Thursday, July 27, 2017

Kisah AKU n Majlis Penutup Syawal 2017

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak share satu cerita yang dah agak basi jugak sebenarnya. Yelah cerita Isnin lepas baru nak update. Ahh, takpelah. Yang penting blog ni sentiasa diisi dengan stories walaupun hampeh. Haha. Okaylah, Isnin hari tu bersamaan 24 Julai 2017, dekat AlloyMtd ada buat jamuan ringkas sikit di Level 4 tempat aku bekerja. Nak tahu event apa? Jom lah baca sikit.
Haa, tengok pun dah tau. Betul tu! Isnin lepas merupakan hari terakhir Syawal untuk tahun ni. Jadi, Level 4 sepakat nak organize sebuah majlis bagi menutup Aidilfitri 2017. Macam tu pun ada eh? 
Event bermula sekitar jam 12 tengah hari dimulakan ucapan oleh Big Boss Level 4, En.Tarmizi. For you guys punya information, Level 4 Menara AlloyMtd ni didiami oleh beberapa entiti yang bernaung dibawah the Group iaitu MTD Construction, Terratech Consultants, Alloy Maintenance & Engineering dan juga Quatriz System.
Jemput makan semua. Selain staf disini, ada juga staf-staf dari Division dan subsidiaries dari level lain yang join memeriahkan majlis.
Staf Quatriz yang berpusat di HQ with exception our boss, Mdm. Zihan. Ehh, belum ready lagi ni..:-p
Haa, hat ni baru proper sikit. Dari kiri: Matt, Farid, Ain, Amelia dan Nurul.
Bergambar di deko yang disediakan. All picture yang takde watermark credit to Kak Ain.
Okaylah ni cerita selingan untuk tonight's entry dan ianya berkaitan my day hari ni. Masuk lambat pagi tadi berikutan kemalangan maut di Sungai Buloh. Bayangkanlah biasa kalau aku keluar rumah 7.30 pagi sampai kira-kira 8.10. Yang tadi sampai jam 9.30!! 
Ehh, apa ni?? Haa ni lah aku nak cerita. Nombor ni dari semalam call + message aku sebenarnya. Since semalam pun aku banyak kerja, memang takde masa lah nak melayan. Malam semalam jugak aku dapat rasa ada something wrong dengan si Aina tu. Tiba-tiba je kata ada benda nak discuss tapi kami postponed petang tadi since aku agak keletihan. Nak dijadikan cerita, this afternoon seperti yang dijangka Aina minta clash kat aku just after 2 weeks kami bersama. Memang before ni dia ada mentioned pasal ex-boyfriend, tapi aku tak sangka seawal ni dia datang. Petang tadi shortly after we agreed to part away, kebetulan nombor ni call. Aku pickup lah jugak call bro ni and kami berbincang secara baiklah. 
Well, seperti yang korang tengok agak matang cara kami berbincang ye. Haha. Sebab tu orang cakap, laki ni senang buat kawan. Pasal girlfriend pun boleh jadi bahan bersembang, siap boleh wish the best, jangan lupa jemput time kenduri lagi tu. Yelah aku faham, cinta pertama memang susah nak let go. Buat pulak bila dah lama bersama. Tu yang kadang-kadang susah nak move on.  
Lepas bersembang aku sambung masuk meeting, buat kerja macam biasa. Nampak macam okay, tapi dalam hati Tuhan je lah yang tahu.
Sementara tunggu lif nak balik. Sempatlah merenung keluar memikirkan nasib. Lepas satu-satu crumbled. Kadang-kadang terfikir balik sebab ni lah kenapa aku malas nak mencari dah, tapi kalau tak cari karang takut membujang sampai ke tua. Flirting skill tu memanglah ada lagi tapi tengok sendirilah hasil-hasilnya. Haha

P/S: Radio pun macam tau je mood aku. Elok aku drive nak balik lagu Sakura Band - Melepaskanmu  keluar. Nak masuk Tol Sungai Buaya lagu iamNeeta -Sakit pulak keluar. Cb sungguh..:-p

No comments:

Post a Comment