Tuesday, January 1, 2019

Kisah AKU n 2019 Resolution

Assalamualaikum 2019,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2019. Tahun 2018 seperti yang dijangka telah memberi banyak cerita suka dan duka kepada aku. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2019 ni genap tahun kesembilan aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah nak dekat 10 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. 

Kerjaya: Ogos 2019 bakal menjadi tahun ketiga aku di Quatriz dan MTD GroupTahun lepas kerjaya aku kat sini bercampur baur. Sedih sebab been denied promotion dan increment, happy pulak sebab dapat explore duty baru at my new department. Diharap tahun ni aku dapat lah a deserved recognition dan reward yang setimpal dengan usaha yang aku curahkan kepada syarikat.

Aset: Repeating azam tahun lepas yang failed disebabkan external issue yang tak settle-settle, tahun ni aku akan try lagi untuk secure unit rumah yang aku duduk sekarang. As for now, owner tu bagi stay dulu sementara nak menunggu geran settle. Hopefully cepatlah sikit prosesnya. Dah lama aku dok tunggu ni. Huu

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan juga suami yang awesome untuk family yang baru sahaja aku bina bersama Ija..:-)

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2019 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab baru yang akanku tanggung dalam mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

No comments:

Post a Comment