Sunday, January 7, 2018

Kisah AKU n Steamboat @ Red Wok Bangi

Assalamualaikum,

Dah lama beb tak tidur dalam kereta ni. Haha. Eh, dah kenapa hang ni? Kena halau dari rumah ke? Bukanlah, aku sekarang ni tengah berkursus dekat Bandar Tasik Selatan. Since bendanya dua hari, so aku decide untuk stay kat sini je untuk penjimatan kos. Okaylah, yang tu nanti sembang lain. Malam ni aku nak share aktiviti Jumaat lepas bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz.
Minggu lepas aku kerja tiga hari je. Isnin cuti new year, Selasa aku amik annual leave pergi hantar Blueniey buat free inspection.
Sempat jugaklah snap tempat aku menuntut ilmu selama 5 tahun ni sambil tengok budak-budak masuk sekolah.
Kat office minggu ni penuh dengan meeting je especially Khamis. Ada courtesy visit from JPJ dan DNEX, plus meeting with people from JAKIM.
Jumaat pagi aku di HQ, petang after solat aku bergegas ke TPM untuk bersama-sama join satu farewell event. Siap ada kek segala bagai ni. Haha
Lepas Maghrib aku berkesempatan join diorang ke Red Wok Steamboat & Grill yang terletak di Bangi. Sebenarnya paksa rela jugak. Tak memasal ada yang dah register nama aku dalam senarai attendee. Huu
Sebuah restoran yang cantik dekorasinya. Memang luas dan tak padat. Sesuai untuk buat gathering event such as birthday, farewell party dan sebagainya. Since sini open, walaupun ramai orang tak terasa bising which is good untuk bersembang..:-)
Game on!
Fahshan dan seafood beliau. Tak lupa jugak a ton of cendawan yang bro ni melantak semalam. Huu
Tiga serangkai - Kerol, Arief, Syah. Orang-orang penting Quatriz ni. Haha
Aku bersama Azman. Kalau nak tau gathering kami semalam untuk meraikan hari terakhir bro ni dan satu lagi staf praktikal kami, Fatihin. Since bonding memang agak close, kami decided to throw a farewell party lah untuk diorang ni.
Kat sini satu kepala kena bayar RM40. Well, bagi aku boleh tahan costly jugak since dekat Capsicum just bayar RM15 je per head. Nak kata sini banyak variety, aku tengok lebih kurang je.
Dari kanan: Azrul, Ira, Zaaba..:-)
Ada jugak 'orang luar' tadi. Nik staf LLM Dan juga ex-staff Quatriz, Kak Nita.
Syah bersama Fatihin. Pasni jadi budak Bangsar dah. Huu
Event organizer, Ima. Kau dah kenapa buat muka camtu Azie? Haha
Cam biasa dah start anti social budak-budak ni. Karang ada telefon yang aku rebus dalam tu..:-p
Macam biasalah adab yang diajar mak kat restoran. Tolong mengemas meja. Seronok beb bila waiter tu cakap terima kasih. Rasa dihargai gitu. Huu
Bergambar kenangan bersama-sama sebelum menamatkan program malam tu. Kami bergerak pulang ke TPM sekitar jam 11 malam. Drop budak-budak yang carpool and finally made my way to Sungai Buaya.

Memang kenyang gila semalam. Thanks ye kepada staf-staf TPM especially event organizer yang sudi mengajak aku sebagai wakil staf HQ. Yo yo o je. Haha. Untuk Azman dan Fatihin, semoga dipermudahkan urusan korang di tempat baru. God Speed!

No comments:

Post a Comment