Thursday, March 24, 2022

Kisah AKU n Welcome My Dear Daughter

Assalamualaikum,

Alright, malam ni aku nak menaip satu entri yang sangat special dan bersejarah dalam blog ni. Introducing to you guys, anak perempuan pertama dalam keluarga kecilku. Huu. Basically, aku suka nak share lah memori sebelum dan selepas hari kelahiran budak cantik ni..:-)
Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku baru habis kerja sekitar jam 8 malam before wife datang to my home office mengadu sakit perut, most probably contraction. Aku pun terus solat Maghrib dan bersiap, sambil call mak ayah untuk be ready since aku nak hantar Fariq. 
Setiap jam aku minta update from Ija, untuk make sure kali ni betul-betul nak bersalin lah. Sebab a few weeks before dia experienced false contraction. Tapi somehow instinct aku macam yakin yang anak nombor dua kami ni akan lahir jugak in a few hours.
Wife kata bukaan baru 2cm around jam 10 malam, so aku pun singgah lah makan dekat area Selayang Mall. Dalam pukul 11 masuk hospital balik, cuba jugak untuk tidur. Tapi tak boleh. Last-last Ija minta aku balik dulu sebab memang takde katanya lama lagi nak menunggu ke 5-6cm. Silap-silap Subuh pun belum tentu masuk labour room katanya.
So, dalam jam 12 tengah malam tu aku balik lah rumah. Since mak pun cakap Fariq dah tidur, aku pun balik ke rumah terus. Dalam pukul 2 pagi after baca Quran sikit, aku pun try lelapkan mata tapi tak sampai setengah jam Ija call. Air ketuban dah pecah. Aku pun bergegaslah drive semula ke Hospital Selayang, kali ni ditemani ayah.
Sekitar jam 3.20 pagi, wife masuk ke labour room. Agak terkilan sebab tak dapat nak bersama dengan isteri untuk memberikan sokongan moral. Nak buat camna, dah SOP hospital camtu. Aku kalau kat office bukan main lagi champion bab-bab SOP ni, so turutkan je lah. Huhu. Ni gambar wife lepas dah bersalin katanya.
Alhamdulillah, tepat jam 3.47 pagi, 19 Mac 2022. Puteri sulung kami selamat dilahirkan dengan normal. Thank you Allah atas nikmat kurniaanMu yang tidak terhingga ini..:-)
Sampai jam 8 pagi jugak aku stay kat sini nak menunggu wife masuk ke wad umum. Sempatlah explore fasiliti yang ada kat hospital ni. Maklumlah, first time datang at least nak jugak tau kat mana kafeteria, kedai serbaneka dan sebagainya. Sempatlah breakfast pagi tu dengan ayah.
Wife selamat masuk wad dalam jam 8.30 pagi. 
Aku naik ke wad wife untuk hantar barang-barang keperluan.
Tapi hantar sampai pintu ni je, tak dapat masuk pun. Yang ni memang tak kita hang dah buat RTK ke belum, memang tak dapat melawat.
Balik rumah sekitar jam 10 pagi, jumpa si Fariq ni. Baru bangun tidur. Haha
Tengok mak uruskan uri ni..:-)
Since tak boleh melawat, memang hari Sabtu tu aku duduk rumah je. Pasang baby cot, main dengan budak ni. Anak sulung ni jangan dilupakan pulak. Huhu
Pergi mendobi. Tiga mesin jugak sebab wife suruh basuh semua cadar, toto etc.
Seperti kebanyakan baby lain, anak aku ni pun tak lari dengan jaundice jugak. So, kena tahan lah di Hospital Selayang ni.
Petang Ahad tu sekitar jam 5 petang wife text, katanya dah boleh discharged. Aku pun drive, juga ditemani ayah kali ni. Excited beb nak jumpa anak bini. Huhu. Kali ni agak cepat jugak discharged compared dengan abang dia, rasanya Fariq nak dekat empat malam jugak kena tahan kat Hospital Sungai Buloh dulu.
Assalamualaikum sayang ayah. Baru bangun tidur ke tu? Sebak bhai first time tengok si kecik ni..:-)
Tengok wife beransur sihat pun dah cukup buat aku happy. Okaylah tu dah boleh duduk, hari first tidur pun kena mengiring. 
Hari Ahad akhirnya both of my love ni dapat discharged. AlhamdulillahKuning baby pun dah semakin berkurang, cuma still kena refer ke Serendah untuk tindakan selanjutnya.
Ayah pun ada jugak hari tu. Nasib baiklah dapat parents yang supportive camni. Ayah ikut sebab dia tahu nanti aku nak kena pergi sana sini- nak hantar barang, nak settlekan bil hospital, nak pickup diorang lagi dari wad ke lobi. Buat pulak hospital ni memang tak cukup parking, tu yang dia ikut. At least boleh drop aku. Thanks pop!
Jom balik!
Sampai rumah ayah sekitar jam 7 petang. Memang hari Ahad tu kami berehat disini dulu before pulang kerumah esoknya.
Haha, si Fariq muka in denial tu tengok adik dia. Don't worry lah boy, dua-dua ayah sayang..:-)
Hari Isnin seperti yang dirancang, kami berempat pulang kerumah. Korang tengok si Fariq ni, berlari-lari excited dengan tak berbajunya. Haha
Seronok eh tido kat rumah. Eh jap, apa nama anak kau ni Farid? Tak nak share ke. Next entry please. Nak tau, stay tuned lah ye..:-)

That's the wrap untuk entri malam ni. Memang perasaan bercampur baur - terharu, happy, excited. Ini lah permulaan bagi aku dan isteri dalam perjuangan membesarkan anak perempuan kami ni. Semoga kami terus kuat untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah ini. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment