Monday, June 16, 2014

Kisah AKU n Avillion Legacy Melaka

Assalamualaikum semua, panas kan cuaca kat Malaysia ni sekarang? Macam mana lah time kita puasa nanti, haha. Okay lah, since aku pun dah macam ngantuk ni, Let's cut it short, Jumaat lepas aku and family except adik sempat amik short vacation kat Melaka. 
Sebenarnya nak hantar Along jumpa research supervisor dia kat UiTM Melaka, dan juga SPSS Workshop hari Ahad tadi. Aku pun asalnya tak join tapi memikirkan dah lama tak balik rumah and spend time dengan family. Aku pun join lah dengan membawa beban research paper yang waktu tu belum siap lagi.

Dalam pukul 11.00 kami bertolak from Lendu ke Bandar Melaka, kali ni kami menginap di Avillion Legacy Melaka, yang sebelah Yayasan Melaka dan UiTM Kampus Bandar tu.
Kakak dan ibu tersayang..adik tak dapat join, maklumlah dah bergelar budak matrikulasi sekarang ni..:-)
Lawa lobi kat hotel ni, ala-ala kat Florence gitu..huu
Bilik tingkat 14, perfect jugak untuk dapat view kat Kota Melaka ni..:-)
Cool jugak kan? 
Sedikit gambar didalam bilik ni..:-)
Merenung masa depan..haha. Ngantuk sebenarnya sebab tak cukup tidur minggu lepas nak mengerjakan research paper tu. Alhamdulillah, siap jugak. Selasa ni nak submit kat Dr. Aliza, esok pulak nak buat slides presentation untuk VIVA dengan si Zhafir tu..
Payah benor nak snap gambar En. Gani ni.. Kalau dapat pun mesti tak berapa nak clear..
3 hari kat sini tak pergi mana pun, sebab banyak assignment yang kena submit minggu ni. Written Report Strategic, Service dengan Global tu, nak finalize research paper lagi. Plus, along pun ada program dengan UiTM KBM tu.. So, makan tidur je lah..hii
Pemandangan senja Bandar Melaka. Aku pernah suka kat sorang budak Melaka dulu, siap beli shawl lagi..haha, good old memory..:-p
Day 3, kitorang pun check out. Tunggu Along jap sebab dia ada bengkel SPSS dengan Fakulti Business tu.
Overall, best hotel ni. Accomodation nice, food pun okay, housekeeping service pun memuaskan. Cuma kalau wifi kat bilik tu free macam kat Naza Talya Melaka or Mahkota Hotel kan bagus..nasib baik aku bawak broadband..hehe

Okay lah guys, nak kena tidur awal ni. Esok ada program talk dengan PTD. Malas sebenarnya nak pergi, sebab benda tu wajib je aku gagahkan jugak. Dah la 8.30 pagi..*sigh*

Saturday, June 7, 2014

Kisah AKU n Let's Karok!

Assalamualaikum semua, hari ni nak buat entri pasal cerita Khamis lepas, tak basi lagi kan? Baru 3 hari..haha, takde lah aku dah 2 hari ni tidur pukul 9 pagi beb. Ni semua sebab nak catch up dengan deadline untuk Practical Report dan juga Research tu. Nasib baiklah dah biasa dengan benda-benda macam ni..haha. Sempat jugaklah siap dan submit Praktikal Report tu semalam, SPSS Analisis untuk research pun dah habis key in semua 105 questionnaires, malam ni cuma tinggal nak analyze and buat summary je dengan Zhafir.
Hari Khamis lepas, habis je kelas Strategic Management, aku dan beberapa orang rakan sempat lah menyinggah kat Plaza Alam Sentral ni. Asalnya nak main bowling, tapi kupon Pusat Sukan habis pulak..so, our backup plan ialah berkarok..:-o
Helmy yang membuka event kami pada hari tu..haha
Tengah cari lagu dalam henset mungkin. Abang Long maybe tengah meningat lagu yang disimpan dalam hard disk dia..haha
Bersama mamat yang gila karok. Kelakar betul Ishak boleh terinterframe tepi tu..haha
Dia ni main lagu tinggi-tinggi je..aku tak mampu lah..:-p
Ni pulak lagu jiwang karat, boleh tahan jugaklah tarik time high pitch.
Karok ni sekadar nak melepaskan tension yang lepas dan juga sebagai persiapan untuk presentation VIVA. :-)
Seluar yang menjadi kontroversi pada awal semester..haha
Bergambar bersama-sama rakan seperjuangan, susah senang dikongsi bersama sepanjang kami belajar dah nak dekat 3 tahun ni.
Ada lah tukar sikit iklan kat escalator tu. Before this pakai yang Sony Ericson W200i, tah tahun bila punya lah tu..huu
Dalam pukul 4.30, kami meninggalkan PAS dan bergerak ke hala tuju masing-masing. Joe ajak aku melawat PC Fair kat Menara SAAS, nak habiskan baucer buku katanya. 
Apo bondo yang ekau boli ni Farid? 
Ada lah borong SD Card 16 GB, wireless mouse yang baru (before this guna Mujahid punya..haha), 2 bijik powerbank (20000 dan juga 5000 mAH). Semuanya bernilai 2 keping baucer buku iaitu RM 100 - pastu dapat free MP3..haha, best-best..:-)

Okay lah, rasa macam nak sambung tidur..haha, till then, take care semua!

