Saturday, August 15, 2015

Kisah AKU n Sambutan Hari Raya OROGENIC Group

Assalamualaikum,

Petang tadi aku dan family menghadiri rumah terbuka anjuran bekas majikan aku kat Bukit Jelutong. Majlis start seawal pukul 11.30 pagi dan Wisma OROGENIC terus dibuka sampai pukul 4.30 petang.
Since pergi tadi pun satu family, so aku drive Proton Waja ni. Bukan tak nak bawak Myvi tu, tapi takut nanti berhimpit pulak diorang kat belakang. Maklumlah, kereta kecik je macam owner dia..:-)
Ketibaan sekitar jam 1 petang.
Haa, ni lah Wisma OROGENIC, bertempat kat Jalan Astaka, Seksyen U8 Bukit Jelutong, Shah Alam. Bangunan ni merupakan tempat aku berpraktikal awal tahun 2014 yang lepas, menjadi medan aku mengumpul ilmu dalam bidang pengurusan kualiti dan juga corporate planning.
Banyak stalls yang dibuka tadi. Ada stall buah-buahan tempatan, stall cendol pulut, lagi ada stall Beriyani Kashmir and yang paling penting, stall hidangan tradisi Raya orang Melayu such as lemang, ketupat, nasi himpit dan sebagainya.
Datang sini tak makan sangat pun, jumpa sembang dengan kawan-kawan lama je. Sempat lah jumpa Pian, Piee, Hizaruddin, Voon semua tu. Semua bajet terkejut je bila dengar aku kerja bukan dalam bidang O&G tu, rileks bro - I'll be back, soon. Just pray for me.:-)
Selfie bersama adik beradik yang tersayang..:-)
Memang ada part dalam hati aku ni meronta-ronta nak terjun balik dalam industri oil and gas, dan kat mana lagi kalau nak restart balik kalau bukan kat sini. Tengok lah, ada rezeki tu ada lah nanti..:-)
Around jam 3 petang, kami pun berangkat meninggalkan Bukit Jelutong.
Bye OROGENIC. Ada masa jumpa lagi eh! Okay lah, gua nak ready tengok Newcastle lawan Swansea ni. Till then, take care semua!

P/S: Rasa macam nak join Toon Army Malaysia lah tengok matchday party kat Piccadilly. 

No comments:

Post a Comment