Wednesday, April 10, 2013

Kisah AKU n Malam Mesra Non Resident UiTM 2013

Assalamualaikum, semalam 9 April 2013 telah berlangusngnya satu program tahunan yang digerakkan oleh UPNR bersama-sama JPNR UiTM Shah Alam dalam usaha mereka mengeratkan silaturrahim diantara pelajar-pelajar NR di UiTM Shah Alam. Program yang diberi nama Malam Mesra NR UiTM ni bertempat di Dataran Antarabangsa UiTM Shah Alam, to be spesifik untuk siapa-siapa yang tak tau - ianya adalah kawasan parkir bas bersebelahan bangunan UIC. Apa je yang ada semalam kat sini? of course, ada makan free , persembahan artis dan juga cabutan bertuah..:-)
Since aku ni EXCO NR , adalah menjadi tanggungjawab untuk aku bersama-sama menjayakan program anjuran JPNR ni - sebelum program ni berlangsung, aku dah pun sebarkan poster-poster sekitar FSPPP, dan juga mass media. Tapi tak tau lah NR FSPPP ni jenis yang camna - yang jenis dok rumah je or suka event-event makan free camni.
Kelas aku habis pukul 7.30 semalam, event ni start pukul 8. Katanya ada pendrive percuma untuk 1000 yang terawal, tapi yang peliknya kitorang bertiga ni antara 50 yang terawal pun tak dapat - kata Yat, distribution pendrive tu tak sistematik. Sepatutnya yang dok depan la dapat dulu..:-(
Lepas je gimik perasmian Dato Sahol (VC UiTM) buat teh tarik semalam, student-student NR ni pun menyerbu gerai-gerai makan free yang disediakan sekeliling Dataran Antarabangsa tu. 
Antara makanan yang disediakan, Nasi Lemak Ayam, Nasi Kukus Gulai Kawah, Roti Canai, Murtabak, Nasi Briyani, Nasi Dagang, Mee 5 Kawah, Ais Krim etc. Amacam, banyak kan menu. Tapi aku makan sikit je semalam, sebab tengah stomach ache..hee
Sambil-sambil student menikmati juadah, Nash Lefthanded menyanyikan lagu-lagu beliau yang famous disamping memberikan nasihat yang berguna kepada kami siswa-siswi UiTM tentang pentingnya kami sebagai pelapis dan harapan bangsa Melayu & Bumiputera di Malaysia ini. It,s not politic, but suatu kewajipan.
Hujan tak mematahkan semangat makan student-student ni. Ada yang sanggup berbasah demi sesuap nasi, sebungkus burger dan secawan cendol ..haa, sadis ayat.
Dalam pukul 10, aku, Yat and Joe pun balik. Still renyai, sejuk gila kot dah la tak pakai sweater..memang menggigil jugaklah semalam - tapi apa-apapun event JPNR ni memang best, sebabnya of course lah dapat makan free, disamping dapat mengeratkan silaturrahim diantara kami student-student NR UiTM Shah Alam. 
Yang pasal pendrive tu takpelah, tak makan hati pun sebab aku pun baru je lepas dapat pendrive Onyx hari tu..huu

Saturday, April 6, 2013

Kisah AKU n Onyx's Souvenir

Assalamualaikum semua, dapat jugak rehat hujung minggu ni - mana taknya, dah 3 minggu berturut-turut rasa cam tak cuti, dengan EKSPO, Modul nya lagi - alhamdulillah, dapat jugak peluang nak bangun lambat..hehe. Malam semalam, aku, Joe, Yat and Pok Jad lepak-lepak kat Uptown Seksyen 24, pukul 2 pagi baru balik - Joe cakap nak bagi aku release tension and tengok nightlife sikit..huu, memahami betul la ko bro..:-) Pagi tadi aku subuh dalam pukul 7.20, pastu tidur balik and bangun dalam pukul 12 itupun sebab mak call. Katanya nak datang dengan ayah..good2, boleh lunch free hari ni..huu

Lepas lunch je, ayah bagi aku satu bungkusan - katanya Big Boss aku dulu bagi..hehe, bukak-bukak je ada banyak barang Onyx..haa, ingat lagi diorang kat aku - sori la bos, cuti UiTM sekejap sangat tak dapat nak menabur bakti. Takpe, insyallah saya dah grad nanti saya datang balik..:-)
Buku nota - sayang lah nak guna, nanti-nantilah..nak simpan dulu..:-)
Haa, yang ni aku nak guna waktu training bowls..hihi
Bukak je tin besi tu ingatkan lanyard..rupa-rupanya pendrive 8G special ada tag Onyx waktu PGCE, I guess..:-)
Yang ni pulak bukan barang Onyx, ayah aku bagi ..bapak pelik design mouse ni..flat je..:-p
Ni pulak ayah cakap sebagai ganti Parker aku yang tercicir waktu semester 3 dulu..:-) Banyak pulak pen aku sekarang, hari tu dah dapat pen laser, yang paling latest dah order spy pen (yang ada camera)..huu
Bila tengok barang-barang ni teringat pulak kenangan waktu jadi Management Trainee dulu..seronok sangat walaupun 4 bulan je, macam-macam aku dapat and of course banyak mengubah personaliti aku. Setahun lagi je nak grad ni..huu, cepat-cepat tak sabar nak masuk rat race.

Wednesday, April 3, 2013

Kisah AKU n 3.4.2013

Assalamualaikum semua, minggu ni seperti yang korang tau aku berada dalam mood yang agak tak baik.  So, antara terapi terbaik yang aku buat kalau ada masalah ialah turun ke green. Before tu ada jugak call mak, tapi mak tak sihat sangat so tak nak la kacau lama-lama. Lepas Zuhur aku tidur jap, and pukul 6 aku bergerak ke Kolam Renang UiTM Shah Alam
Alhamdulillah minggu ni, slide presentation untuk 3 subjek (OB, Ethics & ASEAN) dah siap, cuma nak buat executive summary je - lega sikit, presentation paling dekat pun Expectancy (OB) iaitu minggu depan (Wk 6), yang ASEAN and Ethics tu dalam Wk 12. Siapkan awal-awal nanti takde rushing sangat, tapi minggu ni aku susah betul nak absorb knowledge-knowledge ni..:-(
Pukul 6 - mula-mula aku sorang je kat green tu, ada la nampak 2-3 orang student perempuan lepak-lepak dekat kafe. Aku baru je nak bukak stor, tiba-tiba diorang datang kat aku dan bertanya:

"Abang ni yang jaga padang eh.." (haa..:-p)
"Eh tak lah, saja je datang nak main. Boring duduk kat rumah..korang ni ada apa kat sini"
"Kami nak training untuk SUKOL, tapi tak tau main pun, huu. Tengah tunggu kawan lagi - dia atlet UiTM"
"Jom lah join dulu.."
Dalam pukul 6.15, kawan diorang yang atlet tu pun datang - aku kenal dia tu sebab pernah main sekali dengan Pn. Haslah bulan lepas, sekejap je aku join diorang. Ramai pulak perempuan, segan la nak join - bagi la atlet tu yang ajar. Aku ni biasa-biasa je.

Hari tu aku bagi nama untuk masuk Team Lawn Bowls NR untuk SUKOL 2013 - kalau cukup-cukup je atlet, tak payah selection. Senang sikit, tapi takut ramai pulak, sebab tu kena training dari sekarang. Kalau korang nak tau, join SUKOL ni salah satu misi tahun 2013 aku. Harap-harap aku berjaya mendapat medal, huu. Amin