Sunday, October 13, 2019

Kisah AKU n Reinstatement Works @ SILK PKP Sungai Ramal

Assalamualaikum,

Hujan lebat kat sini. Maklumlah musim monsoon sekarang, memang hari-hari hujan. Mata aku ni dah cam apa kalau drive balik rumah. Dia punya silau tu lain macam. Baiklah, nak story sikit minggu ni. Walaupun tak menarik, tapi nak jugak taip untuk make sure blog ni kekal bertahan. Huu
Selasa lepas aku terlibat dengan demobilization of site RFID Fitment Center PKP Sungai Ramal. Buat minor reinstatement sikit kat site yang dahpun kami tutup dua bulan lepas ni. Tapi hari tu tak pakai pun staf-staf FC, biasalah dah tahu perangai diorang camna. Mintak alih barang dalam stor berhawa dingin pun banyak excuse. Apatah kerja luar dan berat camni. Pfft
Seawal jam 11pagi aku, ditemani ayah dan Mat dah sampai di lokasi kerja. Tapi nak menunggu supplier bukan main lama lagi, nak dekat tengahari baru sampai.
Haa, ni lah kerjanya. As a part of reinstatement work, kami diminta oleh pihak SILK untuk repair concrete slab yang menutupi longkang di sekitar kawasan PKP ni.
Ada 20 keping concrete slab yang nak kena replace. Bukannya ringan der, tengok gambar pun dah tahu berat. Berkicap jugak beb walaupun bertiga buat kerja!
Selfie dengan big boss, Mat time ni pergi cari kedai nak beli air. Cuaca panas betul hari tu. Dehydrated aku dibuatnya.
Done! Settle kerja dalam pukul 2 petang. Pastu terus race ke Bangi. Ada site visit kat sana, memang dah arrange pukul 3.
Dengan badan yang berlengas dan otot kesengalan, aku meneruskan aktiviti hari tu dengan brief visit di KWSP Learning Center di Bangi bagi our Mobile RFID fitment service.
Pergi tengok site untuk registration dan fitment. Ada discussion sikit dengan bos besar diorang then sekitar jam 4 petang, kami pun menuju pulang ke Rawang. Nak sambung kerja pun dah tak larat.
Sebelum balik singgah pekena Beriani Gam Johor @ Bangi. Ayah yang recommend, katanya ni port makan dia dulu time kerja kat Bangi. Memang marvelous. Pemurah betul bagi banyak kambing. Huu
Seronoknya anak ayah ni ibu belikan car seat baru. Huhu.

Itu je cerita hari ni. Haha. Macam cakap awal-awal tadi. Entri asal boleh je ni..:-p

P/S: Pishang sia international break. Takde EPL, baru syok nakk tengok after Newcastle beat MU 1-0 last week. Huhu

No comments:

Post a Comment