Sunday, June 21, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 3 & 4

Assalamualaikum,

Tahun ni first time aku balik kampung untuk menyambut awal Ramadhan. Tak pernah dibuat pun tahun-tahun sebelum ni, biasanya dah nak raya baru kami satu family balik.
Gerak dari Sungai Buaya dalam pukul 6.30 pagi semalam, and sampai kira-kira pukul 8.30. The best thing about balik kampung hari ni, kami balik naik kereta aku, bangga pulak rasanya..huu
Good job mate, sampai jugak kampung buat kali pertama kan..:-)
Bersiar-siar naik basikal keliling kampung.
Dalam pukul 10 aku tertidur kat bawah rumah sampailah pukul 3 petang. Mana taknya, sempat tidur 3 jam je hari Jumaat tu.
Petang tu aku ke Bazaar Ramadhan Pekan Parit sebelah Sungai Perak. Then, hantar ayah balik kampung, nak berbuka dengan family dia katanya.
The iconic Menara Jam Parit.
Ni lah kampung aku, redup je petang kat sini. Tapi midday panas gila..huu
Malam buat Terawih kat Masjid Jamek Bota Kanan.
Best kat sini, dah la cepat ada aircond pulak tu..hee
Buat research sambil pekena Teh Tarik opah..:-)
Habis muka aku kena gigit nyamuk semalam, bukan main merciless lagi diorang..huk.
Gerak dari Bota Kanan dalam pukul 10 pagi tadi dan sampai Sungai Buaya, dalam pukul 12.15 tengah hari.
Home sweet home. Balik terbungkang terus, haha

Okay lah guys, ini sebenarnya satu lagi entri rambang nak memenuhkan content blog ni. Harap maklum dan selamat berbuka puasa.;-p

No comments:

Post a Comment