-banyak and buat marketing sendiri. Insya Allah rezeki Februari ni ada untuk aku. Amin