Sunday, March 1, 2026

Kisah AKU n Program Bubur Lambuk @ Plaza Tol Saujana Putra SKVE

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, aku nak update satu lagi entri pagi ni. Rabu lepas aku berkesempatan join satu event TNG kendalian team CET Expressway kami. Tak cukup tangan katanya, sudahnya minta tolong jiran diorang, iaitu our team lah, CET Parking & Transit, berserta Sales.
Event berlangsung di Plaza Tol Saujana Putra, sebuah tol under highway South-Klang Valley Expressway (SKVE). Ikut plan pukul 12 team TNG kena gather untuk buat packing goodies bag. Tapi aku jam 10.30 pagi dah terpacak kat sini since ada meeting online jam 11. Kalau gerak lepas habis meeting, memang tak sampailah jon.
Pukul 12 start packing dengan process flow yang seamless where every unit ada objektif masing-masing. Dalam goodies bag mesti ada bubur lambuk, a bottle of mineral water, a pack of marble cake dan juga sekotak kurma.
Dalam jam 2 petang, kami berjaya menyiapkan 500 pack of goodies bag.
Then ada one last check of khemah utama. Kena check sound, portable aircond berfungsi dengan baik or tak.
Jam 3 petang, majlis dimulakan dengan ucaptama wakil from Persatuan Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), dan juga hos venue iaitu SKVE. Ada juga speech from our own CEO, Mr Praba.
Jam 3.20 camtu, VVIP dah ke khemah pengedaran yang terletak right after lorong kenderaan berat diplaza tol ni. Kami yang bukan team CET Expressway ni tengok dari jauh je, before CEO ajak join sekali mengedarkan goodies.
So, join jugaklah kat tengah highway ni. Buat dual side, satu yang belah lori and another one untuk kenderaan ringan.
Panas mat!
Dalam jam 3.50 tu acara ditamatkan dengan jayanya. Ada sesi bergambar before kami cleanup the area dan bersurai. Nanti diorang dah share gambar, aku tepek kat sini ye.

So, itu sahaja cerita untuk pagi ini. Minggu ketiga nanti ada program Bubur Lambuk jugak, tapi this time around under our department, organized by Transit unit. Event bakal berlangsung di stesen LRT Ampang Park pada tarikh yang akan diberitahu kemudian. Parking takde buat, takkan nak bagi kat lorong exit kot, mau kena sumpah dengan parkers. Haha

P/S: Sekarang ni ritual EPL, aku tengok match je tak nak tengok league standing. A bit kecewa, but still kita masih berjuang dalam Piala FA, dan recently layak ke pusingan 16 untuk UCL. If tanya aku, chances agak low, tapi bola tu bulat. Anything can happen. HWTL!


No comments:

Post a Comment