Thursday, May 10, 2012

Kisah AKU n Presentation Oh Presentation

Assalamualaikum semua, hari ni memang kinda happy day for me and several other friends. Sebabnya dah settle satu presentation untuk minggu ni. As you all know, minggu ni memang aku sangat busy, even presentation petang tadi pun aku tak sempat nak buat rehearsal. Malam tu ada meeting dengan CR HPD132. Tapi, alhamdulillah berjaya jugak kami tempuhi dengan baik. So, entri hari ni pasal petang tadi lah.
Muka yang sangat kepenatan, terpaksa senyum.
                                  
Ni Faiz, member dalam group aku. Dulu waktu first sem, aku admit dia memang rival aku dalam presentation. Tapi hari ni, kami berganding tenaga untuk impresskan the whole class and Prof. Zul.
Ni pulak Wan, amat bersyukur dapat member-member yang tahu buat kerja, semua urusan jadi senang dengan diorang. Pasni, kami akan bergabung tenaga lagi untuk presentation Industrial Relation, minggu depan. Ada sorang lagi, Fakrul tapi dia datang lambat tadi so tak dapat nak amik gambar..huu
Ni la kelas kami. Bilik simulator untuk meeting dan presentation. Asalnya digunakan untuk student EMAS - Executive Master of Administrative Science.

Ada 4 group yang sepatutnya present petang ni. Tapi, tak tau lah diorang ni apa masalahnya, hanya 3 saje dapat, itupun yang group Zaza terpaksa jadi bidan terjun.
Before presentation, sesi photography bersama presenter from the other group. Ni Yat, from Group 2 yang akan present pasal Organizing Management.
Noradzuan sekali lagi, tengah buat quick rehearsal. Kami, Group 4 akan present untuk tajuk Motivation

Marcel, huu..xde la. Nama diberi Zulkifly, nama manja Deq Joe. From Group 2. Alah sepatutnya tak yah nak introduce lagi mamat ni, dah selalu sangat keluar dalam blog aku ni.
Pok Jad, also from Group 2. Macam Joe, dia pun kadang-kadang terinterframe dalam ni.
Hee, ni owner blog ni. Perkenalkan, Mr. Fred McBride, huu Farid lah..Hari ni aku present pasal Isu yang dihadapi manager dalam memotivasikan pekerja, memang sesuai sangat dengan budak-budak kelas aku tu..
Faiz, katanya tak reti nak berposing macam model-model kat atas ni..ceyh
Dah-dah, pergi la buat rehearsal, baca doa ke..huu, then masuklah beberapa siswi kelas yang aku rasa sepatutnya present tadi tapi diorang cam rilek je. Aku assume, dah prepare tapi sangkaan aku meleset. Diorang cakap turn minggu depan, aku pun WTF!!!, bukan minggu ni. Dengan muka tak bersalahnya suruh group aku yang pergi dulu, kata diorang - macam tak biasa je CR pergi dulu. Haa, memanglah. Semua aku yang nak kena start, yang kena komplain aku, bukan korang.

Group 2 diketuai Joe memulakan presentation, alhamdulillah dan tahniah untuk diorang kerana telah menetapkan standard tinggi untuk group-group yang belum present. Kemudian, disebabkan Group 3 tak siap apa lagi, Group 4 dipaksa present lebih awal, tapi kami tak kisah sebab lagi cepat siap, lagi bagus. Tahniah juga untuk majoriti siswa hari ni kerana telah menunjukkan kualiti yang baik, lelaki akan dominate balik UiTM kalau semua bersikap macam ni. Kita sentiasa bersedia walaupun apa yang berlaku. Bangga dengan korang sebagai anak buah aku. Siswi, aku agak kecewa. Seriously. Korang dah banyak bawak masalah kat aku sepanjang aku jadi CR.
Malang nya tak sempat nak record. Takpe lah takde rezeki. Minggu depan kan ada dua lagi presentation. Tapi, nasib baik ada gambar ni..huu
Prof Zul, katanya presentation group kami on par dengan Group 2. Erm, takde rezeki nak bagi a "WOW" impression kat diorang. Alhamdulillah, aku berjaya melaksanakan tugas aku dengan baik, takde masalah sepanjang presentation.
Kami dah habis, haa..kalau nak tau kat belakang tu namanya Fakrul. Say hello to him.
Waktu ni Group 5 tengah buat presentation. Aku berharap group lain akan settlekan assessment korang minggu depan, tak larat aku nak dengar komplain from Prof Zul lagi pasal atitud korang. Almost every week tau, aku dah mati akal fikir idea nak bagi korang semua berubah. 
P/S: nasib baik la term aku jadi CR dah nak expired. Pasni dah tak nak jadi..huu

Minggu depan ada 2 lagi presentation pada hari yang sama. Minggu ni bakal jadi yang paling sibuk and intense bagi aku. 


Kisah AKU n Hectic Life

Salam semua, minggu ni serius aku letih gila. Stamina yang ada aku gunakan sehabis baik. Betul cakap an unknown quality expert, a leader must have a great stamina. They need to be the first to arrive, and last to leave. They experience more intense hour than other. Leader, aku rasa doa aku waktu cuti sem lepas memang dah termakbul oleh Maha Pencipta. Kalau korang ingat, dalam link ni aku cakap nak sangat jadi leader untuk semester berikut, nak sapu semua jawatan. And now, memang terbukti yang aku dapat banyak jawatan sebagai seorang leader.

