Assalamualaikum,
2 Mei dah? Cepat jugak, mana taknya busy dengan kerja. Tau-tau dah nak masuk setengah tahun. Baiklah, nak story sikit one of the most important dates in my life dan blog ni. The date which I will remember and never forget in my life. Tarikh apa tu?
Pheww, 15 tahun dah blog aku ni! Haha. Kalau ada anak, dah masuk tingkatan tiga tau. Selamat Hari Lahir Diari McBride, semoga terus membesar dengan jayanya. Huhu
1,354 entries sepanjang 15 tahun blog ni live dalam Internet. Semua entry yang ada typed personally by me. Yelah, nama pun personal blog yang mencoretkan kisah hidup aku sejak zaman menjadi penuntut Asasi UiTM sampailah sekarang dah jadi suami dan bapak anak dua ni. Tak percaya rasanya blog ni masih mampu bertahan. Entri 2025 pun ada 23, less than 5 versus 1 Mei last year. Haha. Hopefully, I can still maintain at least one or two entri every month. Better ada daripada takde langsung kan. Bukan apa, bila dah ada anak ni manalah ada aktiviti sangat compared time zaman bujang dulu. Kalau ada pun entri berkait pasal family, office, sometimes games/mods review etc.
Akhir kata, bersyukur sangat sebab dapat diberi kekuatan untuk terus menaip sambil berkongsi pengalaman, ilmu dan juga cerita yang diharapnya dapat memberi faedah kepada pelawat-pelawat yang sudi datang. More years to come, I guess and again, Happy Birthday Diari Mcbride!
Alhamdulillah teruskan berjuang.....
ReplyDeleteIn Sha Allah.
DeleteAssalamualaikum, baru kat sini..selamat ke 15 tahun ya...seronok ada blog nie...jadi live diari...kalau baca entry yang tahun 2010 tu, mesti senyum sorang2 kan.. hahaha
ReplyDeleteWaalaikumsalam. betul tu, bila ada masa free memang sy akan bukak blog ni tengok kenangan lama..:-)
Deletehhhhhhhhhmmmmmm.......dari entry pertama sehingga ke hari nini dari orang yang sama ka??
ReplyDeleteya betul. masih orang yang sama
Delete