Saturday, February 17, 2018

Kisah AKU n Wedding @ IDCC Shah Alam

Assalamualaikum,

Okay, entri kedua malam ni sebenarnya nak cerita aktiviti hujung minggu aku dengan family. Minggu orang kahwin nampaknya. Haha. Hari ni saja ada dua wedding aku attend dengan ayah. Ada juga beberapa rakan UiTM yang menamatkan zaman bujang/dara minggu ni. Selamat ye untuk korang, In Sha Allah aku menyusul pulak nanti. Amin.
Seawal jam 11 lagi aku dan ayah dah bergerak dari Rawang ke destinasi wedding pertama di Dato' Keramat. Lalu DUKE je tadi, memang quite pantas jugak sampai. Buat pulak jalan okay, maybe Cina pun still tengah raya. Huu
Ayah bersama Tn. Wazir, hos majlis pada hari ni. Ni sedara mara belah family ayah. Datang sini makan je, tak sempat jumpa pengantin sebab diorang pun tak sampai lagi. Huu
Sekitar jam 12.30 kami meminta izin Tn. Wazir untuk beransur. Maklumlah, nak kejar satu lagi majlis. Event untuk wedding satu lagi ni berlangsung di IDCC Shah Alam. Walaupun aku menetap kat Shah Alam, tapi tak pernah pergi pun tempat ni. Sesat jugaklah tadi. Haha
Majlis yang menyatukan Hassan dan Hidayah ni dihoskan oleh Tn. Marzuki, rakan sejawat ayah ketika berkhidmat bersama PETRONAS dulu. Ayah bersama rakan-rakan seperjuangan sepanjang hampir 30 tahun didalam industri minyak dan gas. 
Selagi belum majlis aku ni terpaksalah ringankan kaki ikut ayah pergi wedding anak kawan-kawan dia. Kata-kata berbaur ugutan tu dah biasa dengar. Haha
Kami sampai rumah dalam pukul 3 petang. Memang aku tertidur lah sampai nak ke Maghrib, mengantuk beb! Dah la cuaca agak panas sekarang ni. Bangun je Syazwan kata dah booked table kat restoran favorite aku. Mamai jugak time tu, bila pulak aku ada restoran favorite. Rupa-rupanya kat Mohd Chan Bukit Beruntung tu! Haha
Ada betulnya jugak. Masuk ni dah kali keenam aku makan kat sini. Bukan apa, masakan sedap. Parking senang. Nak datang pun tak jem. Suasana restoran yang cozy. Air conditioned, lengkap dengan fasiliti seperti tandas dan surau yang bersih..:-)
Order my favorite Homemade Chicken Roll. Ni menu wajib kalau aku datang makan kat sini. Memang sedap!
Jarang dapat gather macam ni. Kalau ada pun mesti tak cukup quorum..:-p
Eh, si Kentang pun ada tadi. Baru ingat nak bagi kat chef buat Kentang Masak Cili. Huu. Aku rasa restoran ni lagi banyak kenangan dengan Along. Before kahwin makan sini, dah kahwin pernah datang sini, time pregnant pun sama. Laa ni, anak dah keluar pun makan sini jugak. Haha

That's the wrap untuk entri malam ni, sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan raja sehari yang baru selamat mendirikan masjid mereka. Semoga pernikahan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.

1 comment:

  1. Homestay kami mempunyai perabot dan kemudahan lengkap seperti:

    RUANG TAMU, BILIK UTAMA & BILIK QUEEN (Lihat Gambar)

    Sistem penghawa dingin di bilik ruang tamu
    1 katil queen size
    1 katil double size
    1 katil single size
    2 unit almari pakaian
    1 unit seterika dan papan seterika
    3 unit ampaian pakaian
    2 unit tandas berasingan
    5 unit kipas siling ( di ruang tamu, ruang makan & setiap bilik )
    1 set meja solek
    1 set meja komputer
    1 set TV LCD & Hypp TV (UNIFI) dengan FREE Internet 24jam
    2 set sofa
    1 set meja makan
    1 unit peti sejuk
    1 unit mesin basuh
    1 unit periuk nasi elektrik
    1 unit cerek elektrik
    1 unit pembakar roti
    1 unit water filter
    Karpet & Tikar buluh
    Tilam dan bantal simpanan
    Dapur lengkap dengan peralatan memasak
    Bilik solat untuk muslim

    Harga homestay antara yang termurah di Shah Alam & Klang hanya RM180 untuk 2H1M termasuk FREE internet UNIFI 24jam sehari

    Rumah teres setingkat dan lot tepi berdekatan taman permainan kanak2 dan boleh parking kereta lebih dari 2 buah kenderaan.

    ReplyDelete