First, cam korang tau aku jadi CR. Aku tak kisah buat kerja banyak sebab aku memang dah biasa bagi komitmen. Tapi, aku menyampah betul dengan several classmate yang tak pernah bersyukur dapat CR cam aku ni. Aku tak faham, kenapalah diorang selalu menyusahkan aku. Selalu sangat aku kena komplain dengan lecturer sebab sikap diorang. Tak pernah datang kelas, ponteng, tak beretika - aku ingat lagi waktu compare 3 kelas, kelas aku paling teruk attendance.
                                 
Ni pulak HPD132, aku jadi CR and baru sekarang terasa dasyhatnya tugas sebagai CR untuk kokurikulum dimana aku dilantik menjadi Pengarah Program untuk forum yang bakal berlangsung pada 9 Jun 2012. Semalam, ada meeting dengan CR kelas lain, nak bagi tugas kat diorang. Start pukul 9 balik pukul 11.30. Serius, aku ngantuk gila waktu kat traffic light tu..huu
                               
Alhamdulillah semua dah lulus, terima kasih kat setiausaha dan bendahari aku. Cuma sekarang untuk program ni, aku perlukan kerjasama 5 CR dan juga anak buah mereka untuk membantu aku menjayakan forum ni.
Aku tak terus balik tadi, makan dulu kat Tajmaah. Mamak tu memang kamceng dengan aku, and dia cam dah tau je yang aku nak datang semalam. "Boss, baru habis meeting, mau makan apa?". Akupun dengan muka kepenatan order yang ringan je, sambil-sambil perhatikan kapel tengah bermesra kat depan tu.
Sampai bilik, check comment kat blog. Budak-budak eksaited dapat masuk asasi, banyak benda yang diorang tanya kat aku. Yang peliknya, diorang tak tau ke yang aku ni dah kena kick from FUU. Tapi takpela, mana yang aku boleh jawab, aku bagilah jawapan kat diorang. 

Konklusi, sangat penat. Semester depan aku dah tak nak jadi CR.

Wednesday, May 2, 2012

Kisah AKU n 2 Mei 2012

Apa ada pada 2 Mei sampai tarikh ni jadi tarikh yang penting sangat dalam hidup aku.
Sebenarnya aku sendiri pun hampir terlupa, itupun tetiba je alarm aku bunyi waktu tengah
jawab test Ekonomi tadi. Nasib baik silent, huu

Tanggal 2 Mei 2012 ni penting sebab ia menandakan dah 2 tahun aku menjadi seorang blogger.
Alhamdulillah, selama bergelar blogger banyak suka duka yang aku terima. Banyak kritikan
jugak sebab waktu awal penglibatan aku dulu, memang aku kekeringan idea dan takde entri yang menarik. Tapi semakin hari berganti hari, banyak idea baru datang, Ditambah dengan kisah-kisah menarik yang aku lalui dan dikongsi dalam ni. 2 tahun bergelar blogger juga dimana aku kenal ramai orang - kebanyakkan visitor aku mostly datang dari kalangan pelajar lepasan SPM. Sebab nak tau apa tu Asasi Law..huu, ada jugak yang datang sebab dah terbiasa singgah. Tapi maaf sangat sebab celebration kali ni tak segempak celebration yang pertama. Siapa  ada vlog lagi tu, huu.

Kenapa? Busy sangat sekarang. Seperti yang korang tau, aku baru je balik dari teambuilding dan sekarang ni memegang jawatan CA untuk UiTM dan FSPPP. Menyebarkan ilmu tentang 5 Pillars of Attributes kat public, as well as introduced my beloved faculty and university. Ada 2 assignment yang terbengkalai- Industrial Relation & Management Practices. Satu presentation yang aku tak tau bila pun turn aku (Public Admin). Finally, menyediakan satu proposal untuk VCSP 2.0 bersama Team CA 2nd Generation. Tadi pun waktu tengah update filing kat bilik, terperasan ada 2 set handout yang sepatutnya aku photostate and distribute kat kelas. Banyak benda terlupa ni.

Tambah lagi, balik dari teambuilding aku diserang fungus infection kt muka, gatal-gatal kat tangan, kaki semua sebab gigitan nyamuk, pacat hari tu. Menambah lagi tekanan, minggu ni aku dihentam bertubi-tubi oleh kawan sekolah aku sebab perbezaan pendapat dan fahaman politik. Yang paling menyedihkan, aku tak kisah kalau nak berdebat, tapi jagalah mulut dan bersopan sikit. Segelintir kawan sekolah aku dulu memaki seorang kawan universiti aku. Memang malu aku dengan perangai diorang. Aku dah cukup lama bawak imej baik SMKBSB kat sini tapi orang lain yang kotorkan. Aku demand diorang minta maaf personally tapi diorang tak nak. Angkuh dan sombongnya korang! Terdetik dalam hati, kalau dasar pembangkang tu memang camtu lah perangai. Aku cakap pasal bangsa Melayu je, ada ke diorang tiba-tiba sembang pasal PTPTN, Rosmah, Hudud, BERSIH..Bodoh, nampak sangat tak boleh bawak buat forum. Topik lain, dijawabnya lain. Nasib baik lah kawan aku kat UiTM ni faham dan let it go je..

Akhir kata, sangat berbangga dapat meneruskan blog ni walaupun banyak cabaran waktu awal kelahirannya. Terima kasih for those yang membaca, teruskan membaca dan menyokong aku..