Tuesday, July 18, 2017

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri Quatriz

Assalamualaikum,

Pertamanya sekali ingin aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada visitor, reader yang singgah blog ni. Tak dinafikan tahun ni punya Diari Raya memang meriah, bermula dari 3 entri wajib hampir sebulan lepas. Ianya terus berkembang dengan menyajikan cerita berkenaan open house Syawal yang aku join untuk tahun ni - SIRIM, LITRAK, Touch n Go, AlloyMtd dan yang terakhir sekali, sudah tentunya dari company yang tersayang, Quatriz System. Jadi, entri malam ni aku nak kongsi sikit kemeriahan rumah terbuka raya kami semalam.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Quatriz berlangsung di our site office yang terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Reason pemilihan venue ini ialah since disini kami ada premis sendiri yang agak spacious sesuai untuk event, as compared to our HQ yang berkongsi level dengan subsidiaries lain under the Group.  
Huhu. Awal pagi lagi dah amik gambar. Takdelah awal sangat, 9.40 jugak aku sampai office tadi. Semuanya gara-gara miscommunication. Kata akak-akak tu nak carpool sekali, elok je aku sampai HQ diorang kata dah gerak. Kalau tahu aku datang dari rumah je tadi. Huu
Preparing the food counter. Menu utama kami semalam ialah Nasi Tomato, Sate, Bihun Goreng dan juga a variety of makanan wajib raya seperti lemang, ketupat, nasi himpit dan lain-lain. Ada jugak beberapa jenis deserts yang dibawa several staff untuk majlis ni.
Dah kenapa ni? Kome dok tunggu siapa?
Sudah tentunya, majlis sebegini memerlukan ucaptama dari pihak pengurusan dan juga bacaan doa oleh Saudara Izuwan bagi memberkati majlis.
Eh-eh, belum boleh makan lagi. We go for a photoshoot session dulu. Kalau makan dulu, nanti kenyang dah tak larat nak bergambar.
Pn. Zihan with staf-staf wanita Quatriz yang cantik semuanya. Majoriti mereka ni berpusat di Bukit Jalil..:-)
En. Nizam with staf-staf lelaki Quatriz yang smart-smart. Well, most of them based dekat TPM ni, with exception aku dan Matt yang bertugas di HQ. 
Haa, baru boleh makan!
Tapi sebagai photographer of the day, aku kenalah cover moment open house kami tadi. Tangan kanan pegang DSLR, belah kiri pakai Lenovo ni. Bukan apa, gambar dalam henset cepat sikit aku boleh update blog..:-)
Elok je meja kemas waktu awal-awal makan. Sejam lepas tu dah tak serupa meja. Haha
Bergambar bersama Nik dan Ira. Bukan selalu jumpa budak-budak TPM ni..-)
Bersepah-sepah port makan. Haha
Pasangan bahagia. Matching kaler baju semalam..:-p
Barulah boleh proper sikit amik gambar. Tu pun sebab Prathab nak sangat jadi cameraman. Memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Huhu
Our ex-intern, Zakir (far right) pun ada datang memeriahkan majlis. 
Bos bagi duit raya surprise. Kenapa Surprise? Sebab korang tak tahu berapa isi dalamnya. Random habis ni, nasiblah dapat berapa. Berapa dapat? Cukuplah tuang minyak half tank. Hehe
Open house kami ditutup dalam pukul 4 petang. Yang diorang ni resume the work, aku pulak stay sini je lah. Nak balik HQ buat apa, sampai pun konfirm orang dah nak balik. Haha

So guys, that's all for tonight's entry. Memang puas hati betul raya tahun ni, bersepah-sepah open house aku pergi. Haha. Cuma tengah nak decide lagi whether nak melawat bro-bro dekat Shah Alam atau tak. Dah lah bulan puasa hari tu takde rezeki nak gather. Kali ni rasa macam nak melawat, tapi tengah dalam proses budget restructuring after hampir pokai lepas Raya hari tu. Ni pun nasib balik claim dah masuk.

No comments:

Post a Comment