Sunday, January 11, 2026

Kisah AKU n Ainul's Wedding @ De' Orchid Gombak

Assalamualaikum,

Jarang update petang, tapi kali ni kena terasa nak mengupdate. Blogging ni pun tengok mood jugak, kalau tengah okay tu kita kasi settle terus. Karang dah sampai mood malas, sampai kesudah tak update.

Baiklah, semalam aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan anak kepada rakan sejawat ayah di Petronas dulu. Aku pulak memang personally kenal keluarga tuan rumah, diorang ni jiran kami dulu before pindah ke Ampang. 

Kami sampai venue majlis iaitu di De' Orchid Gombak Setia. Ramai jugak tetamu, mungkin kami sampai pun dah tengahari. Memang peak hour lah, lunch time.

Aku kerja dekat Gombak ni dalam lima tahun tapi tak tahu pun kewujudan bangunan ni. Maybe fokus sangat driving Batu Caves - TPM sampai tak sedar kawasan sekeliling..::-)

Wife tak ikut, katanya nak buat preparation sekolah Fariq, so cam biasalah kenalah angkut sekali Fariq dan Iman.

Buat double peace pulak si Iman Troye ni. Haha

Perarakan masuk Raja Sehari sekitar jam 1 petang.

Dekat luar ada few stall yang menyajikan kambing bakar, aneka Mi dan kuih-kuih tradisional dan juga booth Kopi Saigon!

Pekena apam balik + Kopi Saigon sebagai pencuci mulut..:-)

Beratur nak makan ais krim..:-)

Ayah bergambar bersama tuan rumah, Tn Aziz dan rakan-rakan sekerja beliau.

Sempat bergambar di photobooth yang disediakan

Sementara tunggu atuk korang bereunion, meh la kita snap gambar dulu.

Fariq yang ambil gambar ni, of course kena crop sikit but okay apa budak ni. Huhu

Dalam jam 1.30 petang, kami bergerak meninggalkan majlis. Tak boleh lewat sangat, MRR2 ni bukan boleh percaya pun hujung-hujung minggu camni.

Terang benderang backyard rumah aku. Baru pasang lampu solar tu. Wife yang nak, katanya nanti time bulan Ramadhan nak pergi surau lalu pintu belakang je..:-)

Okaylah, nak tidur jap. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Ainul dan pasangannya Rahim. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle menang lawan Bournemouth semalam. off to 4th Round of FA Cup. HWTL!

No comments:

Post a Comment