Assalamualaikum,
Sementara nak tunggu 8.30 untuk match pertama Newcastle United untuk BPL 2015/16 ni elok lah kalau aku menaip entri. Habis game nanti boleh tidur. Okay lah, malam ni nak story sikit pasal aktiviti malam minggu aku semalam.
Seawal pukul 7.30 pagi aku dah bergerak meninggalkan Sungai Buaya, hantar kakak aku ke Taman Tasik Titiwangsa. Company dia ada join event anjuran Kementerian, bukak booth kat sana. Sesak gila area taman tasik tu semalam, aku sempat drop dia je since nanti dia balik dengan kawan-kawan.
Pukul 7 petang aku and Bro Faris menuju ke Shah Alam, bawak dia pergi Uptown beli baju, kasut etc. Sampai situ around 8.30 PM, dinner dulu mengumpul tenaga before exploring the entire Uptown Shah Alam yang macam labyrinth tu..:-)
Macam-macam ada kat Uptown Shah Alam ni. Korang cakap je lah, mesti ada terjumpa. Dari kedai makan, massage parlour, kedai pakaian, kedai jual barang-barang survival sampailah benda-benda antik yang rare. Semua ada kat sini. La ni penuh dengan orang jual vape tu.Tapi dalam banyak-banyak kedai pakaian yang ada kat sini, ada satu je yang betul-betul tempat fevret aku kalau nak beli baju formal iaitu kat UA Boutique. Baju slim fit, slack pun slim fit. Semuanya menepati cita rasa aku, walaupun tak sedar diri yang badan making mengembang..haha
Haa, stylo kan. Kedai ni aircond pun ada, nampak cool sikit..huu. Kalau korang yang belum berkesempatan nak kesini, silalah cari facebook page UA Boutique. Kat situ order lah sampai lebam, and diorang akan hantarkan kat depan pintu rumah korang. Eh, sejak bila jadi duta tak berbayar ni? huhu
Hasil rompakan berbayar kami semalam. Semuanya tak lebih RM 300 pun korang. Aku personally beli 3 helai baju kemeja dan 2 slacks. Yang adik aku beli tak pasti lah pulak. Berbaloi gila beb, kalau pergi Parkson confirm dah berganda-ganda ni..-)
Shah Alam banjir kilat semalam, so from plan nak balik pukul 10 jadi tertunda sampai pukul 10.30.
Memandu secara berhemah since still hujan lebat dan keadaan jalan yang licin..huu. Dalam pukul 11.10 PM, kami pun sampai Sungai Buaya.
Sampai je rumah, sembahyang Isya pastu terus amik kunci motor and sambung lepak dengan my loyal comrades kat Medan..haha, gila betul kan aku ni. Tak reti penat ke? Takpe bak kata lecturer aku, laki yang suka lepak dengan kawan sebelum kahwin ni biasanya bila dah berkeluarga diorang suka duduk rumah je. Sebab dah puas melepak dengan kawan-kawan time bujang dulu..:-)
Oopps, dah pukul 8.50. Okay guys, gotta go now. Terlambat dah nak tengok opening match ni. Babai!
No comments:
Post a Comment