Wednesday, March 30, 2022

Kisah AKU n Sesi Tahnik Iman Nur Syahadah

Assalamualaikum,

Hari ni nak bercerita sikit tentang upacara Tahnik untuk my beloved daughter yang berlangsung pada hari Isnin minggu ini. Sebelum kita buka cerita baru ni, let's tengok a few cerita minggu lepas dulu.
Khamis lepas, bacaan kuning Iman naik mendadak dari 55 ke 191. Asalnya bawa ke KK Serendah, then diorang minta refer ke Hospital KKB. Tapi since belum mencapai bacaan 300, kami diminta untuk monitor perekembangan Iman di rumah sahaja.
Sempat menyinggah kedai baby untuk beli botol susu newborn, yang Fariq punya dulu dah tak elok. Tapi tu lah, singgah sini lain pulak yang dibelinya. Haha
Tak sabar-sabar nak bawak basikal baru tu. Huhu
Excited tu, tak bagi letak dalam bonet..:-p
Hari Ahad pergi KKB lagi. Naik lagi reading ke 251.
Hari Sabtu pun rutin yang sama, masih lagi naik ke 275.  Tapi still doktor kata monitor dari rumah dulu. 
Sabtu tu family Along sampai from PD. Datang nak tengok baby baru katanya. Huhu. Tapi petang tu diorang pergi makan-makan dulu kat Tanjung Malim. Adik belanja, biasalah baru dapat promotion. Congrats lah brother.
Diorang makan di Sarang Art Hub @ Tanjung Malim, ataupun dikenali dengan nama Restoran Mamat Khalid. Encik kat atas ni memang suka sangat layan movie-movie yang diarahkan oleh Allahyarham Mamat Khalid ni. 
Gambar ni paling kelakar, sorang pun tak perasan yang belakang Fariq tu prop hantu Pocong. Haha. Tu yang mak cakap, dia yang ambil gambar pun tak perasan. Patutlah Fariq meragam hari tu. Huhu
Lepas makan, diorang ke Dataran Tanjung Malim, lepak-lepak kat sana. Aku seperti sedia maklum memang tak dapat join pun. Kalau join, siapa nak jaga cik isteri dengan Iman tu. Huhu
Malam tu Along datang tengok baby girl baru aku. Tengok si Fariq tu, tak habis-habis dengan toy Ultraman dia. Haha
Ahad check kuning lagi di Hospital KKB. Alhamdulillah, ada penurunan lagi ke 245. 
Hari Isnin, Ustaz Sabri datang rumah untuk menjalankan upacara tahnik dan mencukur rambut untuk Iman Nur Syahadah ni. Time Fariq dulu, abang dia Ustaz Rahim yang buat.
Untuk perkongsian ilmu, tahnik atau upacara belah mulut ni merupakan sunnah dan ianya tercatat didalam satu hadis yang menyatakan adalah sunat untuk membawa anak yang baru dilahirkan menemui orang-orang soleh untuk mengambil keberkatan dengan mereka. Belah mulut tu basically kita beri baby kunyah tamar ataupun madu, dan kemudiannya disapukan dilelangit mereka.
Upacara cukur jambul. Kasi botak je.
Haa, Fariq standby. Pasni kita trim sikit rambut. Dah macam apa panjang camtu. 
Haha, muka pasrah. Dengar bunyi mesin terus melalak. Aduhai anak, cukur jambul time baby dulu pun melalak jugak.
Selesai upacara tahnik dan cukur jambul anak perempuan aku ni.
Adalah menyembang sikit, nasib baik meeting aku petang tu shift ke pukul 5 petang. So, adalah masa sikit.
Santai tidur, kepala dah ringan. Huhu

So guys, itu sahajalah cerita entri petang ni. Nama pun dah announce, In Sha Allah lepas ni nak buat aqiqah pulak. Tapi kena tunggu si kecik ni fully recover dulu, lagi elok bila wife pun dah habis berpantang..:-)

No comments:

Post a Comment