Friday, May 20, 2016

Kisah AKU n Interview Pegawai Penyelidik N41 - SEARCCT

Assalamualaikum,

Fuhh, pening kepala beb. Ni semua gara-gara interview pagi tadi. Baiklah, malam ni ingat nak berkongsi pengalaman menghadiri temuduga bersama SEARCCT. Untuk siapa yang tak familiar dengan organisasi ni, let me brief a little bit. SEARCCT membawa maksud South East Asia Regional Center for Counter-Terrorism. Sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Luar Negeri Malaysia yang bertanggungjawab menjadi sebuah pusat latihan dan kajian untuk pencegahan keganasan di rantau Asia Tenggara. 
Minggu ni ada 2 undangan temuduga. Yang pertama pada hari Rabu di Malpro Industri (HQ - gambar atas ni). Yang kedua pulak di SEARCCT. Maybe ada rezeki aku kat one of these interview, who knows?
So, ceritanya. Minggu lepas aku memohon untuk jawatan Pegawai Penyelidik Sains Sosial Gred N41 dan just this Wednesday, aku terima call dari SEARCCT mengatakan aku telah disenarai pendek untuk temuduga.
Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah sampai di Kompleks SEARCCT di Bukit Persekutuan. Melilau jugak aku mencari tadi, mana taknya pejabat kedalam jugak dan agak terpencil. Mestilah, tempat ni boleh dikatakan prohibited area jugak for public - highly classified.
Sesi temuduga aku bermula pada jam 9 pagi. Briefing from pegawai bertugas, ada 50 application untuk jawatan ni - 20 shortlisted dan hanya 2 orang sahaja yang akan dimasukkan dalam perkhidmatan. Haha, time ni dah start sindrom PTD aku. Mana taknya yang lagi 19 tu bukan calang-calang beb! PhD in Criminology, Master in International Relations, Master in Strategic Studies, Degree in Global Affairs. Buat pulak ada antara mereka yang bekhidmat dengan Kementerian. Perghh, bayangkan lah betapa kecilnya aku time tu. Tapi, aku tetap bertahan atas dasar ingin tahu proses temuduga tu. 

Sesi pertama ialah written assessment. Time ni pun aku dah stumbled. Soalan punya lah rare. 
  1. Apa beza Al-Qaeda dan ISIS? 
  2. Apa peranan media sosial didalam operasi DAESH? 
  3. Apa yang anda faham mengenai Khatibah Nusantara? 
  4. Siapakah target audience bagi terrorist group? 
WTF kan..haha. Memang time short break tu rasa nak cabut je beb! Shortly after that test, aku dan 3 calon dibawa untuk group interview (takde sesi individual interview kat sini tau) bersama panel yang terdiri daripada Pengarah SEARCCT, Datin Paduka Rashidah Ramli berserta 2 orang pegawai kanan SEARCCT, En. Thomas Samuel (Pengarah - Kajian & Penerbitan), En. Hasril Hamid (Pengarah - Pentadbiran) dan juga seorang pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri. Dalam group discussion ni jangan cakap lah macam mana. Dah written assessment pun camtu, apatah lagi face to face interview. Berbagai soalan berkenaan terrorism, counter-terrorism yang ditanya panel. Walaupun setengah jam je sesi terakhir ni, tapi rasa lama je dalam bilik tu. Tips nya simple. Bila ditanya jawab, jangan diam or give no comment.
Shortly before 1PM - the session concluded. Ada lah dapat gift from SEARCCT, 2 monographs published by Research Division of SEARCCT. Boleh lah buat baca-baca sikit kat rumah while waiting for another interview - tu pun kalau ada..:-p
Ingat nak terus balik, tapi rasanya macam syok jugak solat dekat Masjid Negara. For you guys punya information, ni lah kali pertama aku bersolat Jumaat kat Masjid Negara ni. Ada hikmahnya datang temuduga ni tau..huu
Hujan lebat tadi, so pekena cendol dulu before balik. Nak makan tak larat dah, mengenang nasib dihentam bertubi-tubi tadi..:-)
Jadi, itu lah pengalaman aku menghadiri satu lagi temuduga didalam perkhidmatan awam. Memang eye opening dan totally different dengan interview session didalam sektor swasta. Ye lah, yang panel interviewnya orang besar-besar, JUSA A kau! haha. Bergetar jugak lah lutut gua. Apa-apapun, melihatkan prestasi dan juga saingan yang berkualiti, aku tak mengharapkan apa-apa dari temuduga ni. Cukuplah sekadar mengumpul pengalaman untuk bersedia dengan lebih baik lagi di masa yang mendatang. Kalau terpilih tu memang rezeki lah, kalau tak terpilih pun aku tetap rasa bangga dengan diri ini. Menutup entri malam ni, ribuan terima kasih aku ucapkan kepada Pihak SEARCCT untuk peluang ni dan diharap dapat mencari calon yang terbaik untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

Sekian, Terima Kasih.

P/S: Sampai rumah je terus shoot ke Kuala Kangsar. Penat nya!

No comments:

Post a Comment