Aik, takkan Sungai Buloh pun nak staycation kot. 20KM je from Sungai Buaya. Haha. Ada lah sebabnya, takkan lah aku nak stay kat sini takde sebab. Baiklah, nak dijadikan cerita Sabtu lepas, company wife ada buat annual dinner kat Sungai Buloh. Ikut plan asal, aku nak hantar wife dan tunggu dia sampai habis - estimate dalam 5-6 jam jugak, while mintak mak ayah tengokkan the kids. Tapi tu lah, kebetulan pulak diorang ke Nilai minggu lepas, so we go to Plan B lah.
5.30PM - after hantar wife ke venue event yang terletak di Kelab Golf Rahman Putra, aku dan the kids bergerak menuju ke area hotel kami - less than 10 minutes driving dari venue tu. Ni berjalan-jalan nak cari early dinner.
Since diorang tak nak makan nasi, so dinner kami petang tu is A&W.
Fariq yang snap gambar ni...:-)
Baru tahu sedap A&W, biasa makan KFC je.
Dalam jam 7 petang tu singgah 7e beli stok. Then, baru lah kami tiga beranak check in hotel.
Kena pau dengan Fariq spek PapaZola ni. RM50 jugak melayang. Haha
Lepas Maghrib siapkan diorang ni and lepas tu buat lah apa yang korang nak. Huu. Abah nak tidur jap, nanti pukul 11 nak pickup ibu korang pulak.
Dalam jam 11 wife call mintak ambil.
Mana ibu ni, kata jam 11. Ni dah 20 minit tak muncul-muncul pun. Huhu
Haa, ada pun.
Esoknya tepat jam 12 kami check out. Singgah lunch di MATA Arabian Restaurant di kawasan yang sama.
Memang puas hati makan kat sini. Asalnya tak plan pun, ingat nak makan AP Best kat sebelah tu tapi ramai pulak, tu yang masuk je sini..:-)
Ni pulak cerita hari Isnin, semua sedia maklum sekolah tutup since cuti Thaipusam tapi company wife kerja, katanya ganti Isnin before CNY next week. Ni kat R&R Rawang, ingat nak breakfast plus bagi the kids main playground kat sini. Tiba-tiba aku nak terberak pulak. Haha. Memang tak lah nak berkongsi jamban dengan dua ketul ni. Tu yang beli jiwa bagi toys...:-p
Makan kat rumah je lah, senang sikit nak uruskan.
Buat aktiviti sikit pagi tu, main kad UNO + menyembang
Dalam jam 11 tu baru lah kasi diorang ni buat hal masing-masing. Yang si Fariq ni main PS4 kat atas
Si Iman ni pulak layan CocoMelon.
Pukul 1, paksa diorang tidur which is terlena jugak. Sekali dengan aku terlelap. Jam 3 petang baru bangun, tu pun ada orang call. Kalau tak masak nak menjawab tak amik wife on time. Huhu
So, itu je lah ceritanya kenapa aku staycation kat Sungai Buloh. Bukan sebab malas nak balik. Aku rasa lagi better lepak kat situ je, bilik pun harga berpatutan, RM200/night. Apa lah sangat nak dibandingkan dengan masa, minyak dan tol berullang alik, berserta nak uruskan budak-budak ni.
P/S: Sedih, Newcastle kalah semi-final piala EFL. Takpe, kita still berada dalam FA Cup, EPL dan juga UCL. Keep Fighting!


















No comments:
Post a Comment