Wednesday, January 21, 2026

Kisah AKU n Swimming Class @ Setia Eco Templer

Assalamualaikum,

Kasi settle dua entri terus malam ni tengahkan mata terjaga lagi. Okay, nak story cerita weekends lepas dimana aku ke Setia Eco Templer untuk hantar the kids join kelas renang. 
Wife yang persuade aku untuk hantar budak-budak ni join swimming class. Personally, aku lagi prefer kalau diorang or at least Fariq, masuk kelas badminton. But it's okay lah, setakat asas badminton tu aku boleh ajar daripada bayar sebulan RM350. Haha
Hantar Fariq dan Iman sekali, tapi korang tengok lah muka Iman tu. Cuak gila, sedangkan kalau mandi pool hotel or dekat rumah dia lah yang paling galak sekali.
Last-last Iman kata tak nak join. Since dah bayar untuk session ni, sudahnya coach tu bagi dia main je lah . Haha
So, tinggal lah Fariq je yang meneruskan perjuangan. Huhu
Each weekend setiap hari Ahad ada kelas dengan satu session mengambil masa dalam sejam.
Before balik singgah main kat outdoor playground yang disediakan. Kat sini jugak ada wading pool, untuk budak-budak mandi - maybe disediakan for small kids yang tunggu their siblings or parents.
Haa, Iman main kat sini je lah next week. 
Dalam jam 10 pagi, kami bergerak from Templer Park. Tak terus balik pun, singgah Lotuss Rawang. Si Fariq ni tuntut toys lagi, tapi aku cakap beli mainan kat area ni je. Tak nak beli yang macam dalam glass cabinet tu. Dalam tu busuk-busuk pun RM50 hinggit!
Singgah late breakfast di Hailam Kopitiam before balik Sungai Buaya.

Alright, that's all untuk cerita malam ni. Nak main game jap, lama aku tak layan Bannerlord ni. Baru habis download mod baru. Nanti ada masa aku review ya/

P/S: Esok. Newcastle bakal menanti kunjungan PSV di SJP. Boleh ke menang? Tak tahu lah, kena tengok line-up dulu, baru boleh agak-agak.


No comments:

Post a Comment