Sunday, January 7, 2018

Kisah AKU n Kursus Pra Perkahwinan @ Bandar Tasik Selatan

Assalamualaikum,

Aku baru saja menamatkan kursus pra perkahwinan selama dua hari di Bandar Tasik Selatan petang tadi. Memang lemau beb drive balik rumah all the way dari Bukit Jalil ke Rawang. Dengan tak cukup tidurnya, tu belum kira salah postur tidur lagi yang membawa ke sengal-sengal tangan aku ni. Sampai rumah dalam jam 6.15 petang tadi memang aku ketiduran jugak sampai jam 9 malam. Habis Maghrib gua. Sedangkan baru je tanam azam nak solat on time. Haha
Jom kita mulakan cerita dengan berita tergempar. Tanggal 4 Januari 2018, Along selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Kuala Lumpur yang diberi nama Ilhan Mikail. Perghh, aku dah jadi pakcik beb. Yo baby, you can call me Acik Ferdi. Nak lagi cool panggil bro je. No hal. Hii
Untuk kursus ni asalnya aku nak pergi sendiri je dekat Masjid KKB Hulu Selangor. Tapi pada masa yang sama ada jugak minta cik tunang survey dekat area Bukit Jalil tu. Kot lah kalau nak pergi sekali kan sebab both of us belum berpeluang pergi kursus ni. Walaupun kat Pusat Islam UiTM tu memang rasanya setiap semester ada buat. Maybe tak sampai seru lagi kot time tu. Huu
Kursus ni berlangsung di Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Berhampiran Terminal Bersepadu Selatan. If rajin, korang boleh klik website ni untuk ke laman web rasmi. Yuran pendaftaran sebanyak RM 100 merangkumi material kursus seperti buku Gerbang Perkahwinan, file folder dan juga sijil. Makan minum juga disediakan untuk para peserta yang hadir. Kat sini parking memang quite pack tapi kalau you all datang awal memang ada je parking space. Untuk hari pertama kursus bermula sekitar jam 2 sehingga 7 petang, meliputi tiga modul iaitu Ibadah & Akidah, Komunikasi Suami Isteri & Akhlak dan juga Conflict Management & Stress Handling.
Habis je hari pertama, aku dan Ija ke IOI Mall Puchong for a dinner dan window shopping. Nak shopping still awal bulan beb, karang ada yang makan maggi nanti. Haha
Plan macam nak tengok wayang, tapi takde cite best pulak. Takkan nak tengok Star Wars lagi. Huu
Sudanhya berjalan-jalan je kat mall ni. Singgah DAISO, Popular, Toy R' Us. Survey dulu kot lah ada barang-barang rumah yang boleh beli dulu..:-p
Dinner kat Leleh' around 9pm sambil bersembang intipati kursus hari pertama tadi..:-)
Sampai Bukit Jalil dalam jam 10.30 malam. Hantar Ija balik condo kat area Jalil Perkasa ni. Kalau ikut plan asal aku nak tidur office TPM je. Kunci pendua pun ada. Tapi tak taulah kenapa malas sangat nak ke sana walaupun tak sampai 10km. Sudahnya aku decide untuk bermalam dekat tepi jalan bersebelahan Green Avenue Condo ni. At least esoknya boleh tumpang mandi dan Subuh dekat surau berdekatan. Tapi tak payah cakaplah peritnya nak tidur almost 6 jam dalam kereta. Dah tu bukak tingkap sikit, mulalah nyamuk masuk. Nak berselubung panas pulak. Memang tidur ayam je malam tu. Sejam tidur, pastu setengah jam terjaga. Tidur balik sejam, then terjaga lagi dan berterusan sampai pukul 6 pagi.
Untuk hari kedua, kami bergerak awal since kuliah dijadualkan bermula jam 9 pagi. Antara modul yang diketengahkan pada hari ini termasuklah Pengurusan Masa & Kewangan, Hubungan Dalam Keluarga, Pengurusan Kesihatan, Prosedur Perkahwinan dan akhir sekali Pembubaran Perkahwinan. Habis awal tadi dalam pukul 5 petang, aku terus hantar Ija ke rumah dan terus shoot my way to Bandar Sungai Buaya dalam kelemauan terlampau.

Untuk kawan-kawan yang tinggal di Selatan Kuala Lumpur yang merancang untuk berkahwin tahun ini, ataupun nak menimba ilmu tentang alam perkahwinan. Bolehlah contact En. Anwar di: 
019-6926772 / 019-3221267 / 017-6552318 
ataupun e-mel sahaja di:
admin@kursuskahwinbts.com 

Huu. Aku tolong promote ni sebab memang berbaloi kalau korang join kursus kahwin kat sini. Overall memang terbaik! Kemudahan yang lengkap, penceramah yang berpengalaman dan juga staf yang sedia membantu tidak kira masa. Apa-apapun diharap agar aku dan Ija dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam urusan harian kami bergelar suami isteri kelak, dan juga membina keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah. Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment