Sunday, January 20, 2019

Kisah AKU n Afiqa's Wedding @ Institut Kraf Negara

Assalamualaikum,

Kering Sungai Buaya hari ni, tak hujan langsung. Dari pagi sampai kepetang ni panas semacam je. Okaylah, before sambung main game ni ingat nak story sikit aktiviti hujung minggu yang aku spend keseorangan tanpa isteri tersayang disisi. Sobs, rasa kosong pulak rumah ni takde budak kecik tu. Tadi aku berkesempatan memenuhi undangan rakan sekelas, Afiqa yang melangsungkan persandingan hari ini di Rawang.
Tapi rasanya nak menyelit sikit cerita a day before. Seperti yang dah mentioned, hujung minggu ni aku keseorangan kat rumah. Nak dijadikan cerita lepas balik dari TPM semalam, aku memang terus lepak kat ruang tamu je sampai ke Maghrib. Tak pergi kemana pun, cuma kekadang pergi toilet. Malam tu malas nak keluar, so ceritanya nak masaklah. Bukak je peti ais, tengok bahagian freezer tu dah penuh ais. Nak tunggu defrost pun take time, so aku off fridge tu then amik hammer. Haha. Gambar ni kira dah nak settle jugak, before tu bukan main tebal lagi. Syok beb main ais batu. Hihi
Alang-alang dah basah, aku plan nak buat spring cleaning malam tu jugak. Habis satu rumah aku mop dari atas sampai bawah, bilik baju je tak mop..:-)
Memang selalu cakap dengan Ija nak cuci rumah, tapi tak terbuat. Maklumlah hujung minggu asyik terganggu je. Tengok macam minggu ni lah, tak memasal wife aku tu kena kerja time Thaipusam. Pissed off jugak aku dengan bos dia tu. Ada ke suruh staf kerja time public holiday. Aku baru ingat nak keluar pergi tengok wayang, karok ke. Maklumlah claim dah masuk. Huhu
Sambil tunggu lantai dapur kering, lipatlah sikit baju yang wife basuh last week. Yelah, dari hari Rabu lepas kot kitorang tak balik rumah. At least Ija balik Selasa ni, takdelah dia penat nak buat kerja rumah. Cik abang dah tolong clearkan apa yang patut..:-)
Makan Maggi Tomyam sambil tengok The Clone Wars. Bila lagi nak rasa macam life zaman UiTM ni..:-p
Pukul 11 tengok game Newcastle lawan Cardiff. Alhamdulillah, perlawanan memihak kepada Rafa's Boys dengan keputusan 3-0. Gol-gol dijaringkan Fabian Schar dan juga our marvellous Ayoze Perez. Good job Lads!
Pagi Ahad seawal jam 8 pagi dah bangun buat breakfast. Saja makan awal sikit, sebab nak attend wedding kat Templer Park. Huhu
Majlis yang menyatukan kedua-dua rakan sekelas aku ketika menuntut di SMKBSB, Nazirul dan Afiqa ni berlangsung di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Templer.
Tengah tunggu turn nak amik gambar. Memang ramai jumpa rakan-rakan seperjuangan dulu. Tapi tulah, gambar banyak kat kamera Ubai. Nanti kalau dah dapat, aku revise balik entri ni..:-)
Bergambar kenangan bersama pasangan yang diraikan pada hari itu..:-)
Sesi wajib bila attend majlis kahwin - melayan Teh Tarik. Syahdu beb minum sambil ditemani bayu Bukit Templer. Buat pulak cuaca kat sini tadi redup. Around 3pm, kami meminta izin hos majlis untuk beredar meninggalkan majlis.
Ohh lupa pulak nak mention, untuk wedding ni aku ditemani rakan sekelas jugak, Dolah. Haha
Petang sambung buat kerja zaman bujang - karok. Tapi, kat rumah je lah. Itupun tune bagi ngam-ngam, takut menganggu jiran sebelah pulak..:-p

Orait geng, that's all untuk entri petang ni. Plan nak sambung main Far Cry jap, kalau tidur sekarang mau hanyut sampai ketengah malam nanti. Untuk pasangan yang diraikan hari ni, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga pernikahan korang sentiasa dipenuhi rahmat Allah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan juga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment