Sunday, May 25, 2025

Kisah AKU n Dolah's Wedding @ Cyberjaya

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share satu memorable event untuk my blood-brother, Dolah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya di Cyberjaya pagi tadi.
Eh kat mana ni? Tengok setup macam dalam bilik hotel je.
Ya betul, since majlis pun hari Ahad dan kat berlangsung kat Cyberjaya which is quite a distance jugak from Rawang, around 70km. So aku decided untuk bermalam kat sini je. At least takde nak rushing sangat nanti.
Kitorang check-in jam 4 petang, lepak dalam bilik recharge before keluar semula after Isyak untuk makan malam. FYI, kami menginap di Swing & Pillow Cyberjaya yang terletak di CBD2 Cyberjaya, kat sini memang banyak pilihan restoran. Plus, lokasi hotel ni cuma 5-min driving ke venue event tu.
Malam tu kami makan di Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine. Just 5-min walking from the hotel.
Sugul je muka. Haha. Takdelah, lapar sebenarnya since makan breakfast je semalam.
Nah amik kau, sepinggan nasi goreng tu rasanya untuk portion dua orang. Tapi aku berjaya habiskan jugak. Yang the kids punya pulak tak habis, so tapau bawak balik hotel je.
Fariq and his favorite food, chicken-dumpling.
Diorang ni sebenarnya before keluar dinner tu dah lemau, ni dah lepas makan terus aktif balik. 
Buat lah apa korang nak, abah nak main game pulak. Siap order coffee and desserts from FamilyMart lagi tu untuk late-night supper
Petang tadi, sekitar jam 12 kami dah check-out dan terus menuju ke venue majlis iaitu di Dewan Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.
Of course yang paling syok wife lah sebab ada a lot of foods yang disediakan - kuih tradisional, Soto, Apam Balik etc.
Sorang lagi our blood-brother, Afiq pun ada datang jugak. Tapi bro ni datang sorang je since wife dia kena cover staf hari ni.
Perarakan masuk Raja Sehari ke pelamin singgahsana. Nak kena inform si Dolah ni, untuk majlis belah lelaki minggu depan, time nak berarak masuk tu badan kena firm + mendada sikit. Baru nampak gagah perkasa. Huhu
Sebak bhai tengok brother kitorang ni bersanding atas pelamin. Dulu kitorang ingat dia ni tak nak kahwin. Yelah, aku off-market tahun November 2018, followed by Afiq March 2021. It took us 7 years nak complete semua jadi laki orang..:-p
Tu gurau-gurau dengan Dolah, takde teh-tarik aku tak pergi wedding hang! Haha. Sekali ada pulak..:-)
Kiddos pun enjoy makan aiskrim.
Nak tunggu bergambar dengan pengantin lama pulak since katanya majlis akan bersambung jam 2.30pm, so kami berdua terus ke meja makan beradab untuk mengucapkan tahniah kepada our brother berserta parents kedua mempelai.
Majlis next week pun kami akan datang jugak. Yang ni rasanya akan jadi lagi happening since member zaman sekolah pun dijangka hadir. Kira reunion lah tu..:-)
Bergambar kenangan bersama my small family before bergerak pulang ke Rawang.
Lemau drive petang-petang ni. Cuaca pulak memang lately panas. Sampai rumah dalam jam 3 petang, solat Zohor pastu tertidur sampailah jam 5.30. Penangan air-cond. Huhu

Ya tu je lah cerita malam ni. Kepada Dolah dan Ainy, selamat pengantin baru diucapkan sekali lagi. Semoga hubungan yang dibina diberkatiNya dan berkekalan hingga ke akhir hayat..:-)

P/S: Last match EPL malam ni. Magpies vs Toffees. HWTL!

2 comments:

  1. Tahniah kepada pasangan pengantin, maybe dia nak betul betul bersedia sebelum berumahtangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. memang dengarnya kata nak kasi ready mental dan fizikal dulu

      Delete