Monday, May 26, 2025

Kisah AKU n EPL 2024/2025 - The Finale

 Assalamualaikum,

Ya betul, Ahad lepas merupakan match terakhir EPL bagi musim 2024/2025. Last game kot, mesti lah kena tengok. Tapi memang aku tak pernah missed game Newcastle pun season ni, kalau ada pun sebab terlelap.

Untuk vibe perlawanan malam tu, aku menyarung jersi Newcastle special edition untuk memperingati kemenangan the Magpies didalam Piala EFL bulan Mac yang lepas.

Malam Ahad tu aku dah booked TV kat ruang tamu. Layan bola sambil pekena cendawan Enoki plus secawan Nescafe. Huhu
Unlike seperti tahun-tahun sebelumnya, kali ni Newcastle tewas dalam perlawanan terakhir yang akan menentukan slot ke UCL. Memang sengit kali ni. Ada lima team berebut untuk the final three slot ke liga elit Eropah iaitu pasukan Manchester City, Chelsea, Newcastle, Aston Villa dan Nottingham Forest.
Kata kalah, ni celebrate apa kebenda pulak?
Ni merupakan full season ketiga Newcastle dibawah kendalian Eddie Howe bersama assistant coach, Jason Tindall, dan after 38 games, team kesayangan aku ni menamatkan saingan di tempat ke-5! Unlike season lepas dimana kami mendapat tempat ketujuh liga (60 pts), season ni kita naik dua anak tangga dengan mengumpul 66pts. 
Yup, walaupun kalah hari tu. Newcastle masih lagi layak ke UEFA Champions League (UCL). That's answer gambar yang player celebrate kat atas tu. Huhu.

Thank you to Wor Eddie and the players for a memorable season. Special thanks jugak to our owner, His Excellency Yasir Al-Rumayyan dan juga the Management. Without the takeover dan juga investment from PIF tiga tahun lepas, mana mungkin kami yang penyokong setia ni dapat enjoy musim yang sangat dibanggakan ni. Champion of EFL Cup, quarter-final FA Cup dan paling latest nombor lima didalam EPL yang melayakkan kami ke liga elit Eropah buat kali kedua post-takeover.

Okay dengan tamatnya game hari tu, maka EPL season 2024-2025 officially ended. What to do next? Entahlah. Layan International matches je lah. 

P/S: Semua gambar credit in advance to sources yang berkenaan

2 comments:

  1. saya kurang tgk bola tapi ambil tahu juga sikit sikit pasal bola sebab bapa mertua memang minat sukan bola....jadi sedikit sebanyak ada laaa jugak ambik tahu sikit hihihihi

    ReplyDelete
  2. sy memang layan bola dari kecik lagi. time sekolah dlu pun main bola jugak. tu yang membawak sampai ke tua ni. huhu

    ReplyDelete