Sunday, October 6, 2019

Kisah AKU n Biz Trip @ JB

Assalamualaikum,

Petang ni nampak gayanya bercerita pasal business trip lagi lah. Amboi, bukan main berjalan je kau ni Farid. Haha. Apa boleh buat, dah nama pun kerja. Kalau hari tu ke Penang. Laa ni kita ke Selatan tanah air pulak. The land of Johorean people.
Malam Ahad tu aku bergerak dari rumah ke TPM, sekitar jam 8 malam. Sampai office, terus pick up bro ni. Untuk business trip kali ni aku disertai our new BDE, Ridzuan.
Kami memulakan perjalanan jauh ke Johor around jam 8 malam. Singgah dinner di R&R Ayer Keroh, pekena Nasi Lemak OBR.
Around 1.30 pagi, kami berdua sampai di hotel penginapan, Golden Leaf Inn @ Danga Bay.
Memang sampai je terus tidur, since esoknya aktiviti kami bermula seawal jam 10 pagi. Pagi Isnin, dalam pukul 8.30 pagi kami dah checkout dari hotel. Untuk ke venue event, kami naik Grab since tempat tu quite padat dengan trafik, parking tak payah cerita lah. Memang tak dapatlah Jon.
Ni venue meeting dan site visit kami untuk pagi tu. CIQ Bangunan Sultan Iskandar di JB town. Aku diminta oleh bos untuk guide Ridzuan untuk task ni since he's quite new dengan skop kerja BD ni.
Since lawatan tapak dan meeting ni didalam secured area. So, takde gambar yang dapat aku snap kat sini. Habis je sesi pertama dalam jam 12pm. Sempat lagi brader ni cari CoolBlog.
Aku Heaven & Earth cukuplah. Tak reti minum air fancy ni..:-p
Balik hotel naik Grab. Sampai je terus bergerak ke venue terakhir di CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar @ Tanjung Kupang.
Kat sini sempatlah snap gambar senyap-senyap sikit. Tapi belah luar building lah. Banyak company yg join. Ada dalam 30+ jugak..:-)
Kerja settle. Jom balik KL..:-)
Habis dalam jam 4.30 petang, then gerus shoot ke KL. Trafik sesak dari exit Senai menghala ke Kulai, ada eksiden teruk lori simen terbalik.
Singgah early dinner di port biasa, R&R Machap before mengharung another 2 jam setengah lagi perjalanan sebelum sampai di ofis TPM sekitar jam 9 malam.
Ada lagi makhluk ni. Korang tunggu aku balik ke apa? Haha
Malam tu aku balik carpool dengan Afiq, takde letih sangat sebenarnya. Cuma malas nak drive lagi extra 60km untuk sampai ke Sungai Buaya.

That's all sahaja cerita petang ni. Mesti pelik kan kenapa aku kena involve kerja BD balik kan? Nanti next entry aku story lah ye. Till then, take care semua.

P/S: Last week Newcastle kena bantai dengan Leicester. Haha. 5 - 0 pulak tu. Adehh.

No comments:

Post a Comment