Sunday, March 1, 2026

Kisah AKU n Ramadhan 2026 - Wk1

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke-10 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dalam entri pagi ni aku nak story sikit lah kisah Ramadhan minggu pertama aku untuk tahun 2026 ni.
Minggu lepas full week masuk office except Jumaat. Macam ni je workstation aku. Laptop sebijik, buku nota + pen and my personal tumbler. Bukan selalu kat ofis pun. Haha
Tapi memang busy last week, maybe sebab minggu CNY tu aku cuti sakit dua hari. Banyak benda nak catch-up.
Macam biasalah jem, tapi aku cabut sharp 4 petang. So dalam jam 5.10 tu dah sampai ofis wife. 
Kebiasaanya wife dan anak-anak akan ke surau terlebih dahulu before Isyak. Aku pulak kalau dapat settlekan kerja pending memang akan join, if not, aku akan gerak kemudian shortly before Terawih. Lalu pintu belakang je, apa guna tak utilize lampu solar yang terang benderang ni..:-)
Minggu lepas masih ramai lagi jemaah. So, duduk kat koridor. Tapi bila aku ke surau ni pun memang biasanya akan duduk luar jugak. Senang nak pantau anak-anak, takut diorang follow anak jiran main kat tepi jalan, or worst, pergi cross jalan ke padang tengah tu.
Semangat bro ni pergi surau, sebab ada member sekolah. Haha
So, ada lah inisiatif yang aku bagi kat Fariq. Instead of main bising-bising, why not bawak buku melukis, then ajak kawan sekali. Sudahnya minggu ni, 2-3 budak jugak bawak buku, diorang compare lukisan masing-masing. Huhu

So, that's the wrap untuk cerita minggu pertama Ramadhan 2026 aku. Actually minggu pertama ni pun ada satu event company yang aku join. Yang tu aku update dilain entri. Till then, take care.

P/S: Kalah pulak lawan Everton. Aku ni memang setia dengan Howe, tapi aku rasa dia kena berani tukar taktik. Team lain dah dapat predict and tahu macam mana nak counter Newcastle sekarang. Ni lah first time sejak Howe ambil alih since tahun 2021, jumlah kalah lagi banyak dari menang dalam liga.

No comments:

Post a Comment