Thursday, February 14, 2013

Kisah AKU n Kenangan Sekolah - Perhimpunan

Assalamualaikum semua, dalam episod kenangan sekolah ni aku nak bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan oleh student-student termasuklah aku time-time perhimpunan pagi kat sekolah. Perhimpunan pagi ni sememangnya benda yang aku yakin student dan juga ada cikgu tak berapa suka sebab bagi student - time nilah cikgu-cikgu dok berucap, bersyarah, berleter etc. Bagi cikgu pulak, sebagai contoh cikgu Add Math aku kata perhimpunan pagi ni kalau drag sampai waktu P&P memang merugikan la..

Ok, aktiviti pertama - main tulis huruf kat belakang badan kawan depan dengan jari - then orang depan tu kena teka..aku ingat lagi time perhimpunan Isnin ada lah kawan aku buat benda ni kat aku - teka punya teka rupa-rupanya dia dok tulis nama bapak aku. Siot punya budak..:-p

Aktiviti kedua - kat sekolah aku dataran perhimpunan dinamakan 7.20 Square sebab student mesti ada kat situ tepat 7.20. Bila kita duduk atas dataran, of course akan ada macam batu-batu kecik, takpun lumut yang dah kering tersangkut kat celah batu-batu kat dataran tu. So, aktiviti kedua ni ialah proses pengumpulan batu-batu kecik, then main baling-baling kat orang depan..hehe

Aktiviti ketiga - curi-curi siapkan kerja rumah. Ni biasalah, lagi-lagi kalau hari Isnin. Aku pulak memang selalu tak siap kerja matematik..kii, so time perhimpunan memang perfect sangatlah nak buat - yang tak boleh blah ada satu time tu tengah buat homework, pastu cover kata tengah salin leteran cikgu kat depan tu..hii (tapi calculator ada kat sebelah..hehe)

Aktiviti keempat - ni aku tak selalu buat pun kecuali kalau emergency - pergi tandas. Selalunya budak-budak yang buat kerja ni sebab kononnya nak buang air la, tapi hakikatnya nak melepak, merokok etc. Aku pulak segan kot nak bangun pastu berjalan, banyak mata tengok nanti..:-)

Aktiviti kelima - ni bukan aktiviti lah tapi macam kebiasaan jugak. Bila matahari dah naik, muka pun dah merah..siapa yang besar memang kena guna lah - bak kata kawan aku "khidmat perlindungan", benda ni aku guna lagi kot. Tak tau? Meh aku terangkan sikit, caranya student yang kecik duduk belakang student yang besar akan gunakan kawan dia tu untuk berlindung dari panas..hehe

So, itulah list aktiviti masa pehimpunan sekolah. Aku dapat rasa benda ni dalam 4 tahun je , bila time senior day aku kat sekolah tu - aku akan direct ke bilik PRS terus, kalau dengar pun dari dalam bilik tu sambil ditemani kipas yang sejuk dan kerusi yang empuk.

Friday, February 8, 2013

Kisah AKU n Repekan Malam

Assalamualaikum semua, hari ni aku ingat nak merepek sikit la..boleh kan? Korang tak nak bagi pun aku nak  jugak. Ok lah, let's straight to the point. Aku ni dah lama tak drive jauh-jauh, tak tau lah..malas kot nak keluar rumah. Tapi baru-baru ni, hari Ahad lepas aku ke Tasik Puteri, hantar barang adik aku kat SBPI Rawang. Selasa pulak ke Shah Alam, main bowls. Semalam pulak ke KL, hantar kakak aku check up kat HKL. Sampai je rumah, habis badan aku sengal-sengal. 

Kita ni orang muda ada satu keadaan dipanggil darah muda. Tak kira lah situasi apa pun, main bola ke, tengok bola ke..or yang paling common - memandu. Bila rasa ada kereta yang laju, darah muda ni akan triggered dan memaksa kita untuk nak laju jugak. 
Nak dijadikan cerita, dalam otw nak balik rumah from KL. Aku drive lah cam biasa, tapi ayah aku ada kat sebelah. So aku pun tak boleh lah nak unleash jiwa kelajuan(bak kata kakak aku..huu). Ayah memaksa aku untuk sentiasa berada di lorong kiri, huk - aku pulak tak boleh nak tengok kereta yang laju kat belah kanan tu, plus bila aku pulak terpaksa mengikut lori berat sepanjang lorong tu.

Aku bukan apa, nak lawan cakap nanti kalau accident or jadi apa-apa..tak sempat nak mintak maaf pulak..huu, then, kalau terus ikut style aku, memang ayah aku meleter je la nanti. Itu salah, ni salah. Pendek kata, bila ayah ada kat sebelah aku dah rasa macam time-time belajar memandu lah pulak..huk. So, aku pun ikutkan je la.."-) . Berjaya jugak control darah muda and mengikut arahan En. Gani.

Itu je la ceritanya..tah apa-apa lah aku ni. Macam dah takde modal




Tuesday, February 5, 2013

Kisah AKU n Training : Day 1

Assalamualaikum semua, diharap semuanya berada didalam keadaan sihat belaka. Sory lama tak update blog, sebab takde idea la time-time cuti ni. Nak tunggu bila ada event barulah nak update, huk. Takpelah, apa-apapun hari ni ada entry baru tau. 
Entry hari ni berkaitan dengan minat baru aku..hehe, macam aku ada cakap hari tu yang aku akan spend cuti semester untuk training - inilah hari first aku berlatih. Asalnya nak buat 3 kali seminggu but mak aku pun baru operation hari tu, so aku pun limit kan kepada sekali je seminggu. But sekali tu direct 4 jam, huu.
Aku sampai Shah Alam pukul 9.30 pagi tadi, sampai-sampai je benda first aku check ialah green's condition. Nampaknya, green heavy jugak. Lepas keliling satu green tu aku jumpalah satu rink yang agak OK jugak conditionnya.
Main sorang-sorang je, mesti ada orang ingat aku student gila. sobs3x
Ni time practise elevation, practise ni bertujuan untuk mengenal pasti weight , apa fungsi bila identify weight - of course dapat bantu kita untuk membuat variety dalam delivery. For example, untuk buat drive, upshot, draw dan juga wresting shot. Ini semua memainkan peranan penting dalam perlawanan.
Dalam bowls, penting untuk kita mengetahui jenis dan berat bowls yang sesuai dengan tangan kita. Macam aku, "2" yang paling sesuai sebab tangan aku tak besar. Bila kita selesa dengan bowls tu, kita boleh memilih jenis grip yang sesuai dengan kita - aku suka guna claw grip.
Huu, ada lah sikit snapshot tadi. So far aku belum officially training dibawah Pn Haslah sebab sekarang ni cuti semester, naik sem nanti baru on. Yang ni pun aku buat atas inisiatif sendiri.
Still tengah mencari rakan-rakan NR & FSPPP yang berminat untuk buat persiapan awal dengan aku..huk