Thursday, June 5, 2014

Kisah AKU n Malam Pra Graduasi FSPPP - PROVOGUE!

Assalamualaikum semua, semalam aku berkesempatan untuk menghadiri sebuah event wajib untuk pelajar semester akhir kat UiTM ni dan event ni tak lain tak bukan ialah Malam Pra Graduasi, atau didalam bahasa MUET dinamakan Pre Graduation Night. Event ni merupakan tradisi bagi UiTM bagi meraikan pelajar-pelajar mereka yang akan bergraduat. Kawan aku yang study kat UTem kata diorang takde pulak benda-benda macam ni..haha. Kesian pulak dengar. So, entri hari ni didedikasikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bakal menamatkan pengajian pada bulan Julai ni, Insya Allah.
Event ni bertempat di Sri Bestari Banquet Hall, Intekma Resort & Convention Center, Shah Alam. Ni lah first time aku menjejakkan kaki kat sini sepanjang hampir 4 tahun bergelar pelajar UiTM.
Yang baju putih tu Zhafir, research partner aku. Yang berjaket kulit tu Wan. 
 
Bersama rakan baik sepanjang semester - the best groupmate dan sparring partner..haha
 "Date Me, I'm Single" haha, True Story,,:-)
Bersama Yasin, rakan seperjuangan sejak zaman asasi. Macam K-POP kan dia? :-)
Kami bertiga memang dari Part 1 macam ni. Bertiga je ke mana-mana. Masuk SMF pun sama-sama. Banyak kenangan aku belajar kat UiTM ni dengan diorang lah.
Ni lah outfit aku tadi. Simple je, takde beli baru pun. Semua mix and match. Tengah dalam proses berjimat ni..hihi
Menunggu untuk bersantap. Speech Pn. Aini memang mantap, Cik Khamsi pulak macam rasa dalam kelas lecture..lol
Makanan kami untuk hari ni memang the best. Suka betul aku dengan creamy chicken tu. Tapi agak terkilan bila urusetia program ni boleh terlupa plak penghargaan SMF untuk aku, Joe and Pok Jad. Yang peliknya SMF lain semua dapat..huk. Sedih. 
Takpelah bro, takde luck kot. Tapi Pn Tuan Nooriani kata memang ada plak untuk kami, tapi urusetia mungkin terlepas pandang.
Rakan-rakan seperjuangan from Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat. Semuanya from Asasi Undang-Undang jugak dulu..huu
Bersama Amirul Syafiq yang banyak membantu aku dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Biro Publisiti & Informasi untuk program Logo ASEAN.
Ada bebrapa game yang dimainkan pada event tadi. Kebanyakkannya dicedok daripada program Super Spontan yang kat ASTRO tu. Aku cukup familiar lah sebab memang selalu tengok cerita tu. Tapi tak berminat pulak nak join..haha
Bersama lecture favourite aku kat FSPPP ni, Sir Mohiyuddin. Beliau lah yang ajar aku subjek Ethics dan ASEAN time Semester 4. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Adviser untuk Student Association of Southeast Asian Affairs UiTM.
Rakan seperjuangan sejak Semester 1. Sedih pulak rasanya mengenangkan memories bersama diorang. walaupun perangai macam lahanat..haha
Dalam pukul 11.30, Malam Pra Graduasi FSPPP pun berakhir dengan jayanya. Memang havoc hari ni, yang datang pun ramai menunjukkan semangat cinta akan fakulti tu agak tinggi dalam kalangan Batch 2011 ni. 
Singgah minum malam kat Khulafa dulu. Ada lah bersembang pasal hala tuju masing-masing. Joe and Pok Jad dengar-dengar nak sambung Master. Aku and Esyam pulak ingat nak dapatkan pengalaman kerja dulu. Lelaki beb, nak kena start bina karier dari awal, banyak benda nak fikir nanti..:-)

Goodluck kepada rakan-rakan Batch 2011 untuk research VIVA, practical report dan juga final examination. I wish all of you the best of luck dan menamatkan pengajian dengan CGPA yang baik dan juga mendapat a promising career. Amin, Insya Allah.