Sunday, February 18, 2018

Kisah AKU n Mee Hailam Perak @ Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Selamat malam everyone. Dengarnya cuti dah habis, esok kena kerja lah kan? Huu. Aku kalau ikutkan apply annual leave esok, tapi terpaksa cancel sebab nak kejar masa since pasni nak berhadapan dengan dua tender submission dan SIRIM external audit. Bila nak habiskan baki cuti yang berlambak tu pun aku tak tau. Okay, malas nak cerita pasal office kat sini. Jom kita sembang pasal makan. Everyone loves to eat, including me. Makanan yang aku nak cerita dalam entri ni memang my all time favorite yang always kekal as my ranking number one - iaitu Mee Hailam Perak
Untuk memenuhkan entri malam ni, aku nak share sikit aktiviti hari Ahad. Seawal jam 5.30 pagi aku dah bergerak ke Nilai bersama ayah untuk menghantar my one and only brother ni. Saja gerak awal, at least sampai rumah still pagi. Boleh sambung tidur balik. Huu. 
Bila dah sampai R&R Nilai ni, tak lain tak bukan kenalah pekena Nasi Lemak Manjo. Takpe nanti setiap tahun hang balik raya ke Serkam boleh singgah makan kat sini..:-)
Sampai Nilai jam 7 pagi seperti yang dijangka.
Sempatlah melepas rindu menunggang motor legend ni. Banyak beb jasa dia dengan aku. Dengan motor ni lah aku menimba ilmu kat UiTM dulu. Still ingat time hujan lebat kat gate belakang UiTM Seksyen 7, kami basah sama-sama. Nak langgar traffic light takut kena langgar dengan lori pulak. Sedih. Sobs. Sekarang motor ni aku dah turunkan kat adik. Alhamdulillah, budak tu still jaga dia dengan baik..:-)
Haa, ni lah main cream untuk entri malam ni. Port baru untuk melepaskan gian makan Mee Hailam Perak. As you guys know, aku ni memang layan gila dengan mee ni. Maklumlah dah mak ayah orang Perak, secara tak langsung menurun kat aku. Haha. Ceritanya bermula minggu lepas, ayah kata ada orang jual Mee Hailam Perak kat Bukit Sentosa. Mula-mula tak caya jugak, bila pergi tadi memang rupanya ada.
Tengok ni guys. Jenis mee yang sama tebal, daging yang sama lembut, kaler kuah yang sama pekat dan yang paling penting rasa yang SAMA!
Memang puas hati, at least jumpa jugak tempat melepaskan rindu kami kat kampung. Pasni tak payah susah-susah menempuh perjalanan sejauh 200km semata-mata nak mengelam. Bro Syazwan first time try tadi, kitorang ajak jugak..:-)
Sesi menghirup kuah sampai licin. Ni dah jadi rutin biasalah. Baru nikmat sampai ke titisan kuah terakhir. Huu
Haha, licin beb! Berpeluh jugak nak melicinkan pinggan ni tadi sebab terletak banyak sambal pulak. 

Okaylah, simple je entri malam ni. Saja nak share port makan baru. Untuk anak-anak perantau Perak yang berada kat Selangor, khususnya di area Rawang dan sewaktu dengannya. Boleh datang Yob Corner yang terletak berdekatan 7E Bukit Sentosa. Datang dan nikmati sendiri kepoweran Mee Hailam Perak Bukit Sentosa. Dijamin tak menyesal, confirm tapau sebungkus bawak balik..:-)

P/S: Tapi still Mee Hailam Kampung Tengah the best, sebab ada nilai nostalgia untuk kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment